25.11.10

Okeh, okeh. Ini serius.

 Mukadimah:



"Aku berlindung dengan zat Allah yang Maha Mulia yang dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna yang tidak dapat mengatasinya oleh orang yang baik dan orang yang jahat daripada segala kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik daripadanya dan daripada kejahatan yang masuk ke bumi dan yang keluar daripadanya dan dari sebarang kejahatan fitnah malam dan siang dan daripada kejahatan setiap orang yang berjalan melainkan orang yang berjalan dengan tujuan yang baik wahai Tuhan Yang Maha Pemurah."




*********************************************


 Sinopsis:


Wanita 1:

Telah meminjamkan RM300 kepada seseorang yang dikenalinya. Hampir mendepositkan RM350 lagi pada hari berikutnya. Sampai masa yang ditetapkan, Wanita 1 menuntut janji supaya peminjam tersebut membayar balik duitnya. Malangnya panggilan tak berjawab.







Wanita 2:

Telah menerima panggilan dari Wanita 1 secara tiba-tiba bertanyakan tentang duit pinjaman. Wanita 2 yang tak tahu apa-apa terkedu. Setelah disiasat rupa-rupanya ada wanita lain yang menyamar sebagai Wanita 2, dan meminjam wang daripada Wanita 1.







Soalannya:

Apa tindakan yang perlu dilakukan?



Kalau jawapan anda adalah report polis, siapa yang perlu menjadi pengadu? Wanita 1 (kes penipuan) atau Wanita 2 (kes penyamaran)?







Ini kisah benar. Kedua-dua wanita tengah buntu, terutama Wanita 2.













....Tolong aku.

22.11.10

.. Calon pelajar cemerlang SPM 2010 ..

Ini lah dia.








 











 











 





Elok jugak kau singgah sini, kan dah glamour IP address kau. Kalau sudi tunjuklah muka, berbaloi-baloi~
Semoga kau jumpa soalan spot yang kau cari tu.




p/s: Jangan lupa baca Bismillah sebelum jawab soalan.

19.11.10

.. Soalan ramalan SPM 2010 ..

Ah, mana ada. Aku tipu je.

Tapi ada satu case study.





Case study hari ini:

Beliau membasuh tangan sebelum makan.

Beliau membayar duit selepas membeli.

Beliau membuka pintu sebelum masuk.

Beliau menjawab 'HELLO' apabila menerima panggilan telefon.

Beliau membayar duit 'tol' sebelum masuk ke tandas awam - kadang-kadang extra coin untuk tisu.




Soalannya:














Mengapakah beliau tidak _____ memberi salam sebelum menegur orang?



Sila:

1) Isi tempat kosong:
A [Mahu]
B [Tahu]
C [Reti]
D [Suka]
E [Pernah]
F [Semua sekali]

2) Jawab soalan tersebut.


Nota : tiba-tiba terbayangkan Superman, hero gagah yang ber-spender di luar.
 

14.11.10

.. random hujung minggu ..


Hari Ahad yang biasa, tapi tetap indah.



gambar macam takde kena mengena je, ah lantak.





Tiba-tiba rasa nak buat entry dengan random words. Okeh barine, lepas ni kalau dah tak ada idea sangat nak conteng dekat blog tapi ada hati jugak nak update, boleh guna cara ni. Oh sungguh desperate housewife kan? **kesian kesian** @__@




Okeh, let's start.





1. Tea
Iced lemon tea & green tea are my favorites. Banyak-banyakkan minum teh hijau untuk kesihatan okeh :)

Eh eh, tiba-tiba terus rasa nak pegi layan teh dekat Cameron Highlands, walahweyh!




2. Horse
Terus teringat dekat sukan lumba kuda. Oh, barine ni jangankan lumba kuda, kuda padi pun beliau belum pernah naik. Dan tak pernah pulak dapat mimpi prince charming naik kuda putih datang selamatkan barine dan mereka pun live happily ever after. Tak pernah, tak pernah, hehe.



