27.1.10

.. tico berries? kat kuala kepis banyaklah beb ..

date : 26012010
time : 2200
event : ugly betty new season @ 711
featuring : adriana lima the model








si dia ini ialah america ferrera a.k.a the ugly betty suarez. hakikatnya beliau tak ugly, malah hot ya a' au.




ingatkan amende lah tico berries..makanan yang dimakan oleh supermodel untuk kelihatan cantik jelita. setelah dibelek-belek, ditilik-tilik..rupa-rupanya ini ha:



siapa tak kenal ini apa? memang nak kena buang negeri orang tu.





tak sangka dengan rambutan a.k.a tico berries pun boleh bergambar dengan penuh gaya. tak percaya lihat gambarajah di bawah - sedikit daripada episod semalam.



yang ni kalau tak kenal pun takpe, haha..meh aku kenalkan - adriana lima the model



p/s - balik kuala kepis haritu dah berbijik-bijik tico berries aku bedal, haha. nasib baik tak batuk. immune lagi nih, huhu.

25.1.10

.. brangelina no more ..




malang sekali pitt, kau sudah tidak ada tempat lagi di dalam hati ini...ahaks!

oh ya miss jolie, i adore you much..but that's what we call karma.



baca lagi di mstar.

15.1.10

.. status facebook pun boleh jadi bahan bukti, okeh ..

aku pernah mention dulu [secara tak langsung], apa saja aktiviti kita di alam cyber sungguh mudah dimanipulasi. Kalau cakap pasal manipulasi, orang akan terbayang benda yang kurang baik lah kan. Maksud aku menjadikan sesuatu perkara tu berbentuk provokatif, secara umumnya. Takkan orang nak manipulasi benda yang tak baik jadi lebih baik, bertuahnya lah camtu.


Lately, satu lagi kisah yang bila dimanipulasi, akhirnya memakan diri sendiri.



klik untuk besarkan.


- identiti individu terbabit dirahsiakan bagi menjaga kepentingan privacy.


mungkin niat kita mahu bergurau, tapi orang lain pandang perbuatan [melalui niat] kita tu di sebelah dinding negatif. maka, implikasi dari perbuatan itu juga akan menjadi negatif. buat lawak, biar bertempat.



apatah lagi kalau hal-hal yang memang 'fresh from oven', yang mana pelbagai pihak sangat mencari sumber, punca dan konklusinya, maka lagi hebatlah kesannya.


jangan sampai kita jadi kambing hitam gara-gara tindak tanduk kita sendiri.


jangan sampai orang lain begitu mudah menuduh kita takde otak sebab bertindak tanpa berfikir akan kesannya.


maka, lepas ni, bukan saja perlu berhati-hati sebelum berkata-kata, malah kena jugak berhati-hati sebelum menaip, jangan nanti Karam Singh Walia tambah satu lagi peribahasa baru - kerana keyboard, facebook-er binasa. hehe.

.. gossip artis ..

hari jumaat, bukak entry pasal gossip pulak. ermm..baguslah tu.






EKORAN namanya dibangkit berhubung kes cerai fasakh Mastura Bakar terhadap bekas suaminya, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus sejak awal bulan lalu, penyanyi Noraniza Idris telah memberikan amaran kepada bekas madunya itu.

Jelas Noraniza, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kepada Mastura sekiranya membabitkan namanya lagi dalam perbicaraan kes itu di mahkamah.

Bagi penyanyi popular etnik kreatif ini, hal tersebut telah memberi kesan kepada dirinya dan anak-anak sekaligus menjatuhkan maruahnya apabila ramai pihak mendakwa dirinya juga bercerai dengan Mustaffa disebabkan alasan yang sama.

Pada 5 Januari lalu, Mastura mendakwa Mustaffa pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka, tidak adil dalam berpoligami dan banyak berfoya-foya.

“Saya hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya dengan mengatakan saya akan saman kalau dia sebut nama saya sekali lagi,” beritahu Noraniza ketika ditemui di ‘Majlis Penuh Rahsia’ Azwan Ali kelmarin.

Penyanyi berusia 41 tahun ini mendirikan rumahtangga dengan Datuk Mustaffa pada 3 Februari 2008 dan rumahtangga mereka hanya bertahan selama 45 hari di mana mereka bercerai pada 25 Mac 2008. Ini merupakan perceraian kali keduanya.

