28.7.10

.. inikah peperangan jiwa? ..


Sumber ilustrasi: Deviantart




Kadang-kadang, sebentuk hati itu pernah ditebak rasa cemburu bila mengenali seseorang yang dirasakan hidupnya hampir sempurna - pada pandangan berhijabnya. Cemburu kerana merasakan dia yang sepatutnya berada di tempat itu.


Kadang-kadang, jiwa itu diganggu rasa celaru bila membandingkan personaliti sendiri dan si polan yang jauh berbeza. Si polan bukanlah terlalu baik, jauh sekali sempurna. Malah pernah tersingkap kekhilafannya. Akan tetapi, si polan itu dirasakan sungguh, amat, sangat..bertuah apabila dilihat dari sisi dan posisi yang sebelah lagi.


Kadang-kadang, kekesalan pantas terbit apabila kata-kata yang disangkakan manis terluah rupanya menjadi selumbar pada yang mendengar. Kata-kata yang hanya bertujuan meluahkan pendapat yang terbuku di hati, tanpa ada sedikit pun niat menyakiti. Jauh sekali membenci.


Dan kadang-kadang, dia tak dapat lari dari menyaksikan kesungguhan manusia-manusia yang living in denial. Hidup berpura-pura semata-mata menjaga hati manusia lain (dan hati sendiri, mungkin). Sanggup berdiam bisu walau jiwa meronta marah. Sanggup bermanis muka walau hati bercambah lara, demi berpaksikan keengganan menyinggung dan tersinggung. Bimbang dikata biadap, besar kepala bila bicara yang berniatkan luahan ikhlas disalah tafsir. Bimbang ditabal ego bila pendirian yang teguh, yang utuh cuba ditegakkan. Lalu dibalik sedar, sekalian manusia menghukum nya sebagai - kalah. Bukan mengalah. Maka bergembiralah sekalian mereka dengan kemenangan yang palsu semata-mata.





Wajarkah?




Kerana kadang-kadang, yang tertebak rasa cemburu itu - adalah hati aku.

Kerana kadang-kadang, si polan itu - adalah aku.

Kerana kadang-kadang, yang kesal itu - adalah aku.

Kerana kadang-kadang, yang living in denial itu - adalah aku.






...wajarkah?






p/s - abaikan alur bahasa aku yang sedikit tersasar dari landasan norma seorang barine.


26.7.10

.. Kisah blogger mohon cerai - Mamasita Mamamia beri jawapan ..

Aku boleh katakan - surat khabar punya kuasa untuk menggoncang negara, malah dunia. Iaitu dengan cerita dan kisah yang dimuntahkan, lebih-lebih lagi kisah yang menjadi headline mereka. Kisah yang dirasakan boleh meletup bila ditambah lagi dengan commercial value yang berpalit di sisi kisah tersebut.


Dan semalam, Kosmo! mendedahkan kisah dunia blogging yang katanya bukan lagi sekadar medium meluah rasa, berkongsi cerita - tetapi juga telah menjadi medan memohon perceraian.



Sepasang suami isteri, blogger sesama blogger.


Si suami pemilik blog Sakmongkol  manakala si isteri pemilik blog Mamasita Mamamia.


 

Gara-gara entry si isteri di bawah tajuk Jodoh kita sampai di sini, beliau dilabel Kosmo! sebagai blogger pertama memohon cerai melalui blog.




Aku sebagai seorang perempuan sangat faham, kadang-kadang apa yang terluah semasa sarat dengan ketakstabilan emosi bukanlah berpaksikan niat yang nyata. Ianya lebih kepada luahan perasaan kerana terlalu marah, geram atau sedih mungkin. Maka aku mengandaikan entry tersebut adalah tak lebih dari kekusutan jiwa yang bersifat sementara.



Aku percaya, mereka tak punya niat ke arah itu. Dan aku percaya, mereka cukup bijak dan matang untuk mengambil keputusan demi kebaikan masing-masing.






