30.5.10

.. movie review : Prince of Persia - the Sands of Time ..

Penangan Jake Gyllenhaal lagi kuat berbanding Russel Crowe, maka masa terfikir-fikir nak tengok Prince of Persia atau Robin Hood di TGV Jusco Bukit Tinggi Klang, akhirnya aku pilih untuk tengok Prince of Persia - Sands of Time.



Hero Prince of PersiaBront Palarae
muka dua orang mamat ni ada iras tak? aku rasa ada.



cerita ni diadaptasi daripada game - tu pun aku tau lepas incek suami bagitau kat aku. movie ni started off well, straight to the point. tak ada mukadimah yang melampau meleret. sesuai untuk aku malas nak ambik masa panjang-panjang untuk 'masuk' dalam filem.


Prince of Persia poster

Ia pasal sorang budak - Dastan, non-royal blood dari Nasaf yang dipungut oleh  Raja Persia - King Sharaman setelah melihat determination dan fighting spirit yang ada dalam diri budak tu. Dipendekkan cerita, dia membesar sebagai warrior bersama adik beradik angkatnya dan menyertai misi menawan kota suci Alamut yang dipercayai mempunyai peranan membekalkan senjata kepada musuh kerajaan Persia. Maka Prince Tasmina, pemilik Alamut merancang untuk mengembalikan kesucian kota Alamut.


Gemma Arterton a.k.a Prince Tasmina

ini Gemma Arterton a.k.a Prince Tasmina.


Dalam pada itu, King Sharaman yang baru meraih kegembiraan kerana dapat menakluk Alamut akhirnya mati dalam keadaan misteri. Dia dikatakan diracun melalui jubah yang dipakainya. Dastan dituduh meracun bapa angkatnya kerana jubah itu diberi olehnya. Maka dia lari untuk menyelamatkan diri (gila tak gentle hero lari, huhu). Prince Tasmina turut lari bersamanya sebab dia nak mendapatkan semula senjata yang kini dipegang oleh Dastan bagi menyelamatkan mereka  dan dunia. Sebab kalau senjata tu jatuh ke tangan orang yang salah, bumi akan hancur ditelan zaman. Apakah senjatanya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Prince Tasmina? Dapatkah Dastan membuktikan kebenaran? Dan dapatkah Prince Tasmina mengambil kembali senjata yang selama ini menjadi hak mutlaknya?

Nak tau, boleh tengok sendiri okeh, aku cerita sampai habis pun tak best nanti. Lagipun aku bukan reti sangat nak cerita balik, hehe.


Kesimpulan yang aku dapat dari movie ni ialah;

1. Betapa sukarnya nak meletakkan kepercayaan pada orang lain, sebab dalam cerita ni, dalang / mastermind sebenar adalah orang terdekat yang paling Dastan hormat dan percayai.

2. Determination bukan dibuat-buat, ia lahir dalam diri sendiri dan akan terlahir melalui perbuatan. Sebab tu Dastan senang-senang boleh jadi anak angkat raja, hehe.

3. Cinta boleh wujud walaupun tengah berperang, hehe.

4. Manusia boleh buat apa saja untuk meraih kuasa.




Bagi aku, cerita ni best. Tak rugi pergi tengok okeh.


27.5.10

.. jawatan = kuli, kerja = banyak ya amat ..

semua dah balik, tinggal aku je kat ofis ni.

apa nak buat..

tengah ada mood nak cuti panjang ni, work-load pulak makin bertambah. memang lah menguji keteguhan fizikal dan mental aku ni.

takpe, sabar barine sabar..sabar tu kan separuh daripada Sabariah..eh, daripada iman?

korang apa plan weekend ni? aku tak ada apa-apa plan lagi, kasi redah je la kot. takpun nanti maybe nak ajak incek suami pergi menikmati khasiat coklat [secara buffet] di Bangi.


yang penting, memang kena carik bahan untuk weekend ni, nak release tension (konon), hehe.


haha..nasib baik lah ada blog sayang, kalau tidak mau keras kejung aku kat ofis ni sorang-sorang. nak mengadap kerja? memanglah mengadap, tapi kalau tak berhenti-berhenti mengadap kerja [sejak 8-9 jam lepas] boleh jadi mengong lah dik non.




workload stress

apa pun, aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya workload aku takdelah macam minah ni. macam jahanam.





yelah, yelah..aku sambunglah buat kerja ni.





babai.

25.5.10

.. coklat dan 1001 kebaikan (aku bagi 10 je dulu) ..

siapa suka makan coklat?




coklat bagi aku adalah peneman di kala tension, dan banyak kebaikannya. meh sini aku buat list 10 khasiat coklat.

sumber aku dapat dari sini.


