23.2.10

.. cuti-cuti malaysia @ pangkor ..

Sempena tahun baru cina (CNY) hari tu, rasanya ramai yang spend time bercuti, alang-alang dah cuti panjang kan. aku pun tak terkecuali. kami buat family trip ke teluk nipah, pangkor. ramainya manusia adoimak ai, takyah cakap le. beza betul dengan suasana time aku pegi honeymoon dulu.

on the way ke sana pun dah nampak 'bayang-bayang' crowded-nya. incek suami cakap - 'mesti cina-cina ni hangin ngan kita kan, time diorang cuti nak balik kampung kita pun bercuti gak. mana tak sesak'..huhu.


sampai-sampai je semua dah letih, maka jawabnya lepak dalam bilik je. dah petang sikit aku dengan incek suami jalan-jalan ambik angin laut (ecewah macam romantik je bunyi, ah tak kuasa huhu).



ingat nak lepak sambil minum je,
last-last boleh pulak ter-order nasi goreng kampung sekali, ngee~




aiseyman, gelap pulak. sorry ye incek.



malamnya macam biasa, aktiviti ber-
dinner bersama keluarga. akan tetapi mood makan pun dah hilang sikit, bayangkan kami tunggu order selama sejam lebih. mana taknya, tukang masaknya sorang je, mau tak bercinta nak menunggu? bayangkanlah. nasib baik makanannya boleh tahan. hilang lah sikit mood baran masing-masing, ahaks.


tengah tunggu order.




sempat la jugak layan anak buah main buaian.






besoknya apa lagi, sesi mandi laut beramai-ramai la, hehe.




tunggu turn naik bot





harus laa snap gambar dulu kan..





ni apa kes tiba-tiba je 'no camera, please!' kuikui..





buat muka eksyen nak berendam di laut pasang.
mentang-mentang ada life jacket, ngee~






wah, makin eksyen nampak.





cik anis the niece masa ni tengah merajuk. mari layan dia, kita snap pic sekeping dua.




berendam sampai tak ingat dunia, ngehngeh. akibatnya muka aku yang memang belengus bertambah gelap gara-gara sunburn..siapa suruh tak pakai sunblock, haha padan muka. pulak tu, siap menggelupas lagi. sabar je lah.


petangnya pulak cuma me-round pekan pangkor yang tak besar sangat tu, biasalah setakat nak beli sotong, ikan kering, sate ikan tu boleh la datang pangkor. jangan expect nak ber-shopping sakan macam kat langkawi pulak,
kecewa hampa rasa hati nanti, hehe.


besoknya masa untuk pulang. tapi serius tension masa tunggu feri ke lumut. punya la panjang Q. dengan panas lagi, kesian kat MIL yang tak larat nak berdiri lama-lama. rasanya ada la dalam 5-6 trip feri, baru kitorang naik. pastu nyotnyet nyotnyet, dalam pukul 3 lebih gerak balik KL. ingatkan dah tak ramai orang, rupanya ramai lagi yang nak masuk pangkor masa kitorang balik tu.



ermm..pasni nak pegi mana pulak ye?

22.2.10

.. aku terima nikahnya - part III ..

apa : majlis bertandang
bila : 31.10.2009
di mana : kompleks sukan desa tasik, sg. besi, kl



ni awal-awal aku cakap, mekap masa majlis bertandang ni memang serius tebal..bukan taste aku sebenarnya huhu..nak buat camne, masa pun dah suntuk sangat kalau aku suruh mak andam tu mekapkan balik. terima je lah, huhu~


baju hijau ni kalau kat luar nampak biasa je, tapi bila dalam gambar nampak 'naik' pulak. tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali nampak naik (tak dan nak diet dah time tu), huhu..



















21.2.10

.. aku terima nikahnya - part II ..

apa : majlis bersanding
bila : 25.10.2009
di mana : dewan hamzah, majlis perbandaran klang



Alhamdulillah, lepas selesai majlis nikah, esoknya berlangsung majlis bersanding. Syukur, majlis berjalan lancar. cuma pengantin lambat sikit, heheh. pagi tu aku sempat lagi ke tesco bukit tinggi, cari stationary untuk meja vip..ngee~

kami bersiap di rumah. lepas tu incek suami pun slumber men-drive ke dewan. takde lah jauh sangat, dalam 10 minit je ber-drive dari rumah.

jom tengok gambar.


























p/s - ramai jugak yang tegur muka pengantin perempuan ada iras tiz zaqyah heroin nur kasih tu..tang mana irasnya tak tau le, haha.

.. blogku berwajah baru ..

