31.5.11

Luahkan saja isi hati.

Kadang-kadang, kita lebih selesa berkomunikasi secara tulisan berbanding lisan.

Mungkin banyak persoalan yang kita nak tanya si polan, tapi tak terluah kata bila bertentang mata.

Mungkin jugak banyak perkara nak disoal-jawabkan, tapi tak kesampaian memandangkan masing-masing di kejauhan.

Dan aku rasa Formspring adalah alternatif terbaik (eh?).





...sekian lama aku register benda alah ni, la ni baru nak tepek dekat blog.

Klik dekat tab Formspring tu, atau dekat sini.




Syok jugak layan benda ni, hehe.

Silalah kemukakan soalan atau cadangan bernas untuk aku renung-renungkan, ngehngeh~





p/s - masih belum ada akaun Twitter.

23.5.11

Hati tikus.

Ada seekor tikus.

Terpulang pada kamu mengandaikan jantinanya.


Sering berasa terancam gara-gara saban hari jadual hidupnya tak lekang dengan aktiviti berkejar-kejaran dengan seekor anak kucing.


Si anak kucing yang lebih besar dan gagah, sudah tentu merasakan dirinya lebih berkuasa. Maka semakin bongkak dan gediklah ia mengusik dan menyakat si tikus penakut itu.


Si tikus tak tertahan, dalam hatinya berdoa agar dijelmakan menjadi makhluk yang lebih besar, paling tidak pun sebesar si anak kucing penyakat itu. Dapatlah ia membalas dendam.


Permintaannya termakbul. Sang tikus menjelma menjadi kucing, dengan saiz yang lebih besar dari si anak kucing. Maka bertemulah buku dengan ruas. Posisi bertukar 360 darjah, si anak kucing pula yang kini mengah dikejar. Si kucing jelmaan tikus mula bangga dan seronok, kerana lawannya kini takut kepadanya.


Sedang ia berjalan-jalan, datang seekor anjing entah dari mana, menyalak dan cuba mengejarnya. Si kucing jelmaan tikus kembali tidak tenteram, sangkaan ancaman sudah berakhir rupa-rupanya meleset. Dalam pada berlari menyelamatkan diri, si kucing jelmaan tikus berdoa agar ia menjadi sebesar anjing yang gagah menyalak itu.


Permintaannya termakbul. Si anjing tadi tidak lagi mengejarnya. Kembalilah ia berjalan-jalan, sehingga terserempak pula dengan si budak kecil. Belum sempat apa-apa, si budak kecil sudah siap dengan kayu di tangan, lalu dilemparnya ke arah anjing jelmaan kucing itu. Sekali lagi ia melarikan diri.


Dalam hati, ia berfikir betapa dirinya masih lagi terancam. Ini tak boleh jadi, hanya dengan menjelma sebagai budak barulah aku dapat hidup aman, dan tidak ada sesiapa lagi dapat menggangu aku. Itu bisik hati nya.


Satu perkara yang ia lupa,
















Walau ia telah dijelmakan dengan sebesar-besar kejadian, hatinya masih sekecil hati tikus.




Kerana hatinya terlalu kecil dan sempit untuk menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri, maka mudahlah ia tewas kepada anak kucing, anjing dan budak kecil itu.



Kerana hatinya telah penuh dangan rasa penakut dan tidak yakin untuk berdepan sesiapapun.




Maka tiadalah apa yang mampu menolongnya, melainkan ia 'menjelmakan' hatinya sebesar-besar kejadian juga.






Moral of the story: Lu pikirlah sendiri.






p/s - Cerita dipetik dari sumber Internet, dengan olahan sendiri.

16.5.11

Untuk kamu.

Untuk yang mem-fasih-kan aku dengan A,B,C sehingga setiap luahan hati tertulis rapi.

Untuk yang memahirkan aku dengan ilmu kira-kira, sehingga mampu mencongak buruk baik, dosa pahala.

Untuk yang tekun memimpin aku bertatih Alif, Ba, Ta, sehingga lancar bacaan Quran dan zikrullah.



Untuk yang ikhlas bersengkang mata saat anak-anak muridnya leka dan tak mengerti pengorbanan mulia itu.

Untuk yang turut sama bergolak debar dada saat anak-anak muridnya berjuang di medan peperiksaan.

Untuk yang sudi berkongsi rasa suka saat anak-anak muridnya megah di puncak menara.





Untuk semua pendidik bangsa yang ikhlas menabur jasa,

Selamat hari guru.





Untuk semua cikgu yang pernah bersua muka, bersalam tangan, bergelak tawa, bertegas ajar dan bercubit rotan dengan saya:

"Redup teduh pohon kelapa,
Anak kecil melintas titi,
Walau kini tidak bersua,
Ilmu diberi, di bawa mati."


 
"Tidak ada satu hadiah pun yang mampu saya beri sebagai balasan yang setanding hadiah cikgu untuk saya - ILMU."





 
Semoga cikgu menghalalkan segala ilmu yang dah kami telan, kami kunyah, kami mamah.
Semoga Allah melimpahkan pahala kepada cikgu seluas ilmu yang telah cikgu curahkan kepada kami.




16 Mei 2011
Barine - digamit memori.

8.5.11

Tak perlu tajuk.



Bila segala makin menjauh,
yang tinggal dalam hati,





...hanyalah jiwa mati.




3.5.11

Untuk semua orang yang kita sayang.

Walau tatap mukanya bukan lagi kita punya,
Manis silam tetap abadi bersama.


Semoga doa tulus jadi penyambung khabar yang paling indah.


Semoga tak bercambah derita rindu yang makin parah.


Semoga direstui pertemuan semula kita di Firdaus Jannah.


Semoga temunya kita (sekali lagi) nanti  dengan rasa cinta yang melimpah.






Tuhan, jadikan kami sebaik-baik bekal kepada mereka yang telah pergi.


Al Fatihah.






Barine,
3 May 2011
Ulangtahun almarhum Hj. Abdul Rahman Ibrahim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...