30.5.10

.. movie review : Prince of Persia - the Sands of Time ..

Penangan Jake Gyllenhaal lagi kuat berbanding Russel Crowe, maka masa terfikir-fikir nak tengok Prince of Persia atau Robin Hood di TGV Jusco Bukit Tinggi Klang, akhirnya aku pilih untuk tengok Prince of Persia - Sands of Time.



Hero Prince of PersiaBront Palarae
muka dua orang mamat ni ada iras tak? aku rasa ada.



cerita ni diadaptasi daripada game - tu pun aku tau lepas incek suami bagitau kat aku. movie ni started off well, straight to the point. tak ada mukadimah yang melampau meleret. sesuai untuk aku malas nak ambik masa panjang-panjang untuk 'masuk' dalam filem.


Prince of Persia poster

Ia pasal sorang budak - Dastan, non-royal blood dari Nasaf yang dipungut oleh  Raja Persia - King Sharaman setelah melihat determination dan fighting spirit yang ada dalam diri budak tu. Dipendekkan cerita, dia membesar sebagai warrior bersama adik beradik angkatnya dan menyertai misi menawan kota suci Alamut yang dipercayai mempunyai peranan membekalkan senjata kepada musuh kerajaan Persia. Maka Prince Tasmina, pemilik Alamut merancang untuk mengembalikan kesucian kota Alamut.


Gemma Arterton a.k.a Prince Tasmina

ini Gemma Arterton a.k.a Prince Tasmina.


Dalam pada itu, King Sharaman yang baru meraih kegembiraan kerana dapat menakluk Alamut akhirnya mati dalam keadaan misteri. Dia dikatakan diracun melalui jubah yang dipakainya. Dastan dituduh meracun bapa angkatnya kerana jubah itu diberi olehnya. Maka dia lari untuk menyelamatkan diri (gila tak gentle hero lari, huhu). Prince Tasmina turut lari bersamanya sebab dia nak mendapatkan semula senjata yang kini dipegang oleh Dastan bagi menyelamatkan mereka  dan dunia. Sebab kalau senjata tu jatuh ke tangan orang yang salah, bumi akan hancur ditelan zaman. Apakah senjatanya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Prince Tasmina? Dapatkah Dastan membuktikan kebenaran? Dan dapatkah Prince Tasmina mengambil kembali senjata yang selama ini menjadi hak mutlaknya?

Nak tau, boleh tengok sendiri okeh, aku cerita sampai habis pun tak best nanti. Lagipun aku bukan reti sangat nak cerita balik, hehe.


Kesimpulan yang aku dapat dari movie ni ialah;

1. Betapa sukarnya nak meletakkan kepercayaan pada orang lain, sebab dalam cerita ni, dalang / mastermind sebenar adalah orang terdekat yang paling Dastan hormat dan percayai.

2. Determination bukan dibuat-buat, ia lahir dalam diri sendiri dan akan terlahir melalui perbuatan. Sebab tu Dastan senang-senang boleh jadi anak angkat raja, hehe.

3. Cinta boleh wujud walaupun tengah berperang, hehe.

4. Manusia boleh buat apa saja untuk meraih kuasa.




Bagi aku, cerita ni best. Tak rugi pergi tengok okeh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...