1. Coklat itu menggembirakan
Satu bahan yang terkandung dalam coklat adalah Phenylethylamine, di mana ia merangsang rasa gembira pada otak. Ada yang mengklasifikasikan coklat sebagai aphrodisiac, sebab tu mereka yang telah berkahwin digalakkan makan coklat untuk merangsang rasa lebih gembira ketika ehem ehem. (peringatan - budak belum akil baligh jangan ambik point ni secara serius sangat okeh. aku taknak dengar atau baca lagi kes buang bayi, tanam bayi, bunuh bayi, makan bayi (eh ada ke?). yang ada ni pun dah naik jelak aku dengar / baca, sekian.)




2. Coklat itu mengurangkan rasa sakit
Kadang-kadang kita tak sedar, gejala yang kita alami macam hypertension, PMS adalah berpunca dari pemakanan kita - diet yang tak seimbang. Dengan makan coklat, ia mungkin dapat kurangkan rasa sakit yang kita alami.




3. Coklat sumber anti oksidan
Bila sebut pasal awet muda, kulit sihat lagi cantik, mestilah ramai yang suka kan. Jangan tak tau, coklat jugak ada anti-oksidan yang boleh provide semua tu.




4. Coklat ada anti-depressant

Chocolate helps to promote serotonin, which is found in Prozac, an anti-depressant. Rather than having to get prescription for medicine as such (which will be hard to get because it involves legal matters anyway), is it not easier to just grab a bar of dark chocolate for comfort?


(malas nak translate, haha bagus barine bagus).




5. Coklat ada banyak nutrisi
Seperti iron, calcium, potassium dan vitamin A,C,D,E dan B1.




6. Coklat boleh divariasikan
Dengan pelbagai jenis coklat (dark-choc, white-choc, etc), kita boleh pilih sama ada dimakan begitu saja atau boleh dibuat minuman yang wallah! Bayangkan bila keletihan seharian bekerja, lepas tu layan hot chocolate drink yang wallah!, memang terasa sangat-sangat wallah!. Ia jugak adalah option terbaik untuk menggantikan pengambilan minuman berkafein. Oh ya, coklat jugak boleh dibuat kek yang sedap heaven.




7. Coklat BUKAN penyumbang jerawat
Yang lebih tepat (rasanya), jerawat 'disumbangkan' oleh kaedah diet & pemakanan yang tak seimbang. Jugak ketidakstabilan hormon. Jadi tak mau salahkan coklat okeh :)




8. Coklat menurunkan tekanan darah
Yang ini khusus kepada dark-choc.




9. Coklat mengandungi lemak
TETAPI, yang tak terlalu membahayakan kesihatan. satu pertiganya adalah oleic acid (jugak terdapat dalam minyak zaitun), satu pertiga adalah stearic acid (bertindak secara neutral terhadap kolesterol) dan satu pertiga lagi adalah palmitic acid. Hanya satu pertiga ni saja yang boleh dikatakan bad for health. yang penting (merangkumi points kat atas jugak) - makan secara sihat okeh :)



10. Coklat lambang kasih sayang
Untuk orang berkasih sayang, bunga & coklat itu sinonim. Malah kebanyakan hantaran perkahwinan pun ada yang menggubah cantik sedulang coklat. Coklat tu kan manis dan sedap, maka ia jugak lambang kemanisan dan kesedapan berumahtangga (chewwaah!)





lagi best, kalau kita dapat coklat free kan? :)


 
okeh okeh, ini ada berita baik buat penggemar coklat [umumnya] Beryls [khususnya].




jom ramai-ramai serbu Bandar Baru Bangi hujung minggu ni sebab ada chocolate buffet. wah, macam menarik bukan bila dengar chocolate buffet? serba serbi coklat, ngehngeh~




dan yang paling menggembirakan, ia adalah percuma. yeah, free chocolate buffet for chocolate lovers. bukankah sangat tempted kedengarannya?





ini dia iklan dan peta lokasi. klik untuk lebih rasa tergoda.






maklumat lanjut, ada di website Beryl's.

21.5.10

.. apsal pulak boss aku nak email pasal breast-feed kan? ..

..pagi tadi boss aku email satu meeting request.




mula-mula aku terkejut badak hyppo, bila baca title.




baca sekali lagi, baru aku sengih. salah baca rupanya, haha.






tajuk email tu;



"Best of Breed" Business Intelligence Solution from *****




















aku boleh ter-baca,




















"Breast Feed" Business Intelligence Solution from *****

















rosak..rosak!

18.5.10

.. seorang (bukan) guru nak bagi peribahasa baru ..

siapa pernah dengar peribahasa


"kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" ?











hari ni aku nak cipta peribahasa baru,
















 
"kera di hutan menyusukan, perempuan di rumah bersalin dalam jamban"


 



klik gambar untuk penerimaan ironi yang lebih jelas.









sekian, terima kasih.

