31.3.10

.. 3 riban je, ada bran? ..

untuk 3 ribu RM, kau boleh beli satu benda ni.


apa dia?









scroll lagi.

























yeah, sijil pengesahan halal.

boleh letak dekat kau punya kedai kopi (nak lagi kelas boleh panggil kopitiam), restoran, butik kafe, warung, gerai..atau kau nak frame cantik-cantik buat hiasan kat rumah pun boleh.


tak percaya? boleh usha dekat sini.



sekarang percaya?

p/s - mungkin boleh beli hukum dunia, tapi tak boleh beli hukum Tuhan.

30.3.10

.. mamat ni sangat hot masa zaman sekolah aku ..




















- pic: googled -


sayang sekali, dia kata dia berbangga menjadi seorang gay.



ok la sebab dia confess masa dia dah tak se-hot dulu. cuba kalau dia confess masa satu dunia perempuan gila kat dia dulu, apa agaknya nasib dia?






p/s - ada orang kata kita boleh kenal muka gay, ye ke? aku tengok muka encik ricky martin ni muka jantan perkasa je..camno? ataukah semakin jantan perkasa seseorang tu kelihatan, semakin gay lah dia?

29.3.10

.. aku dan diriku ..

..tajuk entry macam tajuk lagu (konon).


sebenarnya, nak jawab tag pemberian puan suzie.


layan.



SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
isteri - anak - kakak - adik ipar - makcik




SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
erm..rasanya ni kena tanya pada kengkawan saya lah, siapa boleh jawab? hehe~



5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1. ada company sendiri
2. mansion dekat beverly hills
3. earning nuffnang mencecah puluhan ribu ringgit (hah!)
4. title jutawan
5. satu lagi - biarlah rahsia



SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
nama pendek ke nama panjang? hehe.. diamlah barine. jawab leklok je sudah.

okeh okeh, nama beliau Badrol Hisham



CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
1. beliau kelakar
2. beliau caring
3. beliau slumber
4. beliau family-type
5. beliau sayang saya! :)



BILA TARIKH COUPLE
tak besh ar tarikh couple, bubuh tarikh nikah boleh? sentimental sket ;)
-24 Oktober 2009-



KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
saya dah telan. tak boleh nak luah balik dah.



LAGU TEMA CINTA ANDA
famous song from Ungu Band - teka sendiri ye :)



APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
beliau menjadi non-smoker sepenuhnya.



TAG 10 RAKAN LAIN
malas :P

.. borak ..

satu hari, satu tempat, satu masa.



aku "uisy, besar giler rumah dia kan. kat dalam tu kalau satu bilik ambik buat jamming pun tak luak kan. ini kalau dia bawak masuk sedara 2-3 keturunan pun muat lagi nih."



incek suami "buat rumah anak yatim lagi bagus."



aku "....."





ok, aku dah habis point kat situ.




26.3.10

.. komited untuk bergelar yang terbaik (harap-harap) ..








"Telemovie ini sangat mencabar bagi saya sebagai pendatang baru. Saya terpaksa menghayati watak penagih dadah supaya nampak betul-betul jadi."


"Saya juga terpaksa cuba 'benda itu' untuk dapatkan feel. Saya hanya bau sahaja dah tidak boleh tahan"




baca lagi di mstar.






bagus, sebab dia komited dan bersungguh-sungguh nak menjayakan watak. maknanya dia tak main-main untuk bergelar pelakon.




cuma aku terfikir,




kalau dia kena suruh bawak watak gay, macam mana agaknya dia nak ambik feel ye?





opss..


25.3.10

.. macam-macam ..

malam tadi,

tengok tv2 ada queen latifah, layan la kejap beauty shop ni.

sampai pukul 12.


eh, baru ingat tak isyak lagi.

pegi solat.



habis solat, tengok incek suami layan History channel pulak.

dengan manja pantas ajak dia tido.


owh, agak panas malam ni. maka dua-dua doa mintak hujan turun.




