30.12.10

Bola, cuti, cewek indon.

Ingat kejayaan manis Piala Thomas tahun 1992 dulu?





Lebih manis bila Dr Mahathir (PM ketika tu) umumkan public holiday tanda kegembiraan atas kemenangan tu.





Kali ni berulang kembali, bila Datuk Seri Najib declare untuk "mengadakan satu hari, public holiday!" (baca ala-ala Kasem Baba sebelum kena pancung) sempena kemenangan 4-2 Piala AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia.







Ouh, syiok!





Alkisahnya semalam pun HR ofis aku dah announce untuk bagi 1/2 day cuti, sempena Tahun Baru. Itu pun dah bagi kami excited gila. Rasa excited tu terbawak-bawak sampai ke rumah, sambung pulak tengok Piala AFF Suzuki. Excited sebab konfiden dengan bekal 3 gol yang Harimau Malaya bawak ke Stadium Gelora Bung Karno (what a name!). Tapi sedikit frust masa first half sebab game yang tak memberangsangkan, tak macam masa match dekat Bukit Jalil di mana aku serumah asyik "Hah! Cepat! cepat! Yes!! Woii!! Passing laa! Ha! Tu dia!" dan segala macam ekspresi, semalam aku serumah tengok dengan rasa tak berperasaan sikit. Mujur second half melonjak naik balik adrenalin kitorang, dan akhirnya rasa syiok bila confirm Malaysia menang.







Tahniah pasukan Malaysia. Kudos to K. Rajagopal the coach. Aku kira ini adalah good turning point untuk team Harimau Malaya yang sebelum ni selalu diperlekehkan.











Tapi yang tak bestnya, aku tetap kena pergi ofis weekend ni, sebab month-end closing.
Pffftttttttt =____=









Selamat berhujung minggu semua! Have a long, wonderful weekends to all.





p/s: aku (masih) musykil kenapa cameraman semalam asyik 'suluh' muka cewek indon banyak sangat?  

29.12.10

Dua ribu sepuluh dalam kenangan.

2010 dah tinggal sipi-sipi.

Maknanya dekad pertama untuk abad ke 21 pun dah nak habis.

Tiba-tiba rasa macam nak buat summary pulak, mengada betul. Dulu masa sekolah cikgu suruh buat summary malas pulak =.=


Dalam malas-malas, last² siap jugak summary Blog Buatan Malaysia sepanjang 2010.




Januari
Bulan yang sibuk untuk ibu bapa yang punya anak-anak yang dah mula pakai uniform sekolah. Aku coretkan serba sedikit kenangan masa zaman sekolah dulu.

Masa tu pun heboh pasal mas kahwin untuk wanita Selangor naik jadi RM300. Maka aku buat entry sikit pasal tu.



Februari
Time ni lah baru nak buat entry pasal majlis walimah aku, haru betul. Majlis nikah di entry satu, majlis bersanding di entry dua dan majlis bertandang (belah incek suami) di entry tiga.

Tahun Baru Cina = cuti-cuti Malaysia! Hoyeah! :)
Ke mana? Tak jauh, ke Pulau Pangkor saja. Kali kedua selepas ke sana lepas honeymoon dulu.




Mac
Bermula hijrah aku ke tempat kerja baru. Maka terus dapat ilham nak buat entry motivasi ni.
haha.



April
Din Beramboi meninggal dunia. Start dari situ aku pun dah jarang dengar Era. Sekarang bila nak dengar pun sekejap² je, sebab aku rasa Era dah tak best. Hot FM pun sama, especially panggilan hangit. Tak kuasa ah.

Dan - hujung² bulan April, aku jadi melankolik sikit gara-gara sekeping gambar yang aku dapat melalui email.



Mei
Aku buat entry pasal coklat dan kebaikannya. Tak sangka pulak banyak UV masuk melalui entry ni. Tapi banyak tu takdelah sampai ribu riban pun, heheh.

Jugak, family day ke Legend Water Chalet, PD anjuran company aku. Eh, maksud aku company tempat aku bekerja, hehe.

Oh ye, aku pun buat copy paste jugak. Tapi bukan semborono aku copy paste. Macam calon suami pilihan ni, aku rasa salah satu perkongsian yang baik, sebab tu aku copy paste.



Jun
Bersandarkan entry ni, aku dapat offer untuk premiere screening dari darling Nuffnang untuk movie Inception. Malangnya aku tak perasan invitation tu sebab jarang bukak Yahoo. Silap sendiri, maka? Sabar je lah...


