30.6.10

.. hilang kasih di rumah titian kasih ..

kalau aku kaya raya, setakat nak beli satu lot rumah untuk letak diorang ni, kira no hal lah.


ye, kalau.





Hanya di sini, di Rumah Titian Kasih ni lah tempat mereka menumpang kasih, lepas ni nak ke mana pulak?











KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.




Pengusaha RTK, Sharifah Adlan berkata, mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah dari banglo No. 15 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa apabila pemiliknya mahu menjual kediaman berkenaan untuk tujuan komersial.



"Kami menyewa kediaman ini sejak tahun 2008, namun pada tahun lepas, pemilik banglo ini mengambil keputusan untuk menjual kediaman itu atas dasar komersial.



"Kami tidak mampu untuk membeli banglo ini dengan harga RM2.7 juta," katanya kepada pemberita di sini semalam.


sumber : Kosmo! Online.









p/s: ucapan untuk owner banglo tersebut - bangsat ah kau. tahniah, semoga kau dirahmati Allah.

25.6.10

.. penantian itu satu penyiksaan ..

(entry berikut berbaur sedikit emosional)













betullah tu.


aku tengah excited nak submit month-end report ni. tapi memandangkan report tu adalah kompilasi (macam album lagu je kan) dari beberapa report yang lain, maka submission aku pending. sebab nak tunggu beberapa report (2 - 3 report je) lagi sebelum submit sekali jalan.


memang geram tahap ali baba bila kerja aku pending sebab orang lain. nanti sebab aku yang compile semua report tu, cakap aku pulak yang submit lambat.


siapa yang kena? bukan korang, aku jugak.













adoiyai, cepat lah weyh. tak larat dah nak tunggu ni..







penantian itu satu penyiksaan

nasib baik belum sampai tahap begini.



 

UPDATED:
Alhamdulillah, report submitted. Maka boleh ber-weekend dengan gembira. yeay!

 

23.6.10

.. homesick. sakit rumah? rumah sakit? ..

apa kes, dah tua-tua bangka pun nak homesick lagi?



 
eh, aku bukan cakap pasal korang. aku cakap pasal tuan blog ni.

eh, siapa tuan blog ni? laa...aku rupanya.



I am homesick



okeh okeh, memang aku rasa homesick sekarang.


tak faham? aku pun tak faham.

19.6.10

.. My Mind is the Scene of the Crime ..

People have their own secret(s), everyone i suppose.

But hey, do you even have any valuable secrets? Which is - your most valuable secret in your mind that you don’t want to be stolen?


I have mine. Couldn't believe i eventually reveal this to you, people.






It's my phobia.



Nobody knows what i'm afraid of, or phobia to. Except for this one, i've directly mentioned it few months back. Besides that - yeah, I have another phobia. Secretly unrevealed.



How do i keep my phobia secretly? 
That's another thing i would consider as my valuable secret. Believe me, it's much harder than you can think of. Apa nak buat, kena kontrol lah beb, kalau tak malu gwe, kantoi nanti..huhu~



Why i want to keep my phobia as valuable secret?
Heck, no way. My life would become a mess! Can you imagine when people discover your so-called weakness? They may manipulate it to let you down, easily. Isn't that a crime?




Dude, finally - i've reaveled my most valuable secret of mine, but bear in mind i would never reveal my phobia :)












Speaking of valuable secret people may have, Warner Bros Pictures would like to present to you their new baby - Inception. Good news for Leonardo Di Caprio's fans out there :)



poster







Let's warming up with the synopsis, copied from here.


Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.



But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.

This summer, your mind is the scene of the crime.

 

18.6.10

.. PC oh PC, tak bosan ke mengadap aku hari-hari? ..



Hampir setiap hari aku mengadap pc. maka hampir setiap hari jugak aku buat mende alah ni:




1. taip HURUF BESAR dengan jari kelingking kiri melekat pada keyboard Shift. WALAUPUN HURUF BESAR TU PANJANGNYA LEBIH KURANG SATU AYAT, MACAM AKU TENGAH BUAT NI.


2. jari berpusing-pusing mencari huruf pada keyboard, padahal aku dah tau letak duduk huruf tu dekat mana. kalau tangan kanan pusing arah lawan jam, tangan kiri pulak ikut arah jam. muakakaka.



