26.8.10

.. hiatus ..




Anggap saja blog ni berpuasa. Dan sedang muhasabah dirinya.


Atau buat-buat dengar tuan blog ni kata,

"I tak ada cerita terbaru, so i rasa tak perlu untuk i terlalu expose. I taknak dicop sebagai pencari publisiti murahan."


Barulah rasa Fasha Sandha artis sikit.





Ramadhan sudah tinggal second half, bagaimana pencapaian kita (aku) setakat ni?


Aku ada pencapaian baru - bila mana doktor sahkan aku 'disinggahi' gastrik.


Okeh, memang satu pengalaman baru untuk aku. Baru ku rasa seksanya berguling-guling menahan pedih ulu hati dan pening loya. 


Tapi syukur, Allah masih beri izin untuk aku teruskan rukun Islam ketiga dengan kudrat yang ada. Harapnya ia cukup untuk diterima, Insya Allah. 


Bulan puasa ni, tetap blogwalking dengan gigih. Tumpang excited baca cerita kawan-kawan. Dan terima kasih pada yang sudi share menu bulan puasa. Memang medium terbaik (terbaekk!) untuk cari idea, hehe.


Aktiviti Ramadhan aku tak lari dari aktiviti manusia sekeliling. Apa yang nak di-update kebanyakannya dah terluah di blog-blog lain. Kesimpulannya, tidak ada (atau belum ada) sesuatu yang extraordinary untuk dikongsi. Bukan tak mahu berkongsi, tapi apa yang nak dikongsi itu terlalu biasa, amat biasa. Maka pendam hasrat untuk update blog. 







Maka, sampai sini dulu.

9.8.10

.. random Ramadhan ..

1. Salam Perantau dah kelihatan di muka surat khabar. Column yang selalu jadi angan-angan aku untuk tayang muka.


2. Belum lagi cakap tak nak pada staff yang berniaga kuih raya. Setiap kali diorang hulur kuih tester kat aku, aku ambik dan lepas tu tak sampai hati untuk tak order kat diorang. Kalau tak silap kira, aku dah selamat order 8 balang kuih setakat ni.


3. Kebanyakan orang sekeliling aku dah sibuk bertanya persiapan raya.


4. Aku rasa raya tahun ni ala kamdar kadar je kot, sebab takde bonus. Huhu..


5. Eh eh, ni first time ever aku bersahur & berbuka bawah satu bumbung dengan incek suami ler...heheh~ (gedik ah Barine, tu pun nak bagitau).


6. Memo permohonan cuti raya sudah mari..dengan pantas aku submit plan cuti. Efficient beb, kahkah.


7. Lagenda Budak Setan the Series start pada malam pertama terawih? Ya Allah, kau kuatkanlah imanku. Ameen!


8. Tentatif Ramadhan di ofis sungguh banyak. Aku harap dapat join sekurang-kurangnya 90% aktiviti. Insya Allah.


9. Sampai sekarang pendam hasrat nak berpuasa, bertarawih dan ber-umrah di sana. Erm..ye, di sana. Ya Allah, semoga Kau beri keizinan padaku. Ameen.


10. Dah prepare list untuk sahur - termasuk jam loceng baru. Kuikui. 


 
gambar cam buruk, ah lantak.





p/s - Ku mintak ampun dan maaf kalau ada salah silap pada korang. Semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna dan diberkati. Ramadhan Kareem.

6.8.10

.. berjaya dikelirukan oleh Ustaz Fauzi Mustaffa ..

Semalam masa dengar ceramah dari Ustaz Fauzi Mustaffa, pasal persiapan kehadiran bulan puasa.



Ustaz Fauzi Mustafa
tapi semalam beliau tak pakai baju melayu hijau tu.




Penat tahan sakit perut, sebab gelak banyak sangat.


Beliau ada jugak bercerita pasal aktiviti beliau yang sentiasa berkongsi ilmu di majlis agama, di sana-sini.



Ada satu part tu beliau kata,



"Saya memang tak bawak kereta pergi sana sebab jem teruk. Nak bawak roti pun tak boleh, sebab puasa."





Audience semua senyap.



Aku pun senyap, sebab macam blur dan confused dengan statement tu.




5 saat kemudian, baru dengar sorak sorai gelak tawa dari sekelian audience. Termasuk aku.




Haha, rasa macam comel betul bila sekelian audience pakat blur sama-sama, lepas tu pakat gelak sama-sama.





Mungkin blur sebab banyak sengat gelak sebelum tu kot? Hehe ;)













p/s - Ramadhan Kareem!

3.8.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...