Sebelum ini, Noraniza pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fauzi Tajuddin atau Fareez selama 18 tahun, namun bercerai pada Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17.

Jika sebelum ini, Noraniza tidak pernah mendedahkan sedikit pun mengenai Mustaffa sejak mengaku telah bercerai dengan lelaki itu.

Namun setelah semuanya terungkai, barulah Noraniza agak terbuka untuk bercerita tentang Mustaffa.

“Terlalu pantas saya menerimanya sebagai suami. Waktu itu saya mempunyai masalah peribadi dan bisnes. Sebenarnya saya langsung tiada perasaan kepada Datuk dan mengetahuinya merupakan suami orang.

“Walaupun prinsip saya tidak akan berkahwin dengan suami orang, namun akhirnya saya terpaksa menganggapnya sebagai jodoh.

“Tetapi saya tak boleh beritahu sebab saya memohon cerai daripada Datuk. Cukuplah saya katakan yang saya sudah fobia untuk berkahwin buat masa ini dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” tutur penyanyi yang sedang popular dengan lagu Enjut ini.

(baca lagi di mstar)




errkk..masa kau jadi madu dia dulu, pernah tak kau terfikir akan terima apa-apa amaran dari dia?


mungkin nama kau dikaitkan atas dasar provokasi oleh pihak media?


dan oopss, terpaksa menganggap sebagai jodoh? maksudnya, objektif perkahwinan kau apa sebenarnya?

12.1.10

.. layan AJL, last-last aku tido pukul 1 ..

mula-mula aku ingat tongkat tu prop dia je..rupa-rupanya memang dia tengah sakit kaki.

walaupun bertongkat, tetap maintain bila perform.


ini baru boleh dikatakan true performer.





tahniah, dengan kejayaan merangkul tempat ketiga AJL24.



dan kepada budak-budak ini juga - juara & naib juara










kudos jugak untuk pengacaranya - sempoi rawks.






* sumber gambar - mstar & kosmo

8.1.10

.. Allah tuhanku ..

dalam pada masyarakat dan media riuh pasal ni:




sumber gambar dan berita: ihsan the star





datang pulak cerita pasal ni:




sumber gambar dan berita: ihsan mstar




suratan, atau kebetulan?





orang kata,


"kalau kita sayang milik kita, jaga ia sepenuhnya. kalau tidak, jangan menyesal dan menangis meraung kalau akhirnya milik kita menjadi milik orang lain."



aku berdoa, Malaysia tak dilanda Tsunami sebagaimana Acheh. jugak tak ditimpa bala bencana yang dahsyat. Nauzubillah.

7.1.10

.. boleh buat aku TURN OFF gila-gila ..

(kalau boleh jangan baca entry ni sambil makan. ini bukan arahan, nasihat saja. atas dasar keprihatinan, heheh)

aku boleh layan lawak lucah, tapi bukan lawak kotor, busuk lagi irritating.

bear in mind, aku bukan GS (u know what GS is) apatah lagi ada fantasy fetish dengan lawak-lawak lucah. maksud aku lawak yang double meaning. cuma kengkadang kalau dah keterlaluan, boleh naik menyampah. rasa nak lempang je orang yang buat lawak tu [sebab nampak sangat dia macam desperate nakkan attention].

alah, takkan korang tak penah dengar/baca/sebut lawak double meaning ni. banyak, contohnya "dah lama tak rasa air kak limah, air kak limah sedap." sebenarnya, kak limah (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan privacy) ialah seorang tea-lady di sebuah company dan bakatnya membancuh nescafe, teh-O dan teh tarik sangat terserlah. cuma, ayat tu akan jadi double meaning bila staff lelaki yang menyebutnya, gara-gara kak limah is out of office menghabiskan cuti tahunan.


lawak bodoh? ermm..depends. tengok situasi. kalau tak kena dengan tempat dan suasana, bukan tukang buat lawak je, aku yang mendengar / men-tengok lawak bodoh tersebut pun harus rasa malu. kalau dulu, orang buat lawak dengan perbuatan (e.g. tiru gaya anjing laut) aku rasa sangat lawak dan comel, tapi sekarang aku rasa bosan dan menyampah.