Akhirnya, tuan punya badan dah bersuara. Siapa yang menggoncang, dan siapa yang tergoncang sekarang?


25.7.10

.. kalau begini, kenapa begitu? ..





...kalau mencintai itu bahagia, kenapa lari dari dicintai?


...kalau disakiti itu pedih, kenapa tergamak menyakiti?


...kalau tikam belakang itu hina, kenapa buat juga?


...kalau yahudi itu kejam, kenapa tak terus memboikot mereka - rohani dan jasmani?


...kalau tak reti sesuatu, kenapa mesti malu bertanya?


...kalau tahu doa ibu dan ayah sangat makbul, kenapa terus nak derhaka?


...kalau dah memang serba tak tau, kenapa nak ego dan bodoh sombong kengkonon macam professor serba tau?


...kalau tau sambal belacan tu pedas, kenapa masih suka makan?


...kalau tau semua yang berlaku adalah qada' dan qadar dari Tuhan, kenapa masih nak mengeluh kekesalan?


...dan kalau entry ni tak best, kenapa baca sampai habis?










heheh, jangan mara haaa..lotsa' love, people!






:)



p/s : Jangan biasakan diri berkata KALAU, sebab perkataan tu boleh mengundang rasa tidak redha. Contoh "Kalau aku tak bagi kau bawak kereta tadi, tentu tak jadi accident", atau "Kalau aku ikut cakap dia dulu, tentu sekarang aku dah kaya". See? Sewenangnya menidakkan qada' dan qadar yang Allah dah letakkan atas kepala kita, kan? Aduhai, siapa kita nak menafikan ketentuan dari Dia?





Tak percaya? Baca artikel ni. Aku bukan tulis saja-saja.

22.7.10

.. gambar panas Luna & Ariel ..

Beruntung lah jugak kau Ariel, dalam penjara pun boleh layan World Cup lagi. Eh, world cup dah habis la..hehe~


Punya hebat dan pantas teknologi sekarang, sampai gambar kau dengan Luna akhirnya dah sampai ke inbox aku.


Korang nak tengok ke? Baik-baik ye, cover line sikit.








Klik diam-diam, dekat sini.







Suka?



:)

21.7.10

.. letih main ..

Aku tengah semangat nak layan benda alah ni malam tadi:



Wii Console


 


 

Tak sampai setengah jam - aku surrender. Letih beb, hayun remote dengan nunchuck tu laju-laju.



Wii remote & nunchuk
ini bukan tangan aku. tangan pakcik google kot.















Last-last aku layan Hotel Mania. 



Hotel Mania TV3







p/s - teruk ah stamina aku sekarang..tak boleh jadi ni. kena start workout! 




19.7.10

.. nasib baik ..

..dah recover balik blog template aku.










sekian.

18.7.10

.. jahanam! ..



..blog template aku.


benci! salah sendiri, huhu..


dah le tengah takde mood nak godek blog nih. 


biar lah blog ni nampak dummy kejap ye, nanti ku make-up balik.


16.7.10

.. blog aku tak popular, sebab tu aku terharu ..

hari tu, bila aku bukak blog Expresi Sastra, aku terperasan kan satu statement ni.



Blog tak popular
err..statement 'macam bagus' tu, perlu dibaca dengan intonasi yang macam mana ye? hehe~


owh, terharu pulak rasa. blog picisan alam ni pun ada jugak orang iktiraf best. sangat menaikkan rasa gembira aku ke puncak tertinggi.







sebab apa aku terharu?



masa mula-mula aku ber-blog, intention aku hanya sekadar mengisi masa lapang. aku rasa sungguh fun bila ada blog. maka itu aku anggap blog aku tak lebih daripada sebuah personal e-diary. tak sikit pun terfikir aku boleh dapat duit melalui blog. bayangkan, aku declare dengan darling Nuffnang selepas usia blog aku ni dua tahun. itu pun lepas aku dapat banyak exposure pasal Nuffnang ni melalui blog kengkawan dan blog-blog yang aku terjah.