3. sangat selesa guna numeric keyboard pada sebelah kanan, lepas tu bila guna laptop dah menggagau nak petik nombor satu-satu kat belah atas tu.



4. ini member aku yang perasan, dia kata masa aku menaip jari kelingking aku melenting ke atas. hahahahakutakkelakarkauyangkelakar.



5. kesimpulan dari item 5 - aku memang tak fully-utilize kesemua jari masa menaip. kalau guna jari kelingking pun untuk item 1 je, ngehngeh.



6. ini pun member aku yang cakap - muka aku serius banget bila mengadap pc. mungkin masa dia tengok tu aku tengah baca blog aku kot, wakakak (tak kelakar pun, barine).



7. suka letak pen / pensil / pemadam / pembaris atas keyboard, yakni apa saja jenis alat tulis. kengkonon senang nak mengguna pakai. iyo lah.



8. hampir tak boleh tak guna mouse, tangan kanan aku yang halus lagi gebu dengan mouse memang sungguh mesra alam.



9. ini bukan perangai, ini fakta-bukan-auta - aku baru tau fungsi print screen masa umur aku 20 tahun okeh.



10. ini pun fakta-bukan-auta - benda paling menyampah aku nak buat masa mengadap pc ialah isi online form. sikit-sikit takpe jugak, ini panjang berjela beb. selagi tak isi semua benda, tak boleh submit. haru derr..huhu.





korang macam mana, mungkin kita sama?








p/s :











































 





naked in front of computer

tapi jangan sampai macam ni ye. tolong weyh tolong.
nota penting: gambar berkenaan BUKAN hakmilik tuan blog, harap maklum.






17.6.10

.. cepat join contest ni sebelum terlambat ..

masa jalan-jalan di alam siber tadi (apsal poyo sangat ayat aku ni? tak leh blah la weyh), aku singgah dekat website ni.


wah, ini memang menarik tertarik. snap and win. tangkap dan menang. senang sangat. macam mintak orang belanja makan, haha. syarat pun tak merumitkan keadaan.


ada can ni, haha. biasalah, bila aku dah start nak join contest, mulalah berangan bagai. kengkonon akulah terpaling kreatif antara benua. menyampah okeh.


sungguh gembira bila mengenangkan bapa mertuaku ada Saga, bolehlah buat muka comel nak pinjam buat snap snap and say cheese! haha.



sempat lagi ni, tarikh tutup besok - 18 Jun 2010.















akan tetapi, ku baru teringat...























bapa mertuaku dah pulang ke kampung halaman bersama-sama Saga tercintanya semalam! macam mana nak bodek bagi pinjam? hancur luluh harapanku, huhu~















korang nak join? dipersilakan. sempat lagi ni. good luck ye.



























huhu, sedey!




16.6.10

.. sibuknya aku ..




taip. delete.

taip. delete.

taip. delete.

taip. delete.

taip. delete.

taip. delete.

taip. delete.





















..tu je lah kerja aku kat blog ni, start lunch hour tadi.





korang mesti tak se-busy aku, kan? baik mengaku.

13.6.10

.. musim demam ..



semua orang demam?


kenapa aku tak demam?


kurang normalkah aku ni?



erkk..



eh takpela..



kurang normal pun, ai tetap maintain youw!





demam apa?
ek elleh, kau pun kurang normal macam aku ke? (hehe jangan mara..)



demam world cup lerr..huhu~





owh, aku layan Imam Muda lagi syiok @__@



10.6.10

.. jumpa sundel bolong masa ping blog ..

first time jumpa sundel bolong masa buat text verification..




ping blog




gerun dowh! hehe..

8.6.10

7.6.10

.. bagaimana menjadikan hari isnin lebih best ..

Tak dinafikan, hari Isnin yang merupakan permulaan hari bekerja bagi kebanyakan daripada kita adalah bukan hari favourite. Malah ada sesetengah (termasuk aku) yang selalu rasa hari Isnin adalah annoyance. hari isnin dilalui dengan penuh rasa bosan, malas dan tak bestkesian Isnin, dia sungguh tak bersalah, huhu. Tak tau kenapa, mungkin faktor terbesar adalah kerana hari Isnin diletakkan selepas Sabtu dan Ahad yang merupakan hari cuti hujung minggu (yang best lagi dinanti-nantikan). Kalau Khamis yang diletakkan selepas Sabtu dan Ahad, maka Khamis lah yang menjadi mangsa, bukan? hehe.