Dah [agak] lama layout blog ni tak bertukar. Tiba-tiba terasa nak 'freshen up' pulak, hehe.

Selalu cilok layout yang ada je, la ni try buat sendiri pulak (tu pun masih mintak khidmat nasihat pakcik google untuk carik gambar, kuikui).


Oh ye, aku sekarang ni rajin pulak nak blogwalking, kalau ada yang nak exchange link silakan ye :)

20.2.10

.. aku terima nikahnya - part I ..

apa : majlis nikah
bila : 24.10.2009
di mana: masjid al-falah, pandamaran, klang



pada yang menanyakan gambar kahwin aku, mintak maaf ye sebab lambat sangat nak reveal-kan gambar-gambar ni. anyway, thanks pada kengkawan yang awal-awal dah upload gambar walimah aku dalam blog / facebook korang.


gambar-gambar ni aku 'petik' dari album..yang dah siap edit. aku takde soft-copy gambar yang belum edit, nak edit sendiri kat photoshop amatlah malasnya..jadinya aku tampal je gambar-gambar ni, okeh?




sebahagian hantaran



sebahagian hantaran



final touch up




nervous..



Alhamdulillah, selesai sudah




upacara membatalkan air wudhuk
(errkk..biasa orang cakap membatalkan air sembahyang kan? tak kisahlah kan)




akan simpan kenangan ni dalam hati

19.2.10

.. satu gambar, seribu makna ..

the teaser (lepas beberapa bulan, huhu)...












guess it's enough for the start. ada lagi selepas ni..tunggu.

10.2.10

.. kalau ada sumur di ladang ..

a small, yet sweet and meaningful occasion.




terima kasih kerana meraikan lunch farewell ku..aku dah agak, saja buat-buat donno je..hehe.


agak nervous mem-bagi speech, almaklum aku bukan di kalangan orang yang boleh present diri mereka dengan konfiden. aku cuma tau buat kerja aku je. huhu..


oleh kerana semuanya dibuat secara surprise, maka tiada gambar dapat di-snap waima gambar candid sekali pun. maka tak adalah gambar yang diraikan dan yang meraikan..sebab yang meraikan pun terlupa bawak kamera..huhu, sedey.

apapun, terima kasih kepada semua yang menjayakan sebab usaha korang semua worth more than a picture.

tiga tahun dan akhirnya tender - aku tak pernah jangka sebelum ni.

but i just think that's it's time for me to leave.


dan terima kasih jugak untuk hadiah tak terjangka ni (nasib baik yang ni ada sumber, harap maaf - kualiti gambar kurang memuaskan).















lepas tu aku berkejar ke tingkat 20 pulak, ada Gempak Sale. kalau ada yang tau, kilang sukan di Penang terbakar..maka wakil company aku beli barang-barang yang dapat diselamatkan. masa aku pegi tu barang jualan banyak dah luak..ni mesti organizer dah sambar barang yang cun-cun dulu ni, hehe. dalam masa yang terhad tu, aku sempat sambar sweater putih adidas sehelai. RM15 je beb. setakat reject sikit-sikit tu biasalah. nasib baik aku dapat yang considered elok lagi, zip semua ok cuma comot sikit tapi no hal, boleh basuh punya.



lebih kurang macam ni la sweater aku..pakcik google bagi.




couple of days to go..and am still enjoying the moment i will cherish, before i leave [for good]..

7.2.10

.. iklan yang mula-mula aku rasa annoying, tapi tetap merelakan diri menonton lagi dan lagi ..

** ralat tajuk - [antara] iklan yang mula-mula aku rasa annoying, tapi tetap merelakan diri menonton lagi dan lagi [walaupun tahap annoying tu tak berapa nak hilang]


1. iklan kit-kat, ni memang sengal tahap jahanam.






2. iklan digi, yang ni biasa ada kat wayang. aku layan je walaupun aku ni pengguna maxis. ngeee~





3. iklan digi jugak, yang ni part 2 kepada iklan taiko tadi.





4. si budak ribena ni kengkadang tengok macam menyampah, kengkadang comel pulak.





5. haisy, ada hati pulak menunjukkan minat pada bakal mother in law ye. tau le beliau jelita. behave okeh, behave. hehe.





6. BRRRRRRRR!!! haha, annoying jugak tapi what the fun! walau bagaimanapun, aku dah tak suka coke, harap maklum.





7. kelapa dan orkid...saya nak balik duit saya!

6.2.10

.. susah siut nak control air mata ..

minggu lepas, aku dapat call dari adik aku.

macam biasa, perbualan berkisar pasal life masing-masing.


pastu, dia start masuk cerita:

"kekna, hari tu masa orang pegi makan, orang ada nampak sorang tu..sebijik macam arwah atuk."


aku tanya: "sebijik macam mana?"


