29.3.11

Soley, soley!

Hari ni aku baru tau sorang HR staff kat ofis aku rupa-rupanya duduk setaman dengan aku.







































....harap-harap dia tak nampak aku masa aku tengah shopping sakan dekat pasar malam pada hari yang sama aku [saja-saja] apply MC hari tu.



Cuma aku pelik, mana dia menyorok selama ni?

Mungkin tengah layan cerita Hantu Kak Limah kot.



2 watak yang annoying, tapi aku suka jugak.

2.3.11

Kau ke mana? Lama tak update blog. Ce-citer!


Aku sibuk.








Gambar: Tumblr




Entah dari celah mana sibuk tu menjelma, atau aku silap baca jampi serapah kot. Aku jampi PC ofis aku dengan harapan tak lagi selalu hang, apa lagi time aku tengah desperate nak siapkan urgent task. Alih-alih makin banyak pulak utusan peminangan permintaan dari kebanyakan manusia di ofis ni dari segenap bangsa dan pangkat meminta aku itu dan ini. Tak apalah, memberi kan lebih baik daripada menerima. Maknanya aku lebih baik daripada mereka. Setuju? Kalau setuju mari gelak kuat-kuat dengan aku.





Hampir setiap hari aku balik dengan bulan. Tak faham? Maksud aku balik malam lah. Paling awal, lepas Maghrib. Itupun selalu hampir lajak ke waktu Isyak. Aku rasa pak guard yang selalu lepak dekat lobby tu pun dah cop muka aku ni muka tutup kedai agaknya.





Namun kesibukan tu belumlah menghalang aku untuk menonton sepotong-sepotong babak cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah di YouTube. Sampai habis. Penuh gigih aku melayan video yang tersangkut-sangkut dek video buffering. Tengah gelak, sangkut. Gelak lagi, sangkut. Tapi aku dengan incek suami layan jugak sampai habis. Kami kan gigih. Sempat jugak men-download lagu Opick dari seluruh ceruk website. Sempat jugak meng-usha resepi kek terbaru untuk dicuba jaya (aku sendiri tak tau dari mana timbul minat buat kek, sebelum ni pegang hand whisk pun tak pernah).



Malah sempat aku ber-MC selama dua hari lepas berjumpa doktor dan buat blood test minggu lepas. Aku tewas dengan bakteria kecil yang berjaya dengan misinya untuk mengganggu gugat sistem imuniti badan aku. Kalau nak dikata teruk, aku rasa aku memang ber-kondisi teruk sebab kata incek suami, aku "dah nampak uzur sangat". Mana taknya - demam panas badan menggigil, sakit kepala, sakit tekak, tonsil bengkak, batuk sampai semput, sakit tulang dan segala sendi sampai nak bukak baju sendiri pun terketar-ketar..pakej ujian kesihatan terbaik dari Allah. Baru aku teringat selama aku sihat aku tak pernah ucap terima kasih pun dekat Dia. Sihat beratus-ratus hari tak reti bersyukur, demam baru seminggu lebih maka sila insaf ye Barine.





Yang best nya - badan aku susut 2 kilo. Tapi target weight (macam zaman dulu-dulu) masih jaaaaauh lagi. Nak-nak bila aku makin sembuh dari sakit ni, selera dan nafsu makan datang balik ketuk-ketuk pintu perut aku. Ah, ini tak boleh jadi!



Oh ya, tips dari aku untuk mereka yang nak buat thorough checkup dekat hospital lepas makan ubat yang doktor klinik swasta bagi tapi tak kebah-kebah, sila teliti prescriptions pada segala macam ubat yang korang ada tu, terutama antibiotik. Nanti tak pasal-pasal jadi macam aku, doktor tanya apa jenis antibiotik doktor klinik bagi kat aku, sebab dia tak nak bagi antibiotik yang sama, no point. Dah melopong nak jawab. Terus rasa nak masuk U balik apply Medic. Haha.





Erm, aku rindu betul nak menulis menaip. Tapi time-time rindu tu lah, makin aku sibuk. Time ada idea, time tu lah aku tak sempat nak bukak blog. Alah, macam cerita hindustan lah. Baru je hero dengan heroin nak bercengkerama, datanglah anasir-anasir yang mengacau keindahan percintaan mereka berdua. Takpe, hero hindustan kan selalu kalah dulu.





Tapi ni aku dah update blog ni, kira hero dah menang lah ye?







Apa-apa lah.











Semoga korang yang membaca sentiasa sihat dan gembira, okeh!







Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda selama ni.





Eh, tetiba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...