Setiap hari, aku berdoa semoga aku diberikan tahap kesabaran yang tinggi. Dijadikan insan yang penuh hemah dan akhlak. Diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan.
Setiap hari jugak, mesti ada perkara yang mencabar tahap kesabaran aku. Benda yang kadang-kadang remeh, tapi memang menduga aku. Macam saja-saja je nak cari pasal dengan aku yang tengah susah payah menahan nafsu amarah yang membuak-buak. Memang [agak] susah nak tahan nafsu amarah berbanding nafsu makan dan nafsu membeli-belah, i tell you.
Kecik, besar, kecik, besar aje aku tengok kau orang ni.
Takpelah. Sekurang-kurangnya aku tau, doa aku didengar oleh Allah, dan semoga doa aku diperkenankan.
Ameen.
p/s - puasa dah dekat, kira dugaan mengawal nafsu ni pun memang perfect timing lah untuk aku, kan. Whatever.