"ye la..dia kurus, gelap, pakai kopiah..cara dia jalan slow, pastu duduk pun slow...masa dia makan, dia makan pakai sudu sebelah tangan, sebelah tangan lagi dia biar jatuh bawah. pastu dia borak-borak, dia sengih lebar nampak gigi, sebijik macam atuk."


masa tu aku diam. tengah control air mata.

dalam fikiran takde orang lain, cuma arwah atuk.



aku rindu.

5.2.10

.. pahit manis seminggu ber-februari ..

1. dapat belated wedding gift dari seorang senior manager yang comel (tentulah comel sebab dia dah bagi aku hadiah, ngehngeh).

2. for the first and last time ever, akan melakukan claims di company tempat aku bekerja - cermin belakang kereta aku pecah. haha. eh, tengok tu, cermin pecah pun boleh gelak lagi, ting tong ke ape. Innalillah, semoga musibah dariMu berganti hikmah ya Allah.

3. memperoleh (mendapat laa..) limau mandarin yang banyak sempena becoming Chinese New Year, pemberian leng chai manager yang baik hati (sudah tentulah hati adalah baik bila memberi hadiah, bukan?)

4. memberi galakan gelakan kepada incek boss (wah, mentang-mantang dah nak resign - sangat berani memberi galakan gelakan kepada bos ye barine?) sempena ketewasan Arsengal Arsenal kepada Manchester United sebanyak 1-3. siap tanya boss - "tak cutikah? bukankah penyokong Arsenal berkabung hari ni?" haha. annoying sungguh.

5. krisis rumahtangga - oh oh, kisah ini tak patut diceritakan kepada umum. jadi kita full stop disini saja.

6. membelikan incek suami a small gift but priceless (ye ke? huhu). incek suami pun berkata bahawa ada hadiah juga yang nak diberikan, lalu aku pun sangat excited kerana tidak menyangka pemberian ikhlas akan menerima balasan. mulalah terngiang-ngiang peribahasa buat baik dibalas baik dalam kepala otak. menanti dengan penuh debar, incek suami menyerahkan sepeket ayam [berempah] sate yang sedia untuk digoreng [oleh barine] dan dimakan [oleh incek suami, dan barine jugak] begitu saja. how sweet my husband (clap, clap, clap). haha.


7. hampir pasti gagal men-joinkan diri dengan family trip ke Bandung bulan Mac nanti atas sebab peribadi yang tak dapat dielakkan. huhu, sedey :[

walau macam manapun tetap kena bertanggungjawab membayar semula itenerary bill memandangkan tiket yang dah dibeli tak boleh di-transfer kepada orang lain. kalau boleh, sudah kulelong 2 keping tiket tu di blog nih, ngehngeh.


8. akan tetapi, hampir pasti dapat men-joinkan diri dengan family trip ke Pangkor (again?) during this CNY. wah wah, bukan main betul family kitorang ni, rajin sungguh ber-family trip bukan? huhu.



itu saja, update ringkas memandangkan terasa sangat nak menulis di blog tapi tak tau apa nak tulis, maka inilah hasilnya. hmm.

4.2.10

.. bertemu dan berpisah ..

it's time for goodbye.


i mean, not yet. but still, it's just around the corner.


makin hampir ke momen tu, makin aku sedar..










aku tak suka perpisahan.


tapi aku tetap terima hakikat, sebab aku sangat pasti semuanya akan ada hikmah. datangnya aku tak duga. maka bagaimana pun kesudahannya, aku terima.


sedang mencari-cari 'irama' selamat tinggal yang paling harmoni. the best rhythm ever.



aku tak nak nampak gembira berpisah, sebab nampak macam aku lari dari momen hidup aku selama ni.


tapi aku tak nak jugak nampak sedih, sebab nampak macam aku tak redha dengan keputusan yang aku sendiri buat.


tiga tahun berkhidmat bakti dekat sini, rupanya setakat tu je.


tiga tahun mungkin tak lama, tapi - kenangan tetap kenangan.



selamat tinggal kawan-kawanku.

selamat tinggal bossku.

selamat tinggal IT department ku.


sebab aku akan berhijrah ke tempat lain. membawak segala jenis pengalaman aku di sini ke tempat baru. mencambahkan pengalaman ke tempat baru yang aku pasti hampir serupa keadaannya. sebab aku masih di posisi yang sama. cuma ruang dan persekitaran yang mungkin berbeza.


sedang dihujung-hujung waktu menantikan detik itu.


tak lama je lagi.



doakan aku terus sukses ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...