beat the monday blues




tapi setiap mesti benda ada positif dan negatifnya. yang positifnya hari isnin ni adalah - ia datang sekali seminggu saja. cuba bayangkan ia datang 3-4 kali seminggu, camno dowh? hehe ;)

okeh okeh, dekat bawah ni ada tips cokiak yang ada aku praktikkan untuk elakkan perasaan monday blues, bosan dan malas bila menjelangnya hari isnin. memang tak boleh layan sangat the-most-hated-monday-blues ni, nanti semua kerja tak jalan. bila banyak kerja pending, jenuh la pulak nak kejar deadline kan.


diulangi, tips cokiak saja. bukan tips pakar berjenama antarabangsa. tapi masih relevan untuk dikongi, jugak untuk dipraktikkan :)


here we go, bebeh.



1. set di minda bahawa hari Isnin adalah hari Jumaat
Yakni penghujung hari bekerja (atau Khamis bagi sesetengah tempat - di Pantai Timur khususnya). Memang susah, tapi paksa diri kita set-kan sebegitu rupa. Sebab kita yang mengawal minda, bukan sebaliknya. Tapi jangan pulak pukul 1 korang lari nak pergi solat Jumaat pulak ye. mentang-mentang aku suruh set di minda bahawa hari Isnin adalah hari Jumaat. maksud aku bayangkan saja.


2. Extend kegembiraan hujung minggu
Jangan limit-kan rasa happy sepanjang hujung minggu sehingga Ahad jam 11.59 tengah malam saja. sebelum tidur, bayangkan perkara-perkara indah yang kita dah lalui sepanjang hujung mingu tersebut (pastikan memang ada aktiviti best yang korang buat, at least bayangkan seronoknya habiskan masa dengan family walaupun di rumah). bila tidur dengan perasaan yang lapang dan gembira, tak mustahil besoknya kita tak mengalami the-most-hated-monday-blues.


tips extra - kongsikan kegembiraan hujung minggu kita dengan kengkawan ofis, contohnya hujung minggu lepas kau pergi tengok wayang  dan ceritanya best banget, kau boleh review dekat kengkawan pasal cerita yang kau tengok tu. kadang-kadang bila kita cerita hal-hal yang seronok dekat orang lain, kita pun akan rasa seronok jugak.


3. siapkan perkara-perkara hari Isnin lebih awal.
Contohnya pakaian ke pejabat (macam aku, aku prefer siapkan untuk seminggu sekaligus. memang puas hati), bahan-bahan untuk dibuat sarapan, periksa kondisi kereta atau motor, etc etc. In case lah terbangun lewat, tak adalah kelam kabut nak menyiapkan itu ini. Dah lah lambat, nak keluar jalan jem pulak, memang bikin mood lari lintang pukang dowh. Maka, seeloknya siapkan semuanya lebih awal.


4. Keluar awal
Sebab, bila bangun pagi dah rasa tension / malas, bila mengadap jem yang teruk ya amat (lebih-lebih lagi di KL), memang rasa nak maki hamun je. tapi itu jugak yang akan buat korang tension. Percayalah, marah takkan mengurangkan tension, menambahkan tension lagi ada. maka item ini bersangkut paut dengan item 4.


5. Solat subuh!
Lepas solat, mintak pada Allah supaya Dia berkati dan mudahkan urusan kita sepanjang minggu. Dan mintak jugak diberikan kekuatan supaya kuat melawan nafsu malas dalam diri. Niatkan jugak kita keluar bekerja untuk beribadat di samping cari rezeki yang halal. Mintak dengan tulus ikhlas dan rendah hati, Insya Allah Dia akan bagi.


6. pakai kostum baru
maksud aku bukan kalau selama ni kau pakai 3-piece officewear attire lepas tu kau nak tukar pakai clown costume pulak, mau HR Department kau buat mogok aman nanti, haha. maksud aku, beli baju baru dan pakai pada hari Isnin. Aku dah selalu buat, menjadi beb (alamak takde la selalu, kang orang ingat aku kaya raya sangat la pulak, hehe). yang lelaki, try usha kemeja G2000 - especially masa tengah sale. kalau ada modal lebih, boleh cari tali leher, seluar, stokin, kasut, spender yang sedondon. sukahati korang lah. yang perempuan pulak - apa lagi, carilah office attire yang dirasakan paling cun, atau baju kurung cotton yang memang tengah in sekarang ni, dengan tudung ariani, high heels nine west, handbag sembonia, etc etc. serius, korang akan rasa satu perasaan yang gembira bila pakai baju baru, malah akan rasa lebih hensem atau cun hari tu, hehe ;)

tapi aku tak pasti ini berkesan tak untuk orang yang memang selalu sangat beli baju baru. perasaan tu mungkin tak berapa ketara sangat lah kot.

