Hari Ahad yang biasa, tapi tetap indah.

gambar macam takde kena mengena je, ah lantak.
Tiba-tiba rasa nak buat entry dengan random words. Okeh barine, lepas ni kalau dah tak ada idea sangat nak conteng dekat blog tapi ada hati jugak nak update, boleh guna cara ni. Oh sungguh desperate
Okeh, let's start.
1. Tea
Iced lemon tea & green tea are my favorites. Banyak-banyakkan minum teh hijau untuk kesihatan okeh :)
Eh eh, tiba-tiba terus rasa nak pegi layan teh dekat Cameron Highlands, walahweyh!
2. Horse
Terus teringat dekat sukan lumba kuda. Oh, barine ni jangankan lumba kuda, kuda padi pun beliau belum pernah naik. Dan tak pernah pulak dapat mimpi prince charming naik kuda putih datang selamatkan barine dan mereka pun live happily ever after. Tak pernah, tak pernah, hehe.
3. Belonging
Sense of belonging barine memang kuat. Sedikit sensitif kalau barang-barang hakmilik peribadi diperlakukan sesuka hati. Tapi tak lah bermakna barine kedekut dan tak suka berkongsi, cuma perlulah kena cara dan gayanya. Show some respect, please.
4. Workshop
Kali terakhir masuk workshop ialah..err, bila ye? Tak ingat lah, nampak sangat jarang masuk workshop. Tapi kereta kesayanganku itu kali terakhir masuk workshop bulan lepas dengan incek suami, itu pun takat depan kedai je sebab tuan punya workshop tak sudi pun nak bawak kereta tu masuk workshop dia. Ye lah, setakat nak gam balik plate number belah depan tu tak payahlah nak buat muka manja mintak masuk workshop kan? heheh~
Masa tu nak pegi kerja, adalah sorang driver ni over excited agaknya bawak van dia sampai 'makan corner'. Mujur bahagian plate number tu je yang kena. Dah terlanggar, boleh terus blah pulak. Tak gentleman langsung.
5. Shutdown
Hanya shutdown pc di ofis seminggu sekali, iaitu pada hari jumaat. Selalu berniat nak shutdown hari-hari, tapi last-last terbiar je ber-locked. Oh ye, hidup kita pun akan shutdown jugak, satu hari nanti.
6. Television
Salah satu medium beristirehat barine. Cuma sekarang macam dah tak banyak cerita menarik je, kan? Ke barine yang dah boring tengok tv?
7. Taxpayer
Saya pembayar cukai yang baik, okeh. Sampai masa, bayar. heheh~
8. Insurance
Tak pernah terfikir pun akhirnya akan menceburi dunia insurans, walaupun masih di bidang IT. Masih ramai yang kurang jelas tentang insurans konvensional dengan takaful, yang mana konsep kedua-duanya jauh berbeza. Konvensional melibatkan bentuk perniagaan yang tidak jelas, dan melibatkan riba. Manakala takaful merangkumi konsep perkongsian keuntungan dan risiko dalam sesuatu kumpulan. Kalau ada masa, nanti aku entry-kan pasal insurans dan takaful ni.
9. Freezing
Itulah yang selalu berlaku pada barine di ofis. mana taknya, lubang aircond betul-betul atas kepala. Apakan daya, kengkawan yang lain perlukan rasa sejuk itu, maka terpaksalah ku berkorban huhu~
10. Moon
Suka tengok bulan purnama yang terang cantik. Anak bulan cuma suka bila time puasa dan raya saja, muahaha. tak pernah makan mooncake. Twilight New Moon pun syiok!
Okeh, dah habis.
4 jejak:
=)
freezing. reminds of brain-freezing. sejuk otak bila makan aiskrim. haha. ;)
My latest entry : Trailer Filem Terbaru Sam Shaheizy, Kongsi
yang no empat tu.
adeh, gua sensitif sangat dekat buku.
shafiq,
sejuk otak tak pernah lagi, selalu sejuk gigi, hehe~
sastraboy,
aduh..saat men-telaah buku teks, buku rujukan, soalan ramalan segala bagai yang bakal dirindukan sangat²..percayalah! :)
Catat Ulasan