*******************



eh, dah tak panas sangat. hujan ke tadi?

tak perasan pulak bunyi hujan.

cuma tadi perasan ada suara orang - lelaki.

ermm..dia cakap apa ye tadi?

dengar-dengar macam "Allah Maha Besar"






*******************




(bunyi handset - ringtone boleh pilih sendiri ikut kesesuaian)


eh, siapa pulak call ni? (mamai)


hello? (mamai)


na, kerja ke tak? abang tengok gelap je rumah. nak mintak tolong hantar aiman ni ha..


eh, err...oh, kerja kerja..ok jap lagi kitorang turun.



aku tengok jam - 6.30???








aku dah lambat!!


p/s - nasib baik abang ipar aku call mintak hantar tolong hantar anak dia pegi sekolah..kalau tak ntah pukul berapa agaknya aku sedar, huhu.


24.3.10

.. lima bulan ..

hari ni genap 5 bulan usia perkahwinan aku. ececeh macam diari munakakahat la pulak, tak kuasa ah.


sepanjang 5 bulan, tak ada apa yang jauh berbeza dengan kami. cuma kalau dulu pegi balik kerja aku naik tren, sekarang pegi balik kerja sama-sama.

kalau dulu bangun pagi, mandi-solat-bersiap dan bye-bye kepada ayah, sekarang bangun-masak air-mandi-solat-buat air-bersiap-minum dengan suami, baru bye-bye kepada rumah.

kalau dulu aku memang jarang-jarang ke pasar, sekarang aku dah hampir selalu ke pasar (bersama mother in law lagi, oh so sweet).

kalau dulu aku selalu pening fikir nak order menu apa, sekarang aku dah pandai pening nak fikir masak lauk apa (tapi kan, lately ni aku jarang masak lah, hehe).


masa awal kahwin dulu, rasa tak percaya selalu je membenak kat kepala otak aku. macam "eh, tak percayalah aku dah kawen" atau "tak percayanya aku dah tukar title". sekarang ni dah makin serasi nampaknya aku dengan kehidupan baru aku.


Ya Allah, semoga nikmat & kebahagiaan yang Kau beri ini berkekalan hendaknya.



ehem..ehem..ramai jugak yang dah bertanya hal yang satu tu. jawapan aku - kalau ada rezeki, Alhamdulillah. kami berusaha dan berdoa.


eh eh, inai di ibu jari kaki masih belum hilang rupanya.




kepada incek suami, ailebiu.
please say ailebiututrepow :]

23.3.10

.. the inner beauty worth more ..


sudah agak lama tak main passing award ni, hehe..

here go the rules:




1. Thank & link the person that gave you the award.

okies, thank you many-many pada puan suzie yang sudi mem-passing award ini kepada saya. sila beri tepukan gemuruh kepada beliau clap! clap! clap!


2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.


  1. normi


3. Contact said blogs and let them know they've won the award.

baiklah.


4. State 7 thing about yourself.


  1. saya perempuan
  2. saya isteri orang
  3. saya kuli batak [tapi dah pasang cita-cita nak jadi CEO]
  4. saya takde blackberry
  5. saya ada blog
  6. saya ada followers (walaupun tak ramai, ngehngeh nak jugak)
  7. saya tak suka Sudin Ajaib


done!

p/s: walaupun namanya beautiful blogger, kepada blogger yang tak beautiful (i mean yang hensem, macho & seangkatan dengannya), terima saja lah award ni ye..sebab bagi saya blog anda tetap beautiful :)

22.3.10

.. belajar untuk suka benda yang kita ada ..

..sebab dari situ kita akan lebih rasa bersyukur.



pelajaran [tak berapa] baru untuk hari ni.

- THE END -





p/s - ada pemberontakan dalaman berlaku dalam jiwa aku. tak mampu, tak tahu nak luahkannya.

19.3.10

.. entry pendek ..

ofis sunyi sepi.


bukan sebab takde orang langsung, tapi sebab ramai yang cuti.


yang memecah kesunyian - the one and only, aku sendiri.


orang lain concentrate buat kerja, aku batuk tak berhenti.


nak bercakap pun malas, sebab suara aku dah macam kartun bugs bunny.