lepas tu, baru lah aku nampak hasil pemberian Nuffnang di blog. walaupun tak banyak, tapi tetap excited. pernah satu masa aku 'tersasar' sekejap, aku ber-blog untuk pastikan trafik tetap masuk ke blog aku. supaya income dari darling Nuffnang tak terjejas. tapi sekarang aku dah kembali set minda aku balik, aku ber-blog kerana suka. ini aktiviti zaman siber aku. macam mana aku isi masa lapang dengan baca novel masa zaman sekolah aku dulu, macam  tu lah jugak aku spend time untuk hobi aku sekarang ni. kalau lebat income Nuffnang, Alhamdulillah rezeki (buffered earning ku dah bertambah, yeay!). Kalau tak ada pun, aku takkan jadikan tu alasan untuk aku tak ber-blog. melainkan aku betul-betul kering idea nak ber-blog.  


dan aku tak pernah pasang angan-angan untuk jadi blogger popular ke, apa ke. serius, tak pernah terfikir pun. itu pasal aku terharu bila tiba-tiba ada orang 'menerima' blog aku dengan baik.


alang-alang dah bercakap pasal blog, di sini aku sejujurnya nak beritahu, yang blog aku ni tak lebih daripada bingkisan hidup aku untuk dijadikan kenangan masa depan. mungkin 10 tahun lagi aku dah lupa yang aku pernah pergi tengok movie Eclipse free-free je, atau terlupa yang aku pernah lulus exam PTD, malah pernah join pertandingan gubahan pengantin walaupun tak menang (ngehngeh), maka blog ni akan jadi rujukan aku. kadang-kadang, blog ni jugak jadi tempat aku luahkan pendapat. mungkin, dalam pada aku menulis, aku ada menyinggung hati mana-mana pihak - sedar ataupun tidak. kalau ada antara korang yang terasa hati, aku mintak maaf ye.




untuk Sastra, tenkiu mucho!


:)



13.7.10

.. be yourself ..

Be yourself

 


don't EVER be ashamed of being yourself.







*source: googled


9.7.10

.. dapat tiket Eclipse free dari Nuffnang ..


Aku memang dah plan nak tengok cerita Twilight Eclipse ni, tup-tup dapat pulak tiket free, darling Nuffnang bagi. Apa lagi, kasi bedal lah labu..hehe.


Ini pun sebab aku saja-saja join contest yang Nuffnang buat - senang ya' amat, cuma pilih Edward Cullen atau Jacob Black dan bagi alasan kukuh. Eh, tak berapa kukuh pun takpe. Oh ye, alasan harus kreatif. Aku cuma tulis apa yang terlintas je. Kira ok lah kan bila darling Nuffnang dah 'iktiraf' kreatif, ngehngeh. Nak tau apa alasan aku? Cari sendiri dekat contest Eclipse Special Screening yang Nuffnang buat tu ye, hehe. 



Incek suami pulak boleh tak percaya, dia ingat ini tipudaya je. Jenuh la aku nak convince beliau dengan sepenuh hati, nasib baik berjaya.  




Nuffnang Eclipse Special Screening
 Mujur bukan free seat, mau letih aku nak berebut. tak kuasa noks.
Mujur jugak seat pun best, dua dari belakang kira ok lah kan.




Oh ye, hari yang sama jugak Mix FM dengan My FM pun buat special screening Eclipse. Maka berdoyon lah manusia mengharung Cathay Cineplex malam tu. Diorang punya tiket cantik, macam kad kahwin hehe. Tapi yang tak best nya diorang dapat free seat lah pulak, jenuh la diorang nak kena beratur masuk. Dah la nak ambik tiket pun beratur jugak..huhu.  




Nuffnang Badge
dapat free gift - badge Nuffnang. Belajar bersyukur ye, Barine.





Twilight Eclipse
sebelah kanan - muka excited nak tengok Eclipse.
sebelah kiri - muka [pura-pura buat muka] tak excited nak tengok Eclipse.