13.5.10

.. 10 'mesti ada' untuk jadi suami pilihan ..



Pada kaum Hawa yang belum berkahwin, mari shortlist-kan senarai calon yang memenuhi [sekurang-kurangnya separuh daripada] 10 item di bawah ni.

Pada kaum Hawa yang dah berkahwin, mari buat kaji selidik sama ada suami kita memenuhi [sekurang-kurangnya separuh daripada] item di bawah. Sokonglah suami kita untuk menjadi lebih baik, di samping kita jugak membetulkan diri.


Pada kaum Adam yang belum berkahwin, boleh guna checklist di bawah sebagai self-assesment. Masih sempat lagi nak tambah apa yang kurang.


dan pada kaum Adam yang dah berkahwin, jugak boleh ambik listing di bawah untuk bermuhasabah. 




10 ciri-ciri suami pilihan, yang confirm kaum Hawa susah @ tak akan reject.


calon suami pilihan


1. Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

 
2. Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

 
3. Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

 
4. Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

 

5. Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

 
6. Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

 

7. Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

 

8. Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

 
9. Bertanggungjawab dan setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

 
10. Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


calon suami pilihan





Berbahagialah kamu (kaum Hawa) jika diintai calon yang demikian sifatnya.












* Sumber artikel: di sini
* Sumber gambar: Google

.. seronok bila sekeluarga layan Piala Thomas 2010 ..


Yes..Malaysia finally thru to semi-final Piala Thomas 2010. Alhamdulillah.

game yang paling menarik (bagi aku) semalam, ialah single game Wong Choon Han vs Jan O Jorgensen. semangat dan determination CH buat aku kagum walaupun kalah tak menang dengan mata 20-22, 21-16, 18-21.








rasa tak sabar nak layan game ni masa semi nanti.





 oh ya, tahniah jugak pada Hafiz Hashim yang bertanggungjawab naikkan level Malaysia ke peringkat separuh akhir..walaupun kelmarin aku hangin tengok dia main, asek maintain muka cool dan tak berperasaan, huhu..
 


pics : googled







jom, kita sama-sama sokong dan doakan kejayaan untuk Malaysia okeh :)

11.5.10

.. syurga kita di tapak kakinya ..

aku di ofis, tak jadi nak MC sebab tahap kesihatan aku baik.

sambil-sambil buat kerja, aku layan internet (tak bagus, jangan tiru). lepas tu aku jumpa artikel ni, dan lepas tu aku terkedu. dalam hati, tengah kontrol air mata.

fikir sekejap.


tanpa dia, kau tak ada.

tanpa dia, kau terkontang kanting (boleh lahir-lahir je kau jaga diri sendiri?)

di tapak kaki dia, ada syurga.

doa dia, azimat kita.

tapi jangan sampai doa dia jadi bala maha dahsyat kita.


jangan sesekali lupa kau pernah menumpang dalam perut dia dulu.



mulut kau yang dia suapkan susu dulu, sekarang kau guna untuk maki hamun dia?

tangan yang dia pegang untuk ajar kau bertatih, sekarang kau guna untuk menuding pada dia?

hati kau yang dulu dia resap dengan kasih sayang dia, sekarang kau penuhkan dengan rasa bongkak?


aku sangat emo bila jumpa mangkuk macam ni. tak payahlah nak bangga menjadi si Tanggang moden.


kita cuma boleh bersimpati, bila tengok video ni. aku sebarkan video ni kat sini bukanlah nak mengaibkan sesiapa, cuma untuk kita semua ambik iktibar dan pedoman. kadang-kadang kita tak sedar, Allah nak beri petunjuk melalui cara yang kita tak sangka.


kita cuma akan faham, bila kita di tempat dia.


jauhkan aku dari menjadi derhaka kepadaMu, kepada ibu bapaku dan kepada agamaku, Ya Allah.

nauzubillahi min zalik.




p/s : ada yang meragui video ni, memandangkan audio tak jelas. ada yang bagi tafsiran wanita tua tu bukan emak kepada wanita gemuk tu. bagi aku - walau siapa pun dia, dia masih punya hak untuk dihormati. bukan dikasari, dimaki apatah lagi di khalayak umum. tempat kejadian di Pusat Komersial Shah Alam.







p/s/s : aku rindu mak aku...

.. giveaway contest #1 - iezmierah ..

Asyik tertangguh je aku nak buat entry ni.




 Special GA entry from Puan Suzie.


