aku mula kenal kau masa zaman sekolah, masa tu aku baru berjinak-jinak dengan gadget yang aku kira dah cukup best masa tu - walkman.
masa tu mana ada Era, Hot FM..masa tu aku selalu dengar radio muzik (sekarang MuzikFM kot) dengan harapan lagu-lagu yang aku minat akan on-air. masa tu kan tak kenal lagi dengan 4Shared, Rapidshare segala bagai kan. satu lagi aku pasang harapan nak dengar request aku on-air jugak. tapi tak dapat, harap maklum.
satu lagi, aku suka dengar THR (Time Highway Radio). masa tu ada segmen kau membebel merapu, aku dah tak ingatlah apa nama segmen tu (dah lebih 10 tahun beb). masa tu bebudak lain suka nak dengar isma halil hamzah, tapi aku layan kau je kat THR tu. aku kengkadang menyampah & meluat masa dengar segmen kau, sebab kau suka sangat buat lawak merapu. tapi yang peliknya, aku tetap dengar segmen kau walaupun aku menyampah. maka dalam hati aku mengaku kau adalah best.
habis sekolah je walkman aku rosak (timing kan).
pastu aku dah jarang dengar radio, sampailah muncul radio Era yang kira memang jadi fenomena time tu.
maka aku pun selalu jugaklah dengar Era masa-masa tu. aku pun dah hampir lupa pada kau.
pejam celik, tiba-tiba kau 'muncul' balik. bila pagi-pagi aku takde mood, aku dengar kau membebel dengan Aznil. time aku ada mood pun aku dengar korang jugak. dan kau tetap sama, membebel merapu. tapi aku pun sama, tetap suka dengar.
bila Raja Lawak masuk musim keempat, aku rasa satu transformasi pada diri aku, di mana fokus aku menonton rancangan raja lawak adalah (satu) pengacaranya dan (dua) juri tetapnya. sebelum ni fokus aku adalah (satu) pengacaranya, (dua) pengacaranya, (tiga) pengacaranya dan (empat) pesertanya.
habis final raja lawak 4, aku harap supaya next season raja lawak (kalau ada), Astro akan kekalkan juri tetapnya. pengacaranya aku dah hampir pasti akan terus kekal.
minggu lepas, aku bukak Era - dengar Aznil sorang je on-air. aku tunggu-tunggu, 2-3 hari kau takde jugak. aku pelik, ingatkan kau dah habis kontrak dengan Era, tapi kalau ye pun at least announce la kat kitorang. tau la kau dah offer Alex (RL4) ganti tempat kau bila kau takde kat Era lagi.
sampai awal minggu ni, Aznil & Era reveal kau jatuh sakit. masuk hospital selayang (sepupu aku kerja lagi kat sana kot). reveal tahap kesihatan kau kritikal pulak. terkejut gila aku. patutlah kau tak on-air dekat seminggu. aku doa kau takde apa-apa. ye lah, virus rat pee tu sangat rare pada telinga aku. lepas tu aku baca kau diagnosed denggi pulak. Subhanallah, besar dugaan Dia bagi kat kau. masa tu aku rasa bukan aku je, satu Malaysia yang kenal kau tengah doakan kau supaya kau sembuh.
dan,
pagi tadi - dengan mood yang baik (Jumaat memang mood aku selalu baik), incek suami on radio Era. elok je Dina tengah baca SMS ucapan takziah pada kau.
aku terkedu.
sampai incek suami kata, Innalillah..
sekian lama aku kenal kau, baru sekarang aku tau nama sebenar kau. sedap nama kau.
AlFatihah untuk kau, Mior Ahmad Fuad Mior Badri..yang selama ni aku kenal sebagai Din Beramboi.
