23.5.11

Hati tikus.

Ada seekor tikus.

Terpulang pada kamu mengandaikan jantinanya.


Sering berasa terancam gara-gara saban hari jadual hidupnya tak lekang dengan aktiviti berkejar-kejaran dengan seekor anak kucing.


Si anak kucing yang lebih besar dan gagah, sudah tentu merasakan dirinya lebih berkuasa. Maka semakin bongkak dan gediklah ia mengusik dan menyakat si tikus penakut itu.


Si tikus tak tertahan, dalam hatinya berdoa agar dijelmakan menjadi makhluk yang lebih besar, paling tidak pun sebesar si anak kucing penyakat itu. Dapatlah ia membalas dendam.


Permintaannya termakbul. Sang tikus menjelma menjadi kucing, dengan saiz yang lebih besar dari si anak kucing. Maka bertemulah buku dengan ruas. Posisi bertukar 360 darjah, si anak kucing pula yang kini mengah dikejar. Si kucing jelmaan tikus mula bangga dan seronok, kerana lawannya kini takut kepadanya.


Sedang ia berjalan-jalan, datang seekor anjing entah dari mana, menyalak dan cuba mengejarnya. Si kucing jelmaan tikus kembali tidak tenteram, sangkaan ancaman sudah berakhir rupa-rupanya meleset. Dalam pada berlari menyelamatkan diri, si kucing jelmaan tikus berdoa agar ia menjadi sebesar anjing yang gagah menyalak itu.


Permintaannya termakbul. Si anjing tadi tidak lagi mengejarnya. Kembalilah ia berjalan-jalan, sehingga terserempak pula dengan si budak kecil. Belum sempat apa-apa, si budak kecil sudah siap dengan kayu di tangan, lalu dilemparnya ke arah anjing jelmaan kucing itu. Sekali lagi ia melarikan diri.


Dalam hati, ia berfikir betapa dirinya masih lagi terancam. Ini tak boleh jadi, hanya dengan menjelma sebagai budak barulah aku dapat hidup aman, dan tidak ada sesiapa lagi dapat menggangu aku. Itu bisik hati nya.


Satu perkara yang ia lupa,
















Walau ia telah dijelmakan dengan sebesar-besar kejadian, hatinya masih sekecil hati tikus.




Kerana hatinya terlalu kecil dan sempit untuk menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri, maka mudahlah ia tewas kepada anak kucing, anjing dan budak kecil itu.



Kerana hatinya telah penuh dangan rasa penakut dan tidak yakin untuk berdepan sesiapapun.




Maka tiadalah apa yang mampu menolongnya, melainkan ia 'menjelmakan' hatinya sebesar-besar kejadian juga.






Moral of the story: Lu pikirlah sendiri.






p/s - Cerita dipetik dari sumber Internet, dengan olahan sendiri.

1 jejak:

Pure Lily berkata...

igtkan nak citer sal tom and jerry td..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...