1.6.10

.. tips dapat anugerah perkhidmatan cemerlang ..

memang aku dah boleh bau sesuatu yang ber-ikan (something fishy - wakakak) bila balik ofis je incek suami senyum memanjang. bila aku tanya tak nak jawab. nak berahsia lah sangat kan.


nak kata dapat bonus, tak mungkin sebab kerajaan tak pukul canang pun pasal bonus.

jenuh la aku dok main teka teki, incek suami boleh sengih je.

 

last-last dia keluarkan sepucuk pistol surat dari dalam beg buruk dia (rasa bersalah pulak tengok beg kesayangan dia tu huhu..yelah yelah, Jusco tengah sale sekarang), rupanya ini dia berita gembira tu.


APC 2009
















APC 2009





tahniah kepada incek suami :)










sedikit penerangan pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), boleh baca dekat sini.


tips? tak ada tips sebenarnya, hehe. cuma apa yang aku rasa boleh membantu ialah dengan ikhlas bekerja.  Orang boleh nampak sama ada kita ikhlas atau tak. Tak perlu berkira sangat dengan kudrat yang kita keluarkan. Bila dah diletakkan tanggungjawab, pikul sebaik mungkin. Jangan tau nak merungut je. Kalau rasa tak boleh blah, baik resign. Kerja sendiri. Ha, tengok sama ada kau sanggup tak sanggup.


satu lagi, buat baik dengan bos. maksud aku bukan sampai jadi kaki bodek atau kaki ampu terhebat di Malaya ye. maksudnya letakkan arahan bos sebagai priority. kalau bos dah suruh kita buat kerja lebih, mungkin sebab dia dah nampak kita boleh laksanakan tanggungjawab yang disuruh. walaupun kengkadang kita menyampah dengan bos sebab selalu sangat bagi kerja selambak, anggap itu sebagai cabaran tugas. tak ada cabaran, tak best jugak kan?  


fully utilize diri kita. kadang-kadang kita tak sedar kita ada kebolehan yang tersendiri. oleh tu, kita kena bagi banyak exposure pada diri sendiri. manfaatkan kursus, training, seminar, segala macam kemudahan yang diberi. semua tu bukan untuk orang lain, untuk kita punya self-improvement jugak.


jangan segan bertanya pada staff yang lebih senior. mereka semestinya lebih berpengalaman. kongsi cerita dengan diorang. tapi ambik yang baik je, yang tak elok tinggalkan. jangan sombong. kalau sombong, siapa nak geng dengan kau? 

oh ye, jangan lupa doa. doa supaya usaha kita selama ni mendapat berkat dan membuahkan hasil. kalau tak di dunia pun, di akhirat nanti insya Allah. bersyukur banyak-banyak dengan segala rezeki yang Allah bagi. doa memang terapi jiwa terbaik, i tell you.


dan jugak, jangan mengeluh bila kita tak dapat apa yang kita idamkan, sebab Allah tau apa yang terbaik untuk kita. aturan yang Dia buat kadang-kadang penuh misteri.


sebab apa aku kata misteri? sebab aku sendiri tak pernah tau aturan yang Dia buat untuk aku. cuma yang aku tau, hidup aku indah belaka. cuma kadang-kadang aku cepat rasa bosan dan terlalu cepat nak mengeluh.


bila Dia datangkan sedikit kegembiraan macam ni, baru aku sedar - aku dah lama tak ucap terima kasih pada Dia. untuk kehidupan aku, untuk rezeki aku.


Syukur, Ya Allah.




13 jejak:

sarah shafie berkata...

thniah2...to ur husband..hehe

chugie berkata...

bestnye.. aku yg dok kerje lama ni.. x penah dpt penghargaan..
tak ikhlas ke aku?? uwwwaaaa..

b a r | n e berkata...

sarah,
tenkiu tenkiu :)


suzie,
hehe, rilek ar..bukan tak ihlas, maybe keikhlasan ko tu dibayar ke tempat lain. maybe ko tak dapat tapi hubby ko ke, atau maybe rezeki ko dibagi dgn cara lain ke :)

incek suami pun lama dah keje situ, la ni baru dapat..

fuadnis berkata...

tahniah pada ur husband barina....

aku sokong sgt segala tips2 yg ko cakapkan tu..sebab tips2 tula aku pn dpt apc gak..ngeh..ngeh..

b a r | n e berkata...

hehe, tenkiu nis :)

untuk ko pun - tahniah gak tau. amacam, watpe ngan hadiah? citer ler..hehe~

:: iManja :: berkata...

wah congrats! rezeki memasingkan.

b a r | n e berkata...

thanks Manja :)

excitednya mengalahkan diri sendiri yang dapat anugerah cemerlang, hehe~

semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang luas dan diberkati olehNya, ameen.

DYLA berkata...

wow best!

murah rezki korang :)

b a r | n e berkata...

Alhamdulillah, harap² camtu le Dyla :)

missFridaNorm berkata...

tahniah (to your hubby), cik.
tips yg ditulis boleh pakai semua peringkat tu, bukan takat employer-employee di opis luar nun je...

b a r | n e berkata...

tenkiu norm.

yeah..yang lebih penting dan menggembirakan, bila dapat jadi insan yang cemerlang, insya Allah.

Ly berkata...

Tahniah!!! tahun depan dapat lagi - dngan syarat - reply "surat tunjuk sebab dulu" :)

b a r | n e berkata...

muehehehe... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...