oh ya, ini tak semestinya kena buat setiap Isnin. melainkan harta bendamu cukup untuk tujuh generasi lagi, hehe. ikut bajet lah beb. macam aku, bulan ni belum merasmikan lagi item 6 ni, ngehngeh~

 
7. mulakan ukhuwwah
biasalah, bukan kita sorang je yang terkena sindrom the-most-hated-monday-blues ni. boleh dikatakan hampir semua orang dalam pejabat tu akan mengalami sindrom serupa. apa kata mulakan salam dengan kengkawan, tanya aktiviti diorang hujung minggu lepas. akan tetapi, gaya bertanya tak usahlah macam kepoci atau macam wartawan pelatih untuk program Terjah okeh. kalau rasa-rasa berbakat buat lawak, ceriakan hari dengan sepatah dua lawak. bila dapat senyumkan / gembirakan orang, kita pun sure gembira jugak. akan tetapi, tengok jugak mood kengkawan tu. kalau nampak gaya memang jenis tak boleh (atau tak mahu) ditegur, biarkan dulu. silap-silap kau pulak yang ber- eye blues nanti gara-gara kena tumbukan padu, huhu.




okeh, tu saja yang aku terfikir buat masa ni. bila idea baru mari, aku kasi update okeh :)

 

3.6.10

.. apa kata artis hollywood tentang yahudi ..


aku tak pasti sama ada betul ke ini statement diorang, dan dari manakah statement ni diambik.


kalau betul ini adalah statement daripada mereka, tengoklah dan nilailah bagaimana pegangan dan daya pemikiran mereka.


artis hollywood dan yahudi


artis hollywood dan yahudi



artis hollywood dan yahudi



artis hollywood dan yahudi



artis hollywood dan yahudi




.. aku bukan selalu solat berjemaah ..


... tapi - apa guna berjemaah, kalau saf antara makmum pun renggang, jarang @ tak rapat?



saf solat berjemaah



padahal sebelum imam laungkan takbir, beliau selalu ingatkan pasal luruskan saf, rapatkan saf.


aku perasan bila aku cuba nak rapatkan saf, kebanyakan (aku tak kata semua, okeh) akan buat gesture atau body language macam diorang tak selesa. konon-konon macam aku nak menghimpit diorang sangat. aku tau lah aku lagi besar dari diorang, tapi tujuan aku cuma nak merapatkan saf. itu aje.


kalau saf untuk makmum berjemaah pun renggang, jarang dan tak rapat, macam mana nak kukuhkan ukhuwwah sesama Islam? boleh ke nak bersatu padu kalau penyatuan semasa berjemaah pun belum sempurna?


saat kita laungkan kekejaman puak yang satu lagi (klik kalau nak revise kisah tahanan dalam kapal Mavi Marmara), kita dah perhati atau belum bagaimana keadaan dan cara hidup kita?


kepada aku, kepada kita. fikirkan.






p/s - penulis entry merangkap pemilik blog hanyalah seorang wanita muslim yang masih lagi jahil dalam banyak perkara, tapi tetap berusaha memperbaiki diri.

2.6.10

.. Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 - aku lulus! ..

Alhamdulillah..permulaan yang baik :)

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41


sebelum ni pun pernah lulus jugak (eh apahal gaya macam nak berlagak pulak nih?) tapi memang tak pernah kena panggil interview pun. kali ni tak tau la camno, sebab kali ni exam PTD dan kemasukan ke Gred 41 disekalikan. sebelum ni ada 2 exam, dan antara dua tu, exam PTD sungguh menguji minda i tell you. yang kali ni punya exam, Alhamdulillah aku lebih yakin nak menjawab..hehe. 


aku dapat tau kena attend exam tu pun dah last minute, tu pun dapat SMS. aku takut scam je, tapi bila check website memang ada nama aku. pusat exam di Putrajaya, sekolah Presint 11 tak silap aku. cantik lah tu. aku memang malas kalau kena redah KL. tak kuasa noks.