**pause sekejap, batuk lagi**





tekak pun rasa macam nak tercabut dah ni.


aku cuma ambik ubat sakit tekak je pagi ni, sebab doktor awal² dah warning ubat batuk yang dia bagi tu effect nya mengantuk gila babi labi.


mintak maaf ye colleague semua..seharian ni, ofis kita akan bertemankan bunyi-bunyian batuk dari aku. memang tak mampu nak menahan batuk lagi dah ni.


mood kerja? langsung takde. memang naya, kalau tau dek boss aku ni.
UPDATE:
kalau korang berbakat dalam bidang Oracle, ada pengalaman dan kemahiran sebagai Analyst Programmer, atau ada kenalan / keluarga yang menepati ciri-ciri tersebut, boleh tinggalkan komen di sini ye. lagi bagus kalau forward terus resume ke email aku, kasehrina@gmail.com.

14.3.10

.. perubahan hormon, kot? ..

sejak kebelakangan ni, mood ber-blogging aku macam dah kureng. lesu, lemau je rasa. tak taulah kenapa. harap-harap perasaan ni tak berterusan.

bukan taknak menulis, cuma bila aku klik 'New Post', takde pulak idea nak ditulis. puas memikir, last-last sakit kepala macam kena migrain. sudahnya aku cuma ber-FB dan & menyinggah blog kawan-kawan je.

aku tak tau kenapa, tapi sejak akhir-akhir ni aku selalu rasa takde mood, bosan, rasa macam 'terperap', padahal banyak je aktiviti aku buat. serius aku tak suka perasaan ni. tension woo..(siap bold merah lagi, pepaham je la).


kena cari terapi jugak ni. retail therapy? aku baru berhabis beli barang deko rumah - takdela apa sangat pun, tapi fulus terbang jugak la. honeymoon? baru je balik pangkor hari tu. aisey, nak fikir terapi pun satu hal jugak. hadoiyai...

11.3.10

.. tentu sekali dia berbangga menjadi seorang loser ..

the winner - David Gurnani

kalau macam ni punya kes, aku sanggup orang panggil aku loser.

jeles, dowh.

persoalannya - sanggup ke tak sanggup aku me-loser-kan diri untuk sampai ke tahap macam dia?

jawab barine, sanggup ke tak sanggup?

7.3.10

.. tips memulakan hari di tempat kerja baru ..


..tak dijamin berkesan, atau berbaloi. tapi boleh dicuba.




sebab, "there's no second chance to make the first impression".




1. breakfast
jangan lupa sarapan lebih dulu, sebab kau tak tau berapa lama kau kena tunggu sebelum lapor diri. buatnya kena tunggu sampai tengah hari, tak ke naya. silap-silap boleh pitam. maka, jangan lupa ambik breakfast dulu. tak perlu yang berat-berat, asalkan boleh alas perut.


2. senyum.
walaupun kau baru sampai dan tak kenal siapa-siapa, senyum je. bayangkan diri umpama selebriti untuk satu hari. senyum dengan pak guard, sebab lepas ni hari-hari kau kena tengok muka dia. jangan pandang mereka sebelah mata sebab ditakdirkan satu hari nanti kau perlu sangat-sangat pertolongan dari mereka, contohnya stuck dalam lif ke, tertinggal access card ke, atau nak tanya tandas kat mana (ini mungkin one-time basis yakni pada hari pertama je, hehe).

oh ya, bukan pak guard saja, siapa saja yang lalu lalang depan kau, atau berselisih dengan kau, senyumkan mereka. maksud aku, senyum pada mereka. sama ada diorang senyum kat kau balik, atau sekadar lebarkan mulut seinci (konon-konon dah cukup senyum dah), atau pandang kau dengan pandangan yang blur dan tak berperasaan (monday blues, maybe. atau mungkin masih mamai. kahkah), atau tak peduli kat kau langsung, mungkin senyuman kau tak cukup manis. takpe. yang penting kau dapat pahala. sebab kau senyum. kan senyum tu sedekah. toksah kira otot muka kau akan cramp ke apa.


