28.4.11

Niat yang baik akan dipermudahkan.

Semalam aku dah pasang niat nak cuba detox diet, untuk buang panglima toksin yang bermaharajalela dalam badan aku. Sebabnya aku makin tak selesa dengan tahap semput aku yang mengalahkan orang yang selesai mendaki Gunung Tahan, padahal aku cuma panjat ke tingkat 2 ofis. Moga-moga dengan niat aku tu, boleh lah aku mulakan usaha. Hasilnya nanti dapat lah aku lebih cergas. Macam Anita Sarawak pun kira ok lah kan.


Hari ni aku naked nekad berpegang pada niat yang satu tu. Walaupun belum mulakan persediaan dan usaha apa-apa, waima meng-google apakah menu dan pelan terbaik untuk detox diet. Aku hanya pasang niat semata-mata.



...dan kalau aku tak silap kira - dah 3 kali aku berulang ke toilet. Kepuasan memang jelas terpancar di muka aku. Kalau tak percaya boleh tengok muka aku sekarang.





Betul kan? Kalau nawaitu kita baik, memang akan dipermudahkan.























...'niat baik' lah sangat!


p/s - cuba jawab kuiz ni. Kot-kot kita boleh jadi geng buat detox diet sama-sama.

Talkless Thursday #3





Ngee~ kalau nak menggatal pun jangan la kat ofis aduiyai! Sapa nak tolong ni..?


27.4.11

Isi hati.

Saat ni cuma satu je yang aku nak.


Sign out dari ofis, meredah jem [yang dah terlalu lumrah] balik rumah, dan tadaa..home sweet home!



Tapi nampaknya itu pun aku tak boleh dapat.




Loser, kan.

















sigh~

25.4.11

Al Fatihah.

Untuk jiran sebelah rumah, almarhum Pakcik Dollah. Wakil utusan peminangan aku dulu, sangat baik orangnya. Agak pendiam, tapi mudah tersenyum. Semoga rohnya tergolong di kalangan yang dikasihi Allah SWT.

Bila agaknya masa kita?

21.4.11

Talkless Thursday #2







...but I [still] hope it will last. Soon.
Haiyoo~ bila dapat reduce workload ni..?


20.4.11

Siapa setuju, angkat tangan.


"Musuh [mungkin] boleh jadi kawan.
Kawan yang dah jadi musuh, tak [mungkin] boleh kembali jadi kawan."



Jahat bunyinya, kan? Tapi ini pasal hati dan perasaan. When you were betrayed, only Allah knows how bad it feels.


...it hurts, you know.







Barine: will continue to ponder the meaning of forgiveness is the sweetest revenge.
 

19.4.11

Pantun Seloka #1



Pak Jozan sarapan pagi,
Sambal terselit celah gigi,
Hari ini saya happy,
Sebab dapat lunch free.



Budak-budak senyum sumbing,
Gelak sampai terguling-guling,
Boss belanja nasi beriani lauk kambing,
Saya makan sampai kepala jadi pening.



Tambah lagi kek harijadi,
Belated 4 bulan, yang advance punya lambat lagi,
Perisa cheese dengan blueberry,
Adoiyai, sah kolesterol ku naik lagi.



Boss kecik belanja Canadian Pizza,
Boleh tahan jugak sedapnya,
Makan lah lagi sampai tak ingat dunia,
Last-last, 'padan muka'..!



Terima kasih daun keladi,
Harap boss belanja lagi,
Satu lagi paling saya kehendaki,
Bonus bersamaan 10 bulan gaji,
Amacam, ada berani nak bagi?




 


Ini tak termasuk dalam lunch treat tadi.







p/s - pantun last tu saja je letak 5 kerat, nak menunjukkan kesungguhan yang mendalam **wink**

16.4.11

Maharaja Lawak & Haji Bakhil.

Dalam zaman serba-serbi kena berjimat cermat ni, nafsu memang jauh corot dalam hati.

Bila boleh tengok yang free, yang berbayar syuhh! kena tolak tepi.

Setakat buffer lacking tu, bukak mata kanan, tutup mata kiri.

Nak kata aku spesis Haji Bakhil? Tak kisahlah, asal budget sendiri tak lari.

Tapi tetap doa dalam hati, kot-kot incek suami nak bagi kejutan bila tengok TV Jumaat depan nanti...!  @__@


Memandangkan aku tak @ belum subscribe Astro Mustika, maka aku layan Maharaja Lawak minggu ketiga dekat Youtube je. Dan ini top 3 favourite aku (untuk minggu ke-3).







Bukan senarai peserta, tapi aku  suka jugak.















Aku kena jimat beb, kalau tak macam mana nak beli ni:









Selera besar betul. Layan lah sangat angan-angan tu.



Yang penting - habiskan bayar hutang pitih-pitih end (PTPTN) derrr..!

15.4.11

Hospital pun boleh jadi port reunion.


...bila bertemu secara tak dirancang masa menziarah kawan yang baru lepas bersalin.






satu benda yang aku rasa seronok bila bertemu semula kawan-kawan lama adalah,





bila semua kata aku makin kurus.







...oh yeah!





:)

14.4.11

Talkless Thursday #1

Banyaklah kau punya talkless thurday, barine.

...dah asyik wordless wednesday je -___-





Menceriakan orang pun boleh menggembirakan hati, kan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...