yang best nya, aku dah frust banget sebab terlewat. dengan jalan jem lagi, boleh pulak hari Sabtu jem mengalahkan hari bekerja. mujur aku cuma lewat 5 minit, tu pun sebab terkedek-kedek berjalan dalam hujan renyai (ecewwah ingat bollywood ke hape?). tu lah, ada payung dalam kereta, eksyen sangat tak nak pakai.

sampai-sampai je sekolah tu (dah le tempat aku kat tingkat 3 okeh, mengah noks nak memanjat sambil berlari). dengan nafas mencungap aku terus start menjawab. nasib baik sempat :) 


dan Alhamdulillah, aku lulus jugak.



ada sesiapa tak yang ambik exam ni April lepas? kalau ada meh ler share cerita :)

1.6.10

.. tips dapat anugerah perkhidmatan cemerlang ..

memang aku dah boleh bau sesuatu yang ber-ikan (something fishy - wakakak) bila balik ofis je incek suami senyum memanjang. bila aku tanya tak nak jawab. nak berahsia lah sangat kan.


nak kata dapat bonus, tak mungkin sebab kerajaan tak pukul canang pun pasal bonus.

jenuh la aku dok main teka teki, incek suami boleh sengih je.

 

last-last dia keluarkan sepucuk pistol surat dari dalam beg buruk dia (rasa bersalah pulak tengok beg kesayangan dia tu huhu..yelah yelah, Jusco tengah sale sekarang), rupanya ini dia berita gembira tu.


APC 2009
















APC 2009





tahniah kepada incek suami :)










sedikit penerangan pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), boleh baca dekat sini.


tips? tak ada tips sebenarnya, hehe. cuma apa yang aku rasa boleh membantu ialah dengan ikhlas bekerja.  Orang boleh nampak sama ada kita ikhlas atau tak. Tak perlu berkira sangat dengan kudrat yang kita keluarkan. Bila dah diletakkan tanggungjawab, pikul sebaik mungkin. Jangan tau nak merungut je. Kalau rasa tak boleh blah, baik resign. Kerja sendiri. Ha, tengok sama ada kau sanggup tak sanggup.


satu lagi, buat baik dengan bos. maksud aku bukan sampai jadi kaki bodek atau kaki ampu terhebat di Malaya ye. maksudnya letakkan arahan bos sebagai priority. kalau bos dah suruh kita buat kerja lebih, mungkin sebab dia dah nampak kita boleh laksanakan tanggungjawab yang disuruh. walaupun kengkadang kita menyampah dengan bos sebab selalu sangat bagi kerja selambak, anggap itu sebagai cabaran tugas. tak ada cabaran, tak best jugak kan?  


fully utilize diri kita. kadang-kadang kita tak sedar kita ada kebolehan yang tersendiri. oleh tu, kita kena bagi banyak exposure pada diri sendiri. manfaatkan kursus, training, seminar, segala macam kemudahan yang diberi. semua tu bukan untuk orang lain, untuk kita punya self-improvement jugak.


jangan segan bertanya pada staff yang lebih senior. mereka semestinya lebih berpengalaman. kongsi cerita dengan diorang. tapi ambik yang baik je, yang tak elok tinggalkan. jangan sombong. kalau sombong, siapa nak geng dengan kau? 

oh ye, jangan lupa doa. doa supaya usaha kita selama ni mendapat berkat dan membuahkan hasil. kalau tak di dunia pun, di akhirat nanti insya Allah. bersyukur banyak-banyak dengan segala rezeki yang Allah bagi. doa memang terapi jiwa terbaik, i tell you.


dan jugak, jangan mengeluh bila kita tak dapat apa yang kita idamkan, sebab Allah tau apa yang terbaik untuk kita. aturan yang Dia buat kadang-kadang penuh misteri.


sebab apa aku kata misteri? sebab aku sendiri tak pernah tau aturan yang Dia buat untuk aku. cuma yang aku tau, hidup aku indah belaka. cuma kadang-kadang aku cepat rasa bosan dan terlalu cepat nak mengeluh.


bila Dia datangkan sedikit kegembiraan macam ni, baru aku sedar - aku dah lama tak ucap terima kasih pada Dia. untuk kehidupan aku, untuk rezeki aku.


Syukur, Ya Allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...