26.7.10

.. Kisah blogger mohon cerai - Mamasita Mamamia beri jawapan ..

Aku boleh katakan - surat khabar punya kuasa untuk menggoncang negara, malah dunia. Iaitu dengan cerita dan kisah yang dimuntahkan, lebih-lebih lagi kisah yang menjadi headline mereka. Kisah yang dirasakan boleh meletup bila ditambah lagi dengan commercial value yang berpalit di sisi kisah tersebut.


Dan semalam, Kosmo! mendedahkan kisah dunia blogging yang katanya bukan lagi sekadar medium meluah rasa, berkongsi cerita - tetapi juga telah menjadi medan memohon perceraian.



Sepasang suami isteri, blogger sesama blogger.


Si suami pemilik blog Sakmongkol  manakala si isteri pemilik blog Mamasita Mamamia.


 

Gara-gara entry si isteri di bawah tajuk Jodoh kita sampai di sini, beliau dilabel Kosmo! sebagai blogger pertama memohon cerai melalui blog.




Aku sebagai seorang perempuan sangat faham, kadang-kadang apa yang terluah semasa sarat dengan ketakstabilan emosi bukanlah berpaksikan niat yang nyata. Ianya lebih kepada luahan perasaan kerana terlalu marah, geram atau sedih mungkin. Maka aku mengandaikan entry tersebut adalah tak lebih dari kekusutan jiwa yang bersifat sementara.



Aku percaya, mereka tak punya niat ke arah itu. Dan aku percaya, mereka cukup bijak dan matang untuk mengambil keputusan demi kebaikan masing-masing.






Akhirnya, tuan punya badan dah bersuara. Siapa yang menggoncang, dan siapa yang tergoncang sekarang?


7 jejak:

Nur Areefah berkata...

tu la kan..media mmg sukar utk dipercayai~

zalin berkata...

bahaya2..

yott berkata...

ada trbaca semlm masa beli breakfast
lps tu balik rmh search kosmo online nak baca lnjut x dpt2..
thanx, dah dpt baca citer sebenarnya

the sastraboy berkata...

o barine! ni lah sebab aku suka blog ni. membijakkan, haha.

ouh, maaf sebab lambat bagi tahu,

aku link entri ni,

thanks!

b a r | n e berkata...

Nur Areefah,
tapi medium tu lah yang kita harapkan dapat bagi informasi tepat dan telus..camno tu?


zalin,
cakap siang pandang-pandang.. ;)


yott,
Kosmo dah disable link entry tu kot? Ku try cari tak jumpa jugaks.


the sastraboy,
silalah, entry ni pun ber-link sini sana jugaks :)

Farihah Ahmad berkata...

xtau pn. xbaca kosmo lately. baca blog ni baru tau. tertangkupnya ilmu aku. hehhh :)

b a r | n e berkata...

Kebetulan, ku lalu depan kedai surat khabar. Kalau tak, tak tau jugak, hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...