17.12.09

.. aku pun ada life jugak, beb ..

"Privacy is not something that I'm merely entitled to,
it's an absolute prerequisite."

~ Marlon Brando



mungkin kau tak faham maksud privacy.



privacy itu ialah apabila kau perlu masa untuk bersendirian selepas kau terlalu banyak ber-hu-ha-hu-ha.

privacy itu ialah apabila kau perlu masa untuk memenuhi tuntutan kehidupan sendiri selepas kau terlalu banyak memenuhi tuntutan lain.

privacy is when you have to spend a quality time for your own good self.

privacy is when you have to spend a quality time for your own good self - without any kind of disturbance.

privacy itu adalah kebebasan peribadi yang hanya boleh dicapai tanpa anasir-anasir yang menyesakkan.


apabila munculnya disturbance yakni beraneka jenis gangguan dari bermacam sumber dan medium, maka tiadalah lagi privacy.


apabila tiada lagi privacy, maka kualiti kebebasan peribadi makin berkurang, dan tak mustahil boleh terhakis.


bila tak ada lagi privacy, apa yang istimewanya hidup kau?


mungkin pernyataan-pernyataan ni agak self-centered, tapi sekali sekala ia perlu memandangkan ruang untuk diri sendiri dengan mudahnya diceroboh. makin dibiarkan, makin dipijaknya kepala.


mind your limit, please.


mengambil berat tu molek, yang tak moleknya bila terlalu mengambil berat hal-hal yang tak perlu.

punya tahap kemasyarakatan a.k.a socialization level yang tinggi itu bagus, yang tak bagusnya bila terlalu nak bermasyarakat tanpa mengambilkira limit masa dan situasi.


aku bukan anti-sosial (jangan sesekali, sila ambil perhatian - sangat tak menarik menjadi katak bawah tempurung okeh), aku cuma mau bersuara (tanpa terlalu nyaring) untuk kehidupan peribadi aku.


boleh kan?



p/s: melentur buluh, biar dari rebungnya.

15.12.09

.. it's not about the wedding, it's about the marriage ..


bila ter-canangnya kisah mas kahwin untuk anak dara & janda selangor naik jadi RM300, banyak sungguh mulut² yang mengeluarkan pendapat. itu maknanya, isu mas kahwin naik harga ni ada commercial value, macam kisah artis mana pakai baju paling glamour masa anugerah skrin 2009. maka ramai orang tak mau ketinggalan memperkatakannya, termasuklah aku.


bagi aku, mas kahwin naik bukan isunya. ia cuma menjadi isu apabila wujudnya ketidakselarasan harga mas kahwin di setiap negeri. ada yang akan kata - "tunang kau orang selangor ye? rugi lah kau tak kahwin awal-awal, mas kahwin dah RM300 tu beb." ataupun ada yang akan kata - "makin lakulah anak dara johor, mas kawen diorang murah je RM22.50"


disebabkan ketidakselarasan mas kahwin ni, maka dapat dilihat 'harga' perkahwinan didacing-kan dengan cara yang paling murah sekali.


aduhai, kalau kaum lelaki menimbang untung nasib mereka berdasarkan harga mas kahwin, sungguh lah mereka rugi kerana punya akal yang secetek-ceteknya.


mungkin ada yang kata, RM300 tu banyak, orang nak 'mendirikan masjid' buat apa nak membebankan. betul, 'mendirikan masjid' sangat mulia. lebih mulia kalau dah 'mendirikan masjid', berusaha pulak 'mengimarahkannya'. kalau dah rasa terbeban dengan mas kahwin, baik tak payah kahwin. sebab lepas kahwin, lebih dari RM300 kau kena sediakan wahai kaum lelaki. bukan untuk isteri saja, untuk sara hidup maksud aku. selesai je lafaz akad, bermulalah tanggungjawab dalam perkahwinan. kalau nak mulakan tanggungjawab pun dah rasa terbeban, rasa-rasanya boleh tak pikul tanggungjawab seterusnya?


kaum perempuan pulak, jangan terlalu pandang enteng dengan naiknya mas kahwin. bila ada pihak yang berusaha meninggikan martabat wanita, kita pulak mestilah lebih berusaha menaikkan martabat sebagai isteri.


mengambil kira mas kahwin itu wajib, maka rasanya tak perlulah terlalu berdebat tentang nilai pemberiannya.


apa yang penting bukan berapa nilai mas kahwinnya, tapi nilai perkahwinan itu sendiri. kalau betul-betul memenuhi sunnah dan semata-mata kerana Allah, alangkah moleknya.



p/s - hujung-hujung tahun ni memang ramai yang naik pelamin, selamat pengantin baru kepada kalian ye.

