2.6.10

.. Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 - aku lulus! ..

Alhamdulillah..permulaan yang baik :)

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41


sebelum ni pun pernah lulus jugak (eh apahal gaya macam nak berlagak pulak nih?) tapi memang tak pernah kena panggil interview pun. kali ni tak tau la camno, sebab kali ni exam PTD dan kemasukan ke Gred 41 disekalikan. sebelum ni ada 2 exam, dan antara dua tu, exam PTD sungguh menguji minda i tell you. yang kali ni punya exam, Alhamdulillah aku lebih yakin nak menjawab..hehe. 


aku dapat tau kena attend exam tu pun dah last minute, tu pun dapat SMS. aku takut scam je, tapi bila check website memang ada nama aku. pusat exam di Putrajaya, sekolah Presint 11 tak silap aku. cantik lah tu. aku memang malas kalau kena redah KL. tak kuasa noks.

yang best nya, aku dah frust banget sebab terlewat. dengan jalan jem lagi, boleh pulak hari Sabtu jem mengalahkan hari bekerja. mujur aku cuma lewat 5 minit, tu pun sebab terkedek-kedek berjalan dalam hujan renyai (ecewwah ingat bollywood ke hape?). tu lah, ada payung dalam kereta, eksyen sangat tak nak pakai.

sampai-sampai je sekolah tu (dah le tempat aku kat tingkat 3 okeh, mengah noks nak memanjat sambil berlari). dengan nafas mencungap aku terus start menjawab. nasib baik sempat :) 


dan Alhamdulillah, aku lulus jugak.



ada sesiapa tak yang ambik exam ni April lepas? kalau ada meh ler share cerita :)

7 jejak:

Ohmanusia said...

Tahniah.. hehe
Naik pangkat la ni

b a r | n e said...

tenkiu..eh mana ada, ni baru nak cecah kaki ke sektor kerajaan je :)

amar haziq said...

naik pangkat lah lepas ni,boleh belanja visitor blog akak..

jenguk2 lah blog saya ;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

DYLA said...

tahniah, terer la ko barine. moga murah rezki nanti. :)

b a r | n e said...

amar,
haha..insya Allah kalau ada rezeki lebih okeh dik, tenkiu singgah :)


dyla,
mana de terer pun..huhu. Insya Allah, ameen :)

Ly said...

bleh la blanja makan nanti.. hahahahah. nak tunggu si bob blanja xtau la bila:(

b a r | n e said...

boleh, tarak hal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...