  



Hall 4 Cathay Cineplex
pukul 9, masuk Hall 4 yang sejuk dingin..





Eclipse poster
untuk tengok ini.




Secara ringkasnya, siri kali ni menonjolkan sisi determine Jacob untuk dapatkan Bella dan sisi jealousy Edward bila dapat tahu Jacob berusaha keras untuk dapatkan Bella. Dalam pada tu, Victoria kembali mengganas untuk balas dendam atas kematian kekasih dia dulu. Maka dia 'me-rekrut' satu pasukan vampire baru untuk musnahkan Bella dan team Edward. Merujuk kepada Alice yang boleh meramal kejadian, mereka mencari jalan untuk memusnahkan team Victoria. Siap ada teamwork dengan team warewolf lagi, sungguh tak percaya..hehe. Kesian aku tengok Bella, dalam pada nak graduate pun kena fikir hal nak lari dari vampire segala bagai..huhu. 




Kalau korang memang follow Twilight, aku boleh rekemen untuk proceed tengok siri ketiga ni. Yang pasti, cerita ni tak slow macam New Moon dulu.





Oh ye, kepada darling Nuffnang:
Terima kasih daun keladi, saya sudi terima tiket free lagi!








p/s - kualiti gambar tak berapa memuaskan, harap diampun.
p/s/s - entah bila aku nak habis baca e-book Twilight tu.


6.7.10

.. ungkapan emas pemimpin Nazi ..

Nazi Adolf Hitler





dan sekarang, [yang dikatakan] sedikit yang ditinggalkan tu...



 


 
semakin bertambah di alam maya - secara biologi, spiritual, budaya dan pengaruhnya. di seluruh dunia.







 

macam mana sekarang? masih nak berdiam?


5.7.10

Jom main teka-teki, nak?

Start dari awal bulan Jun hari tu, hujung minggu aku memang penuh dengan aktiviti. Betul-betul tak ada home-sweet-home time.


Tapi no hal, sebab aku enjoy. Dah lama tak berjalan-jalan dan berjimba-jimba (best pulak gunapakai perkataan berjimba-jimba ni, hehe) ke sana sini.


Antara aktiviti aku - ke Malim Nawar atas jemputan sahabat, ke Cameron Highlands atas jemputan incek suami (hahah!), ke Felda Rokan atas jemputan sepupu belah incek suami, ke Linggi ber-family day sambil mandi laut, ber-barbeque dan ber-makan durian yang wallah!, akhir sekali ke UiTM Sri Iskandar menghantar adik aku yang kembali jadi student lepas 2 bulan asyik berjimba-jimba (see? aku dah kata aku suka gunapakai word nih, ngehngeh) di rumah dan kawasan sekitarnya.


Sampaikan ada beberapa jemputan yang aku tak dapat hadiri sebab clash. Aku mintak maaf sangat-sangat.


Itu belum lagi acara santai yang lain - macam sesi menonton wayang Toy Story 3D, sesi ber-shopping, window shopping, etc etc.


Dan minggu ni nampaknya aku bakal meneruskan aktiviti berjalan-jalan dan berjimba-jimba (shut up, barine) tu.


Tiba-tiba rasa nak ajak korang main teka-teki pulak, hehe~


Sedia. Mula.



Soalan cepu emas..


Namakan daerah DAN negeri yang akan Barine kunjungi pada hujung minggu ni?

 Clue - SUKMA 2010.



Maka secara automatik nya boleh disimpulkan bahawa daerah dan negeri yang terlibat hanyalah di dalam Malaysia saja. Yeah, anda sangat bijak. Clap, clap.





Oh, rasa macam nak tambah satu lagi soalan, boleh? Jawab boleh, cepat.



Soalan seterusnya:


Nyatakan tujuan Barine ke tempat tersebut.

 Clue - Teruja & teruji.





