10.2.12

Hablum minallah, wa hablum minannas.


Working in Islamic-oriented company, doesn't mean your surrounding is Islamic-oriented society too. *disappointed*


Aku sebenarnya nak letak status ni dekat FB, tapi tak jadi. Komuniti aku dekat sana lebih besar, takut ada yang tersilap faham, tersilap tafsir, tersilap sangka.

Betul, di blog ni pun akan ada ramai orang yang baca (kalau ada yang tersinggah ke sini lah kan). Cuma aku harap kebarangkalian orang tersilap sangka dengan statement aku takde lah tinggi sangat.


Kau mungkin bekerja dengan sebuah company yang Islamic-oriented. Apa yang aku faham, Islamic-oriented bukan sahaja berkisar kepada hubungan baik dengan Allah (Hablum minallah) - menjaga solat, memelihara aurat, ikhlas dalam setiap amal perbuatan, tidak mencampur-adukkan hal-hal syubhah atau haram dalam urusan kerja / kehidupan, dan lain lain. Malah Islamic-oriented juga berkisar kepada hubungan baik sesama manusia (Hablum minannas) - tolong menolong, menjaga ukhwah, etc etc.


Cuma yang aku tak faham, kenapa ada orang yang tertib sopan menutup aurat, tapi dia paling lantang mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri?


Kenapa ada orang yang tak pernah tinggal solat wajib - malah kerap berjemaah, tapi dia yang paling depan sekali bila tiba bab kutuk-mengutuk, kata-mengata, umpat-mengumpat?


Kenapa ada orang yang jarang tinggal kuliah zuhur tapi bila bersua muka tak pernah nak maniskan muka apatah lagi nak mengucapkan Salam, malah menyombong dan muka menjeruk masam?


Kenapa ada orang yang berlemah lembut bila memohon doa pada Allah, tapi melenting-lenting bila nak minta tolong dari orang lain? Sampai berdetik dalam hati - Hello, kau nak mintak tolong, cakap baik-baik boleh?




Pada yang membaca - betul, ini sebahagian dari episod kehidupan bekerja aku. Tapi aku bersyukur sebab hal-hal semacam ni bukanlah sebab untuk aku rasa stress setiap hari (tapi kadang-kadang tu ada, tak dinafikan lah kan), malah aku tetap rasa bersyukur sebab Allah tetap izinkan aku untuk rasa gembira setiap hari, walaupun untuk perkara-perkara kecil. Maka aku rasa tak perlu lah untuk aku terus tertekan untuk hadap orang-orang macam ni. Ye lah, pergi ceruk mana pun dekat bumi Allah ni, tetap akan jumpa macam-macam perangai manusia.


Cuma aku rasa kesal, sebab aku menjangkakan lebih bila bekerja di sini. Aku jangkakan Islamic society nya lebih kuat dan kukuh, dan ukhwah nya lebih tegap. Ukhwah yang boleh diidolakan. Tapi masih longgar. Dan bila aku tengok diri sendiri, hmm..banyak jugak yang perlu aku betulkan, ditambah tolak, dibaiki. Harap-harap bertambah baik dari sehari ke sehari.


Panjang dah aku merepek, out dulu la. Bye.

Oh ya, anggap entry ni sebagai sekadar ingatan untuk diri sendiri (termasuk diri aku) lah ye, tak lebih daripada tu. Jauh sekali nak mengaibkan mana-mana pihak.

1 jejak:

@tune® said...

kekdang...aku juga tak terepas dr kalangan manusia yg menutup aurat tetapi tidak menjaga peri laku...

harus diperbaiki diri ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...