25.1.11

"Bukan standard I nak shopping baju dekat Sogo".

Agak lama tak ke Sogo, maka semalam berniat berjimba di sana sekejap melepaskan stress yang dah macam peluru paintball menusuknya. Last-last, tak ada apa yang nak dibeli. Tak ada yang berkenan pulak, tiba-tiba.




Incek suami tanya,
"Apesal tak beli? Kata tadi nak cari kasut."







Aku,
"Entah, tiba-tiba rasa macam tak best pulak barang-barang kat Sogo ni".
(tetiba je tak best pulak kan. Sengal.)






Incek suami,
"Ish ish ish..takpelah weekend nanti kita pegi tengok Gucci dekat Jusco nak?"





Aku (thinking),
"...Gucci?"







Incek suami,
"Ha ah. Kat Jusco Bukit Tinggi kan ada Gucci?"





Aku (thinking),
"Rasanya mana ada Gucci kat sana. Kalau ada pun mahal lah. Tak mau."





Incek suami,
"Ada lah..kan selalu memang pergi sana?"





Aku (DEEP thinking),
"....incek, itu bukan GUCCI, itu VINCCI."







Incek suami,
"..oh, VIN-CHI. Lebih kurang je kan, hehe."







Aku - buat muka marah manja (Ya Allah menyampahnya).

"Dah jomlah balik, takde apa dah nak beli. You nak beli apa-apa tak?"









Incek suami,
"Bukan standard I nak beli-beli baju dekat Sogo ni."






























Okeh, okeh. Lepas ni I tulis surat dekat tokei Sogo, mintak dia topup banyak-banyak stok untuk baju saiz 5XL ke atas ye? Boleh lah I sama standard dengan you **wink**















Siapa ada nombor telefon tokei Sogo? Aku nak contact dia sekarang.









Cheers! :)












Nak stok baju banyak-banyak untuk yang gebu chubby macam ni.
(Pic: Tumblr)


18.1.11

Kebodohan kadang-kadang melucukan. Kadang-kadang menyedarkan.



Walau berdepan sebesar-besar dugaan dan musibah, jangan sampai tergadai iman dan maruah.
(Sumber gambar : Tumblr)






Iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi.




Aku petik lirik lagu Raihan - Iman Mutiara (tapi frasa kata adalah hakmilik peribadi, tiru bulat-bulat karang orang buleh claim aku sebagai juru-plagiat. Aku tak perlu title tu, terima kasih).

Itu lagu nasyid pertama yang masuk ke gegendang telinga aku masa jejak-jejak awal ke SMTK. Album nasyid Raihan (yang membuatkan aku berjaya memujuk mama dan ayah menambah koleksi kaset aku di rumah) jadi selingan sesi orientasi kami a.k.a freshies.


Oh, jangan terpedaya dengan istilah freshie. Fresh hanya seminggu dua saja, lepas tu masing-masing lemau dan toya - zahir dan batin! Mengikut terma orang putih - physically and mentally. Tak kisahlah orang putih yang dapat nama, walaupun ada jugak orang hitam negro tak berapa putih pun gunakan bahasa inggeris sebagai deria percakapan mereka. (Kenapa terlebih merepek ni?)


Tak payah cerita banyak, siapa pernah tinggal di hostel memang tau perasaan tu.







Tidak, tidak. Aku bukan nak cerita pasal fresh, lemau dan toya segala bagai.











Aku nak cerita pasal kisah semalam.





On the way ke Kg. Idaman. Dengan incek suami. Oleh kerana beliau dilanda demam, maka aku berkuasa ke atas stereng kereta, sepenuhnya.







Tengah-tengah seronok layan selawat Nabi (ingat tak kisah incek suami belikan aku CD Siti Nurhaliza?), masa tu traffic light merah. Sambung layan lagi sebab ada masa-masa tertentu aku dilanda sindrom kenaikan paras self-confidence ke tahap tertinggi, maka masa tu aku rasa incek suami sangat beruntung bilamana dapat beristerikan perempuan yang sungguh lemak-lunak-merdu suaranya.







Lampu hijau. Okeh, get ready nak jalan.







Tiba-tiba, datang sebijik kereta yang mana berjaya buat aku ter-putuskan nyanyian selawat dan berkata:













"Bodoh punya perempuan."

















Itulah yang jadi bilamana perasaan riak dan takbur (dengan suara yang KONON nya sedap) lebih ke-atas berbanding rasa yang sepatut-patutnya lahir masa menyanyikan selawat.

















Dan-dan tu, aku teringat balik lagu Iman Mutiara.













Mujur dah sampai destinasi, kalau tidak - tak tau berapa tebal lagi muka aku ni buleh pergi. Mungkin sama tebal dengan tayar 15 inchi MyVi.



4.1.11

Ke sekolah.

Hari Isnin pertama setiap tahun, aku memang suka sangat tengok Buletin Utama dekat TV3. Maka kalau tiba-tiba korang nak ajak aku keluar berjimba, berbelanja tengok wayang, berbelanja jendela (window shopping)  atau berbelanja makan, lupakan saja.


Pasal apa?






Sebab aku suka tengok perangai budak-budak masuk darjah 1. Macam-macam jenis ragam, hehe :)

Sungguh dramatik dan evergreen kenangan tu. Tak buleh ganti dengan apa pun.





3.1.11

Tiga hari.

Hari pertama.


Seawal 12 tengah malam telah dimulakan acara makan-makan (yang sebenarnya telah dimulakan pada jam 9 malam 31 Disember). Gone my diet gone! Pffftttttttt  =.=

Sempena apa? Selain new year eve, 1 Januari adalah birthday MIL. Selamat hari lahir mak, semoga semakin tabah menerima menantu yang satu ini ;)

Hadiah belum beli, cadangnya nak beli bersekali dengan birthday FIL next week. So sweet kan birthday pun dekat². Incek suami sila bagi cadangan bernas okeh.

Maka, dengan gigih membuat kek coklat dan tiramisu untuk acara makan -makan tersebut. Hidung dah tak buleh kempis bilamana asyik kena puji (eh ada ke orang puji pun? perasan lah ko barine!).


Pagi tu, ke UiTM Sri Iskandar pulak menghantar rombongan meminang cik Elin my adik. Tahun baru, sem baru, semangat pun baru okeh!



Hari kedua.

Datang ofis dengan gigih, untuk submit month end report. Sangat suka sebab semua berjalan lancar. Datang nak dekat pukul 11, sebelum pukul 1 dah settled.




Hari ketiga.

We'll see, semoga hari ni dan hari-hari seterusnya sentiasa sukses, insya Allah. Oh ya, ofis aku lengang hari ni, hampir separuh bercuti sebab kembali ke sekolah, hehe.









Have a prosperous year ahead, everyone!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...