10.12.09

.. hidup sebelum mati ..

kadang-kadang kita 'dihadirkan' dengan instinct, sama ada kita sedar atau tak.

kadang-kadang sesuatu benda tu berlaku bersebab, di mana asbabnya kita tak pernah perasan.

kadang-kadang instinct yang kita dapat cukup kuat, tapi kita masih tak peka.


beberapa jam lepas aku buat entry pasal hormati orang tua (dan selepas beberapa jam aku asyik teringatkan instinct aku tentang orang tua), aku dimaklumkan bahawa tok ayah, abang kepada arwah nenek telah kembali ke rahmatullah.

paling akhir aku berjumpa almarhum di hospital tengku ampuan rahimah (HTAR) klang beberapa minggu lepas. warded sebab masalah pada kakinya yang sakit & bisa bila bergerak. beberapa hari lepas tu discharged, tapi isnin lepas warded semula, khabarnya nak buat dialisis. tapi Tuhan dah tentukan maghrib semalam almarhum dipanggilNya.


see? aku dah kata, kadang-kadang kita dapat instinct (walaupun tak secara direct), tapi kita tak sedar.


apa pun, alFatihah untuk almarhum tok ayah, Haji Ismail bin Mohid.


dariNya kita datang, kepadaNya kita pulang.

9.12.09

.. muda sebelum tua ..

orang tua.

walau seteruk mana pun perangainya, harapnya kita tetap boleh bersabar. lebih-lebih lagi kalau orang tua tu adalah darah daging kita, atau orang yang rapat dengan kita.

kenapa aku bukak cerita pasal orang tua? sebab tiba-tiba aku teringat satu kisah, kisah yang aku rasa boleh dikongsikan.


masa tu tahun 90-an. pagi raya aidilfitri. aku, mama, ayah dengan adik-adik menziarah kubur, sebab tak sempat nak menziarah petang sebelumnya. tak ada apa yang luar biasa, sampailah masa nak balik. ayah ada hal (aku tak ingat kenapa), jadi kami berempat tunggu dalam kereta. orang pun dah beransur-ansur balik, berselang-seli dengan yang baru datang.

kemudian, sebiji kereta parking tak jauh dari kereta kami. jangan tanya aku kereta apa, sumpah aku dah tak ingat. keluar sorang perempuan dari tempat duduk depan, terus berjalan ke kawasan perkuburan. yang tinggal dalam kereta - pemandunya (mungkin suami pada perempuan tadi) dan seorang lelaki tua (mungkin bapa pada salah seorangnya). tanpa curiga apa-apa, aku mengabaikan je.

bila mata aku tertancap semula ke mereka, lelaki tua yang duduk di bahagian penumpang belakang itu terketar-ketar menolak pintu kereta, mengadakan ruang untuknya keluar dengan selesa. dan ya, berserta tongkat (bukan tongkat untuk kaki patah tu, tongkat kayu yang memang biasa orang tua pakai). sangat lemah keadaannya. dan riak wajahnya (aku hampir melupai raut wajahnya, tapi riaknya tidak)..ya Tuhan, pecah hati aku menengok wajahnya yang penuh mengharap simpati, akan ada sedikit kelegaan untuknya bergerak. tak sikit pun aku nampak dia mengeluh, tetap dia gagahkan jugak untuk bergerak.

pemandu pulak masih di situ, dah pun keluar dari perut kereta. yang buat aku terkedu, dia cuma berdiri kaku sambil memandang lelaki tua tu terketar-ketar. dan wajahnya, boleh aku gambarkan sebagai sangat riak dan sombong. hanya memandang dengan ekor mata. kebetulan dia ternampak-kan aku yang ralit menengok perbuatan mereka dari dalam kereta, akhirnya ber-inisiatif menghampiri lelaki tua itu, dan ditariknya tangan lelaki tua itu. aku boleh nampak betapa tak ikhlasnya perlakuan dia. mungkin dia bergerak sebab dia terperasan aku tengah menengok dia. kalau tak, aku rasa mau dia keras berdiri je menengok lelaki tua tu.


aku tak tau apa kesudahannya, sebab lepas tu ayah sampai.


balik rumah, aku ceritakan dekat mama. rupanya, mama pun tengok dan tau apa yang berlaku.

lepas tu, jenuh kami adik beradik diberi nasihat, selalulah buat baik dengan orang tua. sebab satu hari nanti kita pun akan tua. entah macam mana ragam kita, kita tak tau. sebab tu, bawak banyak² bersabar mengadap kerenah orang tua. insaflah sebab sekurang-kurangnya dia sempat merasa hari tua..kita? sempat ke?


tapi kalau korang ter-mengadap orang tua gatal merenyam, nasiblah ye. haha. melawak sket.


p/s - ada jugak aku jumpa orang tua yang kurang ajar, elok-elok je tren sampai dia dengan selamba berjalan ke depan, tak peduli langsung orang lain yang dah beratur. terus aku tarik dia ke belakang, mintak beratur elok-elok sebab orang lain pun susah payah jugak tunggu tren. haha aku acah je, tu semua dalam imaginasi je. but hello, kalau ye pun kau orang tua, tak payah lah buat perangai camtu. kalau kau psiko orang lain dengan muka kesian kau, sure senang-senang ko dapat naik tren. ini tak, aku tengok takde pun orang heran nak bagi dia naik, tu lah sape suruh kurang ajar camtu.