tapi, bila time bengong, tension, stress, pressured dan seumpamanya, yang mana aku perlukan suasana untuk loosen up, aku layan segala apa jenis lawak pun. malah, kengkadang aku jugak buat lawak bodoh dan ketawakan diri sendiri. at least i cure myself with free & easy kinda' medication..and it works, pretty well.


tapi aku tak boleh (read: tak boleh) bila ada orang nak melawak dengan aku camni:

dia : korang nak asam tak, ada kat meja aku.
aku : asam ape? menarik tak?
dia : asam boi..ada la rasa macam t**k idung aku..
aku : huh, patut la ko kiding, makan t**k idung sendiri je rupanya. tak mampu beli makanan lain ke?
dia : [gelak kehkehkeh - tu je kot dia mampu buat]



bagi aku itu sangat irritating. kalau sepanjang tahun aku dihadapkan dengan lawak semacam tu, harus down tahap motivasi aku, ngeee.. (untuk makluman, aku reject offer asam dari pihak yang berkenaan tu, tanpa was-was).


serius tak boleh blah, beb.

6.1.10

.. selamat ke sekolah wahai adik-adikku ..

lebih 20 tahun dulu, aku jejakkan kaki ke kelas 1 Hijau. ingat lagi hari pertama tu, i can still 'smell' the scene. mama dengan ayah daftarkan aku di kelas, buat apa yang patut, lepas tu mama cakap "nanti masa rehat rina turun tangga, terus pandang kanan. mama tunggu dekat pokok kat situ". dan mama tak tipu. senyum lebar menyambut aku yang terkedek-kedek turun tangga. hari tu aku tak heran nak carik menu dekat kantin sekolah, sebab dah bawak bekal. aku tetap cool bila lepas rehat tu mama dengan ayah balik.

satu hal nyata, aku tak menangis. waaa..gila cool lah kau barine, tak menangis! huhu poyo. bukan itu point aku, point aku ialah - aku tak jumpa alasan yang kukuh untuk rasa takut, cuak dan seumpamanya masa hari pertama ke sekolah. tak timbul langsung perasaan yang boleh menyebabkan aku rasa nak menangis, atau tarik-tarik kaki ayah aku mintak hantar balik rumah, kuikui. perasaan aku cuma teruja dan bersemangat, sebab mama dengan ayah kata aku dah sekolah, dah besar. yeah, dulu aku suka bila orang cakap aku dah besar. rasa dewasa betul, kehkeh. tapi sekarang kalau orang cakap aku dah tua pun takpe, aku redha..ngehngeh~

mungkin satu sababnya ialah aku dah ke tadika setahun sebelumnya. hari pertama di tadika, pun aku tak menangis, cuma malu-malu je [memang aku camtu pun sedari awal lagi, heheh :P].

dan lagi, aku rasa seronok sebab jumpa kawan-kawan sebaya dengan aku. of course aku prefer berkawan dengan budak perempuan, sebab boleh tukar-tukar pendapat tentang Barbie siapa paling cun dengan outfit yang gorgeous, klip rambut siapa paling cantik, atau cukup sekadar nak show off beg sekolah masing-masing, haha. oh, aku berkawan jugak dengan budak lelaki, aku tak seksis. tapi last-last aku jugak yang merajuk sebab tocang rambut aku asyik kena tarik je. jeles sangat kot, diorang takde tocang..kahkah.

jadi adik-adik, jangan perlu rasa takut atau cuak bila jejak kaki ke sekolah. ingat, itulah nanti momen yang paling kamu akan rindu dalam hidup kamu. takde apa yang menggerunkan di sekolah tu. yang ada hanya kawan-kawan sebaya yang sama-sama akan berjuang di medan ilmu (ecewah).

aku ingat nak bagi tips untuk ibu bapa mengatasi problem budak-budak yang 'tak berapa happy' masuk sekolah ni, tapi bila aku fikir balik, aku ni sape kan? anak pun belum ada lagi, huhu. so, meh la kita tanya pakcik google saje :]


tapi kan,





masa enrollment dekat uitm, lepas mama dengan ayah balik..aku nangis siut! kehkeh jahanam punya tak cool.



jangan gelak ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...