1. Hati makin panas bila kerja serba tak menjadi.
2. Badan makin besar - bila tension, nafsu makan aku mengundang perasaan stim ya amat.
3. Tak sabar nak weekend - boleh lepak kat rumah.
4. Nafsu ber-weekend tumpul tiba-tiba bila teringat minggu kena attend kursus kat Janda Baik.
5. Nak beli baju baru, sekali check duit dalam wallet - tinggal RM10.
6. Sebab pengaruh promosi, aku nak usha Simply Siti kat Watson's nanti (harap-harap aku tetap pendirian - untuk meng-usha sahaja).
7. Tak hilang lagi rasa loya bila lagu Hanya Di Radio di-dangdut-kan. Sampai versi Imran Ajmain-Diana Danielle-Nabil pun aku terbayang-bayang situasi dangdut tu. Rasa nak maki dalam bahasa tamil je $*%&#@!*%$?"*
8. Anti dengan sorang budak AF8, sebab nama dia mengingatkan aku pada seseorang (yang aku tak nak ingat, macam paranoid pulak kan). Clue - takde kena mengena dengan item no. 7.
9. Sedih + kecewa tak dapat join reunion sekolah rendah. Dah berapa kali reunion aku tak pegi sebab tak timing.
10. Malas baca paper skang ni. Sebab aku rasa suratkhabar sekarang macam 'ulang tayang' berita. Balik-balik buang anak, accident, bla bla bla..
11. Rindu kat Michi, tapi bila dah jumpa naik menyampah pulak sebab dia suka buat perangai gila. Berlari sana-sini macam nampak hantu, panjat kerusi pastu cakar-cakar, gigih berdiri semata-mata nak cium bunga plastik kat dalam pasu, gigit tangan aku bila aku usap badan dia. Ada sekali tu aku baring kejap kat kerusi, dia lalu sambil libas ekor dia kat muka aku. Ingat dia cantik sangat la buat camtu. Tapi skang aku tengah rindu giler kat dia.
12. Jeles tengok blog lain ber-updet, blog aku macam bayi terbuang je.
13. Dulu suka tengok Aduan Rakyat, sekarang dah menyampah sebab diorang aim kat tempat-tempat pembangkang je. Wahai warga media, tak payahlah bias.
14. Akal dengan hati berlawan-lawan. Hati kata - malas. Akal kata - rajin. Buat masa ni aku rasa hati menang.
15. ...tiba-tiba blank. okeh, maknanya kena full stop kat sini.
habis.
5 jejak:
heheh no komen!
hahahaha... itu jer mampu dikatakan... at leeast blog awak rajinlaa jgk terupdate... kite ikut mood jgk.. hehe
awat no komen suzie?
hehe takpe nadey, suka jugak baca blogmu itu :)
siapa plak nama yg buat ko paranoid tu? ingin nak tahu,
aku pun tak suka lagu itew & budak itu nyanyi lagu tu mcm tu .. tak suka tak suka..
dyla,
urmm..alah, err..yg tu la..errrkk..
huhu, patutla aku 'tak diberi peluang' tgk secara live, bila tgk ulangan..huh, camtu rupanya.
Catat Ulasan