4.1.12

Remaja nan satu - Nur Amalina

Dua, tiga hari ni, dunia online aku membuak-buak kisah remaja nan satu ni. Pada yang dah lupa, back to 2004 beliau pernah disanjung puja dengan kejayaan cemerlang terbilang dalam SPM. 17A1. Kau ada? Aku takde. Lepas tu dengar dia ditaja untuk sambung belajar di luar negara. Lepas tu habis kisah dia. Aku pun dah lupa dekat dia sebenarnya.


Sampai lah ke kisah yang dua, tiga hari ni disebut-sebut warga maya. Malangnya bukanlah kisah yang sedap didengar. Kisah konon dia gagal pengajian dan asyik bersendaloka di bumi asing. Dia sekarang bukan lagi dia yang dulu.




Sumber : Google




Aku kagum lah kalau kebanyakan yang bercerita pasal remaja nan satu ni kerana mereka prihatin dan mungkin terkilan kalau beliau tersasar dari landasan. Kerana beliau belia harapan negara. Tapi apa yang aku perhati, kebanyakan yang bercerita pasal remaja nan satu ni lebih kepada nak menghentam. Condemn sana sini.


Aku nak tanya lah - berapa ramai yang berani gerenti akan tetap iman & akhlak kalau dah dikelilingi dengan ujian dunia? Yes, mungkin tak ada masalah nak istiqamah dalam menjaga hati & iman kalau kita duduk dan berhimpun di kalangan golongan yang baik-baik. Orang ajak pergi surau, pergi. Orang ajak dengar tazkirah, ikut. Orang ajak puasa sunat, join. Orang ajak tengok tilawah al-Quran, tengok. Tapi ini? Keliling kau entah siapa-siapa, entah apa-apa. Macam-macam jenis ujian boleh datang - atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang. Rasa-rasanya kalau kita di tempat dia, kuat tak kita untuk tepis semua ujian tu? Dekat sana mana ada orang ajak pergi masjid, baca quran, puasa sunat, solat tahajud. Semua datang dari diri sendiri. Kalau benteng dalam hati lemah, lemah lah jadi.


Aku tak lah kata remaja nan satu ni lemah imannya. Tapi kena ingat, fitrah remaja. Akan buat apa yang dia rasa dia nak buat. Aku pun remaja jugak (dulu lah). Maka kita yang melihat khilaf orang lain sepatutnya perlu menasihati, bukan mencaci-maki. Kalau betul prihatin, bukak mata kita besar-besar. Dekat sini, dektat tempat kita ni, budak-budak yang lebih dari Nur Amalina kita boleh jumpa.


Nak diamkan saja ke?




Hakikat yang aku rasa, Nur Amalina tak lain adalah cerminan diri kita jugak. Masing-masing ada khilaf. Yang membezakan - sama ada kita terus hanyut dengan khilaf, atau bangkit dengan insaf.



1 jejak:

cKnorm berkata...

Setuju!

nak dok hentam, tak ada guna. doa'kan yg terbaik. sebab kita masing2 (sudah) ada tanggungjawab...

jadikan peringatan, gitewww..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...