Bila masuk Syawal, selain sibuk puasa 6, kebanyakan kita mesti sibuk dengan jemputan open house. Sama ada dijemput, atau menjemput. Tambah-tambah lagi bila hampir hujung tahun, terus merebak ke jemputan kahwin. Memang peak time lah kira. Seronok betul rasa.
Yang sedang menghitung hari nak naik pelamin, aku ucapkan selamat pengantin baru. Yang menjemput, aku ucapkan terima kasih atas jemputan. Insya Allah aku cuba penuhi sebanyak yang mampu. Almaklum, bulan 10 ni memang berderet jadual hujung minggu aku - rasanya orang lain pun sama, kan. Dari jemputan open house sampailah ke jemputan kahwin.
Yang bujang trang tang tang dan sedang dilamun cintan cintun tu, aku ucapkan semoga cepat melangkah ke alam perkahwinan. Dan aku nak dedikasikan lagu ni pada korang. Aku rasa bebudak sekarang lagi suka dengar lagu daripada dengar ceramah (eh bukan bebudak je, aku pun sama gak rupanya). Mungkin lagu ni boleh jadi 'ceramah dengan tempo yang sedap' untuk korang. Dengar dan masukkan dalam hati, okeh.
Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan (feat. Ana Raffali and Altimet)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencuba aksi terlarang
(c/o)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerana malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya
(repeat c/o)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga, hahaha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
(repeat c/o)
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerana malu itu perisai orang beriman (hahahaha)
Yang aku red bold kan tu lirik dari Altimet, kalau tengokkan lirik tu dah boleh agak dah 'watak' Altimet dalam lagu ni kan?
Kalau nak, boleh download lagu Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan (feat. Ana Raffali and Altimet) kat sini.
Dengar, dan masukkan dalam hati okeh. Lepas ni aku taknak tengok bebudak yang agaknya PMR pun belum lepas, tapi gaya mengalahkan pencinta agung Laila dan Majnun dekat tangga shopping complex tu.
Dan aku taknak baca lagi kes buang bayi yang makin berlambak dalam paper.
Dan aku taknak baca lagi kes buang bayi yang makin berlambak dalam paper.
Nota Barine - sekarang sudah jatuh minat sama itu Maher Zain.
