Hampir setiap hari aku mengadap pc. maka hampir setiap hari jugak aku buat mende alah ni:
1. taip HURUF BESAR dengan jari kelingking kiri melekat pada keyboard Shift. WALAUPUN HURUF BESAR TU PANJANGNYA LEBIH KURANG SATU AYAT, MACAM AKU TENGAH BUAT NI.
2. jari berpusing-pusing mencari huruf pada keyboard, padahal aku dah tau letak duduk huruf tu dekat mana. kalau tangan kanan pusing arah lawan jam, tangan kiri pulak ikut arah jam. muakakaka.
3. sangat selesa guna numeric keyboard pada sebelah kanan, lepas tu bila guna laptop dah menggagau nak petik nombor satu-satu kat belah atas tu.
4. ini member aku yang perasan, dia kata masa aku menaip jari kelingking aku melenting ke atas. hahahahakutakkelakarkauyangkelakar.
5. kesimpulan dari item 5 - aku memang tak fully-utilize kesemua jari masa menaip. kalau guna jari kelingking pun untuk item 1 je, ngehngeh.
6. ini pun member aku yang cakap - muka aku serius banget bila mengadap pc. mungkin masa dia tengok tu aku tengah baca blog aku kot, wakakak (tak kelakar pun, barine).
7. suka letak pen / pensil / pemadam / pembaris atas keyboard, yakni apa saja jenis alat tulis. kengkonon senang nak mengguna pakai. iyo lah.
8. hampir tak boleh tak guna mouse, tangan kanan aku yang halus lagi gebu dengan mouse memang sungguh mesra alam.
9. ini bukan perangai, ini fakta-bukan-auta - aku baru tau fungsi print screen masa umur aku 20 tahun okeh.
10. ini pun fakta-bukan-auta - benda paling menyampah aku nak buat masa mengadap pc ialah isi online form. sikit-sikit takpe jugak, ini panjang berjela beb. selagi tak isi semua benda, tak boleh submit. haru derr..huhu.
korang macam mana, mungkin kita sama?
p/s :
***** picture deleted in order to protect personal interests *****
tapi jangan sampai macam ni ye. tolong weyh tolong.
nota penting: gambar berkenaan BUKAN hakmilik tuan blog, harap maklum.
5 jejak:
huhu.. x bosan.. sebab pc x dak perasaan pung! ahahahah:))
oh itu barine ke depan pc???? kui kui kui...
chugie - bayangkan kalau pc berperasaan, agak² selalu kena karen (current) la kita ye? owh tidak!
capo - heip! sila hentikan fitnah tak berasas tu okeh, hehe~
hahaha..agak tkejut tgok pic itu..:D
samalah red..hehe~
Post a Comment