3. ramah tamah
maksud di sini tak perlu bila baru sekali jumpa dah sibuk tanya pasal dia masak apa untuk breakfast pagi tadi, buatnya dia tak pernah buat breakfast - mungkin dia keluar awal ke ofis dan ber-breakfast di ofis je atau memang tak ambik breakfast, mana kau tau. silap-silap dia ingat kau sindir dia pulak. cukup sekadar tanya dia di department mana, kalau ada respon mungkin kau boleh proceed pulak tanya dah berapa lama dia kerja kat situ. tapi jangan tiba-tiba pulak kau nak jadi macam wartawan Terjah tv3 tu, provoke pulak dia dengan soalan-soalan yang buat dia rasa macam nak berhenti kerja. harus dia anti dengan kau seumur hidup dia.

dan kau pulak, jangan hanya jawab sepatah bila orang tanya sepatah. rajin-rajinkan meng-introduce diri dengan tertib (ecewah..) bila ada orang menyapa. ada good eye-contact lagi bagus, melainkan masa tu kau dah kena simptom sakit mata - toksah bagi naya kat orang. build up your self-confidence, maka orang pun sedikit sebanyak boleh rasa selesa dengan kau. tapi takyah sampai over-confident, semak weyh. menyampah lagi ada.

oh ya, suka jugak aku nak ingatkan - ramah tamah biar ada batasnya bila dengan berlainan jenis, okeh?


4. pemurah.
in case ada staff yang tertinggal telekungnya di rumah dan telekung spare di musolla pun dah not available, apa salahnya kau offer telekung kau kat dia, takpelah ambik masa sikit tunggu dia bersolat. time ni lah jugak antara yang sesuai nak mulakan perkenalan. tapi kalau telekung kau dah setaraf dengan telekung spare yang aku penah pakai di sebuah shopping mall lebih 5 tahun dulu, aku rasa baik kau lupakan.

atau, kalau kau ada stok ferrero rocher yang berlebih-lebih (gila berlagak layan ferrero rocher berlebih-lebih, huhu), atau kau ada bawak bekal kek batik yang kau dah berjaya buat selepas 3 kali mencuba, offer la dekat staff-staff yang terdekat. lagi bagus kalau boleh bagi dekat semua yang ada kat situ. sekurang-kurangnya staff yang lebih senior tu nampak inisiatif kau nak build a good relationship dengan diorang. tapi jangan pulak terasa hati kalau diorang taknak. mungkin diorang puasa. atau diorang tak makan coklat sebab diorang vegetarian (erkk...apekah??).


5. motivasikan diri
bila dah di tempat baru, secara automatik feeling kita akan jadi baru. rasa macam kita dapat semangat baru, motivasi baru, keyakinan baru. maka, jangan hilangkan benda-benda ni dalam diri. sentiasa set dalam kepala otak untuk selalu letakkan benda-benda ni di minda. barulah kita boleh jadi lagi produktif.


6. think positive
mungkin environment ofis baru tak seperti yang kau bayangkan, TAPI. jangan rasa down. ingat, baca balik item no 5. kalau kau dah rasa down walaupun belum seminggu kerja, camne? susah lah. anggap je yang keadaan akan jadi lebih baik dengan kehadiran kau. kira macam kehadiranmu menyerikan lagi taman hati ini (pergh, menyampah..menyampah).


7. rendah diri.
terima hakikat, di tempat tu kau sangat baru. freshie la kata orang. maka, tak salah kalau kau sentiasa merendah diri dengan memintak tunjuk ajar dari staff yang lebih senior. jangan nak jadi bodsom, atau sombod. dalam masa yang sama, kau kena jugak buktikan kau boleh hasilkan produktiviti berkat tunjuk ajar dan pertolongan mereka-mereka yang senior ni.



itu je setakat ni, mungkin korang ada pengalaman lain yang boleh dikongsi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...