3. Belonging
Sense of belonging barine memang kuat. Sedikit sensitif kalau barang-barang hakmilik peribadi diperlakukan sesuka hati. Tapi tak lah bermakna barine kedekut dan tak suka berkongsi, cuma perlulah kena cara dan gayanya. Show some respect, please. 



4. Workshop
Kali terakhir masuk workshop ialah..err, bila ye? Tak ingat lah, nampak sangat jarang masuk workshop. Tapi kereta kesayanganku itu kali terakhir masuk workshop bulan lepas dengan incek suami, itu pun takat depan kedai je sebab tuan punya workshop tak sudi pun nak bawak kereta tu masuk workshop dia. Ye lah, setakat nak gam balik plate number belah depan tu tak payahlah nak buat muka manja mintak masuk workshop kan? heheh~ 


Masa tu nak pegi kerja, adalah sorang driver ni over excited agaknya bawak van dia sampai 'makan corner'. Mujur bahagian plate number tu je yang kena. Dah terlanggar, boleh terus blah pulak. Tak gentleman langsung.



5. Shutdown
Hanya shutdown pc di ofis seminggu sekali, iaitu pada hari jumaat. Selalu berniat nak shutdown hari-hari, tapi last-last terbiar je ber-locked. Oh ye, hidup kita pun akan shutdown jugak, satu hari nanti.



6. Television
Salah satu medium beristirehat barine. Cuma sekarang macam dah tak banyak cerita menarik je, kan? Ke barine yang dah boring tengok tv?




7. Taxpayer
Saya pembayar cukai yang baik, okeh. Sampai masa, bayar. heheh~



8. Insurance
Tak pernah terfikir pun akhirnya akan menceburi dunia insurans, walaupun masih di bidang IT. Masih ramai yang kurang jelas tentang insurans konvensional dengan takaful, yang mana konsep kedua-duanya jauh berbeza. Konvensional melibatkan bentuk perniagaan yang tidak jelas, dan melibatkan riba. Manakala takaful merangkumi konsep perkongsian keuntungan dan risiko dalam sesuatu kumpulan. Kalau ada masa, nanti aku entry-kan pasal insurans dan takaful ni.



9. Freezing
Itulah yang selalu berlaku pada barine di ofis. mana taknya, lubang aircond betul-betul atas kepala. Apakan daya, kengkawan yang lain perlukan rasa sejuk itu, maka terpaksalah ku berkorban huhu~



10. Moon
Suka tengok bulan purnama yang terang cantik. Anak bulan cuma suka bila time puasa dan raya saja, muahaha. tak pernah makan mooncake. Twilight New Moon pun syiok!







Okeh, dah habis.


12.11.10

.. iklan Ponti Anak Remaja yang iras Twilight ..

Err..sebenarnya aku pun tak sure part mana yang dikatakan iras hot movie Twilight tu?


Mungkin sebab cerita ni pasal pontianak, maka nampak berkait dengan vampire dalam Twilight tu. 


Suasana berlatarkan dark night, selari dengan sifat dan tabii pontianak mahupun vampire, maka sebab tu dikatakan iras kot.


Dan mungkin persamaan antara 2 lelaki merebut seorang gadis (ku agak je, sebab dalam iklan tu ada 2 orang mamat saling pandang very kerek each other, kuikui)



Aku belum lagi tengok mini series ni, maka tak tau lah best ke tidak. Yang telemovie punya pernahlah. Ada Lisa Surihani dengan Dira Abu Zahar jugak.  Yang telemovie tu kira ok lah, so-so kan.


Tapi bila keluar je iklan promo ni kat TV, tengah tumis cili kat dapur pun boleh lari pegi hall kejap, muahaha mithali sungguh kan.


Aku suka iklan ni. Nak kata unik tak jugak, tapi cantik sinematografi nya (wahlaweyh apsal tiba-tiba aku rasa macam graduan perfileman dan fotografi pulak ni **wengg**).


Ermm..layan je lah.
(Baru aku perasan sedap rupanya lagu Selamat Malam - Faizal Tahir ni, hehe)



Eye-catching.


Heip heip, ku kata eye-catching, bukan air kencing dowh!
 




p/s : Liyana Jasmay comel sungguh kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...