8.12.09

.. lapan disember ..

seusia lagi melewati jalan
bersama sekeping hati
yang sentiasa punya rasa
berbaur suka dan duka
juga cinta

hari ini - puluhan tahun lalu
pertama kali menyapa salam pada dunia
tanpa pernah tahu
destinasi tujunya
hanya yang pasti
hadirnya bersama restu dan cinta.

putaran masa pantas beredar
si naif yang tidak tahu apa-apa dahulunya
kini semakin dewasa melangkah hidupnya
walau sesekali tersadung jatuh
pantas bangkit bertatih kembali

seusia melangkah
cinta juga butuh mengisi ruang hati

maaf andai sesekali terlupakan kamu
kerana hati ini sudah terlalu sarat
dan padat diisi dia :]

Tuhan,
izinkan bahagia ini terus kekal bersemadi
pimpin kami terus ke jalan lurusMu
agar takkan pernah kami keliru tanpa tuju

setahun lagi
kesempatan diberi


terima kasih Tuhan,
tanpa ragu, nikmat dan bahagia tetap Kau beri.

2.12.09

.. karut yang kalut ..

dulu, zaman kecik-kecik, zaman penuh dengan perasaan ingin tahu, orang putih kata curiousity:

dia cakap weyh, meh la sini ambik gambar ngan kitorang, tak eloklah ambik gambar bertiga.

aku tanya kenapa?

dia jawab ntah, ramai cakap camtu.

aku tanya lagi apa yang tak eloknya?

dia jawab tak eloklah..tak baik.

aku tanya lagi kalau ambik gambar bertiga jugak jadi apa?

dia jawab nanti salah sorang mati.

aku tanya lagi abis tu kalau ambik gambar sorang-sorang tak mati ke?

dia diam.


serius, aku tak faham.

malah sampai sekarang, masih ada orang yang aku kenal akan bereaksi-balas macam tu bila mula adegan ambik gambar bertiga.

aku bukan arif sangat pasal hukum hakam, untuk menjadi pakar rujuk jauh lah sekali. tapi yang aku tau, mati tu pasti. tak kiralah bila kau bergambar bertiga ke, bergambar kelas ke, bergambar clubbing sambil mulut melopong tangan dok men-tayang tiger beer ke, mati tetap mati. lambat ke cepat, itu je yang belum tau.

cuma aku masih tak tau, dari mana asal usul statement kalau ambik gambar bertiga, nanti salah sorang mati ni. ajal maut semua ketentuan Allah, siapa kita nak meng'huru-hara'kan kepala otak dengan statement yang sangat tak relevan ni.

ini salah satu contoh kepercayaan karut yang aku rasa masih membelenggu masyarakat kita, bangsa kita walaupun dah dicanang di iklan TV 'zaman dah berubah, dunia dah maju'. aku rasa kita pun kengkadang masih terbawak-bawak dengan pengaruh dari generasi lama ni. meh kita tengok, kot² ada antara superstitious aka kepercayaan karut ni ada dengan kita:

1. anak dara tak elok menyanyi sambil memasak, nanti kawen lelaki tua.
memanglah, kalau kau sibuk menyanyi, apa khabar pulak ikan yg kau goreng tu? elok² nak jadi garing, terus hangus.

2. anak dara tak baik bangun lambat, nanti takde orang masuk meminang.
ini aku setuju, bukan untuk anak dara je okeh. Islam pun galakkan berpagi-pagi, sebab pintu rezeki terbukak luas insya Allah. secara biologikal, manusia bangun lambat sebab tidur lambat, yang mana tak elok untuk kesihatan (secara jangka panjang) sebab 'melanggar' norma aktiviti fizikal. kalau tidur awal bangun lambat, kau lagi haru..huhu. lagipun, mak mentua mana nak, kalau elok-elok dia nak buat surprise datang merisik alih-alih kau sedap terbongkang lagi. confirm kena reject, tanpa was-was.

3. jangan potong kuku malam-malam, nanti benak.
aku tak belajar biologi, tapi setahu aku mana ada kena mengena perkembangan otak dengan kuku yang dipotong waktu malam? tapi kan, secara psikologi, aku dah terpengaruh dengan superstitious yang ini sebab takut khuatir jadi benak beb, huhu. seingat aku, belum pernah lagi aku potong kuku lepas pukul 6 petang. oh ya, pada yang tak tau, bahasa kasar [tapi masih boleh diterima pakai] untuk benak ialah bodoh.

4. jangan tunjuk-tunjuk pelangi, nanti jari kudung.
unless masa kau tunjuk pelangi tu kilat sambar jari dengan tangan kau, kemungkinan besar boleh kudung.

5. kalau biar kucing melangkah mayat, mayat tu bangun balik.
astaghfirullah.


banyak lagi kan, sebenarnya? bagi aku senang je, sebab orang kita terlalu mudah percaya dan taksub pada satu-satu benda. lebih-lebih lagi pada benda-benda pelik, yang kengkadang sampai dianggap keramat. pesan aku untuk kita, ambik yang positif dan relevan saja. jangan taksub sangat dengan benda-benda yang belum tentu betul. zaman kan dah berubah, dunia kan dah maju.



oh ye satu lagi yang aku pernah dengar dulu:
kalau undi ***, boleh masuk syurga.



perggh! (sorry, masuk politik sket)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...