Aku memang dah plan nak tengok cerita Twilight Eclipse ni, tup-tup dapat pulak tiket free, darling Nuffnang bagi. Apa lagi, kasi bedal lah labu..hehe.
Ini pun sebab aku saja-saja join contest yang Nuffnang buat - senang ya' amat, cuma pilih Edward Cullen atau Jacob Black dan bagi alasan kukuh. Eh, tak berapa kukuh pun takpe. Oh ye, alasan harus kreatif. Aku cuma tulis apa yang terlintas je. Kira ok lah kan bila darling Nuffnang dah 'iktiraf' kreatif, ngehngeh. Nak tau apa alasan aku? Cari sendiri dekat contest Eclipse Special Screening yang Nuffnang buat tu ye, hehe.
Incek suami pulak boleh tak percaya, dia ingat ini tipudaya je. Jenuh la aku nak convince beliau dengan sepenuh hati, nasib baik berjaya.
Mujur bukan free seat, mau letih aku nak berebut. tak kuasa noks.
Mujur jugak seat pun best, dua dari belakang kira ok lah kan.
Oh ye, hari yang sama jugak Mix FM dengan My FM pun buat special screening Eclipse. Maka berdoyon lah manusia mengharung Cathay Cineplex malam tu. Diorang punya tiket cantik, macam kad kahwin hehe. Tapi yang tak best nya diorang dapat free seat lah pulak, jenuh la diorang nak kena beratur masuk. Dah la nak ambik tiket pun beratur jugak..huhu.
dapat free gift - badge Nuffnang. Belajar bersyukur ye, Barine.
sebelah kanan - muka excited nak tengok Eclipse.
sebelah kiri - muka [pura-pura buat muka] tak excited nak tengok Eclipse.
pukul 9, masuk Hall 4 yang sejuk dingin..
untuk tengok ini.
Secara ringkasnya, siri kali ni menonjolkan sisi determine Jacob untuk dapatkan Bella dan sisi jealousy Edward bila dapat tahu Jacob berusaha keras untuk dapatkan Bella. Dalam pada tu, Victoria kembali mengganas untuk balas dendam atas kematian kekasih dia dulu. Maka dia 'me-rekrut' satu pasukan vampire baru untuk musnahkan Bella dan team Edward. Merujuk kepada Alice yang boleh meramal kejadian, mereka mencari jalan untuk memusnahkan team Victoria. Siap ada teamwork dengan team warewolf lagi, sungguh tak percaya..hehe. Kesian aku tengok Bella, dalam pada nak graduate pun kena fikir hal nak lari dari vampire segala bagai..huhu.
Kalau korang memang follow Twilight, aku boleh rekemen untuk proceed tengok siri ketiga ni. Yang pasti, cerita ni tak slow macam New Moon dulu.
Oh ye, kepada darling Nuffnang:
Terima kasih daun keladi, saya sudi terima tiket free lagi!
p/s - kualiti gambar tak berapa memuaskan, harap diampun.
p/s/s - entah bila aku nak habis baca e-book Twilight tu.
p/s/s - entah bila aku nak habis baca e-book Twilight tu.





5 jejak:
wah waaaaaaaaaah.. syok la dapat free!
syoknya dpt free ticket.
twilight tu.
huu.
hohoho ku hanya nonton she-wolf kat tv3 ja...akekeke
yg pastinya I tengok citer ni dah 3 kali.. mmg superbbb
Ann & aida,
memang syiok! :]
Norm,
owh, ku masih belum khatam lagi cerita tu..hehe.
bspotgurl,
wah, 3 kali tu ;)
Catat Ulasan