Ada 2 kategori untuk join, senang je. Pilih salah satu (macam suzie cakap). Ini dia kategorinya:


Kategori 1: Pengkomen tertinggi 

Kategori ni khas untuk kawan2 yang baik hati datang tinggal kan komen kat blog ni.. jadi aku akan buat kiraan berdasarkan komen2 yang telah korang tinggalkan dalam setiap entry aku tu dan pilih 5 orang yang paling banyak tinggalkan komen kat blog ni. (komen baru yang diletakkan selepas 1hb pada entry aku yang lepas2 (maknanye entry sebelum giveaway ini di keluarkan)tak akan di ambil kira ye..)



Kiraan akan bermula dari 1/4/2010 - 22/5/2010 ( maknanye, siapa yang dah tinggal kan komen pd post2 yang lepas(entry yg aku buat sampai 30/4), dan tinggal kn komen before 1/5.. komen2 anda masih lagi di terima dalam kiraan.. Tapi siapa yg komen pd entry2 yg aku buat sebelum 30/4, dan tinggal kan komen selepas 1/5, TIDAK AKAN DI AMBIL KIRA.. paham x?)



Jadi, pada yang nak masuk kategori 1 ni, korang masih ada peluang untuk tinggal kan komen untuk setiap entry aku lepas giveaway ni ok.. 1 entry, 1 komen je yang akan di ambil kira. kalu ada yg tinggal 2 3 komen dlm 1 entry tu.. aku kira 1 je lah kan.




 

KATEGORI 2: Pengunjung Blog


Terbuka kepada SEMUA pengunjung blog ni.. , SERAMAI 3 ORANG BERTUAH AKAN DI PILIH (samaada melalui cabutan atau Mr Random)



Caranye, letak banner kat sidebar korang dan buat lah entry untuk promote giveaway aku ni.. ;p



Senang kan? Maka, mari join beramai-ramai.



Dan untuk Nur Fatin Adlina,




Happy belated birthday cayang! Mintak hadiah banyak-banyak kat ummi okeh :)

10.5.10

.. Legend Water Chalet kutinggalkan ..

tak lama dulu, aku pernah ber-family day dengan family incek suami ke PD. stay di Glory Beach Resort. Memang standard hotel biasa, tapi yang bestnya balkoni bilik aku mengadap laut (yang tak berapa nak bersih tu) dan jugak mengadap hotel atas air ni.













nama hotel tu Legend Water Chalet. view memang cantik, nak-nak waktu malam. sampai aku berangan bestnya kalau time tu aku tengah stay kat hotel tu. mana tak, dah ala-ala Pangkor Laut je. tapi aku bajet hotel ni takdelah mahal sangat macam Pangkor Laut tu.
















tak percaya? nah, tengok sendiri cun ke tak cun.















akhirnya rezeki aku jugak nak merasa duduk kat sini, bila ofis aku organize family-day kat hotel ni. Alhamdulillah. maka selamatlah kami sampai sini sabtu lepas.


aktiviti tak banyak, tentatif pun ngam-ngam untuk 2 hari 1 malam je. tapi kira okeylah, sebab angan-angan aku nak stay kat sini tercapai jugak akhirnya, hehe.















rupa paras bilik.










ni kawasan jakuzi.








p/s: gambar-gambar tu semua aku mintak pakcik google je, aku kan baik dengan dia. ngehngeh~




cuma bilik kami tak ada private swimming pool, macam yang ada dekat Legend International Water Homes. tapi no hal, sebab puas jugak berendam dalam jakuzi tu, heheh~


incek suami apa lagi, layan memancing dari balkoni.



seronok sebab aku dapat ber-family day dan ber-honeymoon sekaligus.


makan? not bad, tapi rasanya aku dah rasa buffet yang better daripada kat sini.


lepas balik semalam, baru aku teringat, kat hotel ni lah kes pembunuhan ahli perniagaan dengan teman wanita dia tu kan?








erkkk...














nasib baik aku dah balik!


4.5.10

.. nak pergi kangkang? ..

andaikan satu hari, aku ke Muar..





lepas tu aku ajak korang,





"Jom kita pergi kangkang, jom!"







amacam, korang nak ikut? ada bran?

lagi bagus kalau korang boleh ajak kengkawan yang lain join sama. lagi ramai lagi bagus. the more the merrier, haha.







haha..



takkan tak berani kot? ;)

p/s - dalam email yang aku baca, kedai Kang Kang ni ada di Bukit Gambir, Muar. Aku tak pastilah kesahihannya sebab aku pun belum pernah ke sana.

.. imej baru (konon) ..

blog ku bertukar costume lagi.




biarkan dia. mengada-ngada sangat nak imej baru. dia ingat senang² macam tu je nak tukar? aku jugak kena mekap dia biar nampak konfiden sket.



aku malas nak layan. korang layankan je la ye, haha.







p/s - seminggu dua ni aku punya experimental period, kalau aku tengok dia tak berapa serasi dengan costume baru dia ni, aku pulangkan dia ke pangkal jalan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...