Tapi sorry, tak ada hadiah ye. Soalan suka suki je, nak menguji minda korang, hehe. Memang ada niat nak buat contest pun, tapi nanti akan ku fikirkan kaedah dan masa yang sesuai, hehe.


Siapa nak jawab, ada bran?


Entry susulan akan ke udara ke online tak lama lagi, okeh.








p/s - kalau aku bagi hadiah fridge magnet @ keychain je, atau topup RM10 ke..korang redha tak? haha~ jahanam punya sengal nak tanya soalan cam nih.


2.7.10

.. sari berita penting ..

Pagi-pagi sampai je ofis, sign-in lepas tu bukak PC terus mengadap Facebook, blog tercinta kemudian baca online paper. Dapat bayangkan tak betapa produktifnya progress aku untuk hari ni? Haha~ gelakkan aje lah.


Aku bukak Kosmo! Online, jumpa cerita pasal penghuni Rumah Titian Kasih yang akhirnya berpindah. Sebelum  ni ada entry aku pasal penghuni-penghuni malang ni diarahkan keluar. Ke tempat yang lebih sempit sikit. Aku doa akan ada dermawan sudi sumbangkan sikit untuk meringankan kesusahan mereka. Atau mungkin akan muncul Abdul Wahub yang bergadaijanji dengan bapak mertuanya Saddiq Sigaraga akan bagi rumah harta bapak mertuanya sebagai hadiah. Eh, apa aku mengarut ni, hehe.


Then, baca pulak kisah ibu muda yang mengalami kerosakan saraf mata lepas bersalin (horror siut, buat aku jadi paranoid je nak pegi hospital) dan tak nak lagi menjalani apa-apa rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Alor Setar Kangar. Heck, kalau aku pun tak mau dah. Korang nak? Tak terbayang pulak aku - lepas bersalin tiba-tiba ditimpa musibah macam tu.


Lepas tu kisah yang tengah hot tapi tak berapa berilmiah. Apa lagi kalau bukan pasal Fasha Sandha yang confirm dah declare dengan Jejai. Adoiyai, semak lah paper Malaysia ni dengan cerita korang je. Mintak maaf ye Fasha, kau sungguh cantik jelita tapi kalau setakat keluar paper untuk pukul canang pasal kau dah declare dengan ex-husband orang, atau pun kecoh pasal status dekat Twitter kau yang cakap Tiz Zaqyah cuba nak buat rembatan kencang merampas Jejai dari kau, pesanan aku - go to hole lah. Sekian.


Ini pulak kisah yang malu bangat kalau budak-budak bawah umur baca dan jadi curios tentangnya. Nazriel 'Ariel' Irham yang dah kena tahan pasal kes video seks, dengan-dengan bini dia, si Sarah kena panggil buat statement. Luna Maya pulak sampai jatuh sakit sebab stress pasal isu tu. Bayangkan Luna Maya tu cikgu, kemudian anak muridnya tanya "kenapa cikgu sakit?" dia jawab "cikgu sakit sebab stress, video seks cikgu dah tersebar."

"oh, pasal tu ke cikgu, takde apa lah. dekat rumah saya pun ada satu copy, saya tengok betul-betul, sebijik macam muka cikgu."

oh...


Isu UPSR & PMR yang nak dimansuhkan tu, keputusannya akan dibuat dalam tahun ni jugak. Aku tak berapa setuju la nak mansuh-mansuh exam ni. Sekurang-kurangnya biarlah budak-budak ni bersedia dengan exam sebelum nak hadap SPM nanti. At least buat warm up dulu. Bayangkan kereta manual yang start-start enjin je, terus henyak gear 5. Mau pecah enjin beb.


Oh ye, malam ni boleh layan game Brazil lawan Belanda. Match yang sengit, barangkali.


Aisey, aku baru nak tangkap cintan dengan Toyota Lexus, alih-alih keluar pasal kerosakan enjin pulak. Haru betul...







Eh, sambung buat kerja lah Barine. Kemain lagi kau ye.









Okeh okeh, bubbye.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...