Sebab aku selalu dijangkiti Monday blues, maka aku buat satu satu lagi entry motivasi (cehcehwahh). UV pun boleh tahan :)

p/s - bila rasa layu je, aku bukak entry tu. Jangan bilang aku loser ye sebab baca entry sendiri =.=


Selain tu, bulan ni aku rasa syiok sebab aku lulus exam PTD dengan cemerlang. Selama ni tak pernah² lulus, jom gelakkan barine haha~

Tapi rezeki aku setakat tu je, takpe aku redha. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman pergi assesment.


Oh, banyak pulak kegembiraan di bulan Jun ni. Incek suami dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, aku pulak terlebih excited. Maka siap satu entry pasal macam mana nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.




Julai
Walaupun tak dapat pergi premiere screening Inception, aku dapat offer untuk Twilight Eclipse. Dari darling Nuffnang jugak, of course. Tertebus rasa kecewaku, ngehngeh.



Ogos
Sebab bulan puasa, konon-konon on hiatus. Poyo kan haha. Yang best nya, masa bulan Ramadhan tazkirah best² sokmo, salah satunya bila Ustaz Fauzi yang bagi tazkirah sampai berjaya kelirukan barine, heheh.



September
First time dengar lagu Kalau Berpacaran, suka sangat lagu ni.



Oktober
First time beraya sebagai warga Kuala Kepis. Punya excited sampai tak banyak bergambar pun, haha.


Dan..anniversary!! (eh eh, aku tak buat entry rupanya, ngee~)




November
Gara-gara soalan ramalan SPM aku, terus dapat jumpa calon pelajar cemerlang SPM 2010.


Dan, ada berita pahit. Aku jadi mangsa penyamaran. Dalang pun dah dikenal pasti. Aku redha.



Disember
Finally, I have reached the end of 2-series. Tahun depan masuk 3-series pulak, kalau dipanjangkan usia Insya Allah.







Semoga 2011 akan datang dengan penuh makmur, untuk kita semua. Insya Allah.

18.12.10

Soalan mengarut

Rasanya sebelum ni aku pernah terbaca dalam blog mana ntah, tak ingat. Beliau mintak air [tak ingat] suam, tukang ambik order boleh tanya pulak nak panas ke sejuk. Haru betul.

Baru tadi, kena kat aku.

"Bagi teh O limau suam."

"Panas ke sejuk?"

"SUAM."

"Ye lah,nak panas ke sejuk?"


"SUAM. Tak panas, tak sejuk."


Dah memang aku jenis tak reti nak maki orang depan-depan.

16.12.10

.. luahan hati di celah-celah waktu yang hectic ..

Aku tension bila...















Ada dua situasi yang memerlukan aku pilih salah satunya, sedangkan aku tak mampu.

Tak mampu nak memilih.







Kanan dan kiri, sama berat bila ditimbang.
























Tolong. Aku perlu putuskan sesuatu, segera, tanpa perlu simpan perasaan bersalah dalam hati, dan tanpa ada rasa tersinggung-guris mana-mana pihak.
 
 
 
.......

14.12.10

Pantun 4 kerat

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau jakun jangan gelakkan.

p/s:Baru tahu boleh update blog guna SMS. Itu pasal rasa jakun sekejap. Okeh, nak sambung makan. Menu hari ni, nasik kerabu. 1st nasik kerabu I've ever hadthis year, don't play-play haha~ selamat makan semua.

8.12.10

.. dah sampai waktu akhir 2-series ..


Sudah masuk tahun baru. 1432H. Bila tengok cerita Dakwah Muharam kelmarin, aku mengiyakan bila Aqasha kata "..sampai bila kita nak biarkan sambutan tahun baru lebih meriah daripada sambutan Maal Hijrah, sedangkan negara kita negara Islam?"

Rasanya untuk generasi sekarang, Awwal Muharam tu tak lebih dari sekadar cuti free yang kerajaan bagi.




 Ucapan untuk korang.




Semoga kita akan dapat terus berjuang untuk menjadikan diri lebih baik daripada semalam.






Oh ya, hari ni 8 Disember. Setiap tahun, umur aku bertambah pada tarikh ni. Maka siapa-siapa yang nak wish atau nak deliver birthday present, aku terima dengan hati dan tangan terbuka, ngehngeh~




(ucapan untuk aku) betul, betul, betul.






Bangun pagi - mata masih boleh dibukak, nafas masih boleh disedut-hembus, segala macam pancaindera masih sempurna bekerja, insan-insan tersayang masih disisi memberi kasih sayang melimpah ruah.


Apa lagi yang aku boleh ucap untuk segala kesenangan, kenikmatan dan limpah kurnia yang telah Allah beri - selain dari perkataan Syukur?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...