30.11.09

.. be wau re nge = boring ..

nafsu menderu-deru, nafas mencungap. sangat ghairah nak berblogging.

malang sekali, kepala otak yang separuh suci ni tak mau memaksimakan kreativiti walau dipujuk rayu.


hmm..apa lagi aku nak buat?

25.11.09

.. akhirnya dapat jugak ariani jumpa aku ..

dah masuk hujung tahun ni.

makin banyak jemputan kenduri..aktiviti bercuti pun sedang difikirkan.

dan yang tak pernah tinggal dalam to-do list - shopping. year end sale beb, huhu.

oh ye, ariani pun tengah sale beb. aku yang tak pernah jejak kaki ke ariani pun akhirnya melaburkan duit ke situ. ni pun macam ada hati lagi nak ke sana, huhu.




tak lupa, salam aidiladha untuk semua. ramai rasanya yang bercuti panjang kot. aku cuti isnin depan je.




okeylah, bubye.

23.11.09

.. menu hari ini ..

usah terlalu taksub dan takjub untuk membanggai anugerah yang sepicing
bimbang nanti kau tersungkur berteriak tangis
saat anugerah itu tak lagi kau punya.


jengahkan rasional pada sekeping hati
pohonkan sinar yang bukan sirna akan mengganti.


ironi hati
mengharapkan bahagia membalasi semua.
namun acapnya terlupa
adakala kita tak berdaya, hanya kerana itu bukan milik kita.


acap juga terleka
waktu loceng berdenting, jiwa masih lena bermimpi.
tabuh dipalu menjamah hati, jasad masih kaku tanpa mahu mengerti.


layakkah kau mencari sempurna
sedang hakiki berkata sempurna itu takkan pernah kau punya.


jika sempurna itu kita,
kenapa duka terus bersama?


jika kita ini sempurna,
mengapa tak hanya pejam mata
tanpa lemah kala diduga?


duka makin bertingkah,
hati semakin parah.


wahai Tuhan,
aku pohon cebis kemaafan.

22.11.09

.. kisah pisau cukur & kiamat ..

pisau cukur - walaupun selalu lelaki yang guna (maksud aku kekerapannya lebih berpihak pada lelaki, kan?) tapi figura wanita mesti masuk dalam kepala otak bila sebut benda alah tu.

kira okeylah, [sebab perempuan dan pisau cukur memang 'ditakdirkan' oleh sesetengah pihak untuk menjadi sinonim] daripada iklan tayar yang ada amoi seksi bangat nauzubillah kat sebelahnya..apakah jenis maksudnya? si amoi berkenaan sangat pandai menukar tayar kereta ke..?


daripada kau sibuk nak memikirkan hal dunia nak kiamat yang dihebohkan si kafir [yang macam bijak sangat menafsir kejadian, malah konon hanya mereka saja mampu mengembalikan keamanan sejagat walaupun dah nak kiamat], baik kau fikir pasal kisah pisau cukur yang memang ada disekeliling, yang antara kita tentu sekali menyimpan bahagian negatif tentang pisau cukur secara berlebih-lebih dalam kepala otak.



okeh okeh, sebenarnya aku bengang sebab tiket 2012 sold out. nak book online pun macam hampeh. last-last aku pergi mengadap fazura dengan maya karin dalam pisau cukur.

15.11.09

.. hampir sebulan jadi pengantin ..

kau masak nasi goreng untuk breakfast, dan rasanya setakat boleh tahan.

tapi suami kau belikan jugak CD tahajjud cinta dato' ct nurhaliza sebab sebelum tu kau kemain lagi kata lagu dalam tu best (ada genre ketuhanan).

okeh okeh, aku bukan die hard fan tok ti ye. aku cuma ada 2 album dia. satu lagi album aku cinta padamu. tu pun camne ntah boleh terbeli masa sekolah dulu. tu je la.


***

kau kena demam panas, suami kau bersungguh-sungguh jaga kau. sampai kau rasa tak nak baik demam sebab nak terus dijaga camtu. heheh.


***

suami kau kena diarrhea (dugaan betul kitorang dilanda sakit lepas kawen, huhu takpe tu semua ujian), suami kau kejutkan kau tengah malam sebab tak tahan sangat sakit perut. kau pun sapu minyak gamat dan urut-urut sikit perut suami kau walaupun kau memang fail bab-bab mengurut ni. besoknya suami kau ucap terima kasih sebab jaga dia. kau pun rasa bangga sebab suami kau appreciate kau walupun takde benda sangat kau buat [dan satu lagi sebab kau berjaya bangun tengah-tengah malam].


***

kau dan suami keluar masuk kedai perabot & elektronik untuk survey harga barang, padahal sebelum ni masing-masing tak pernah masuk pun kedai sebegitu rupa.


***

kau rasa segan sebab tidur berdengkur, siap tunggu suami tidur dulu baru kau tdur. tapi kantoi jugak sebab suami bangun buang air tengah malam, dan tengok + dengar kau kemain syok kroohh...krooohh..


***

kau asyik tersenyum-senyum je kat ofis sebab hari-hari ada je orang tegur muka kau makin berseri-seri. suami pulak kat ofis asyik lah kena perli (faham-faham je ye).



hmm..pengantin baru.

6.11.09

.. countdown habis ..

salaam.

hampir menjengah 2 minggu berakhirnya countdown kat bawah ni.

oh, tak pernah sesekali aku melupakan blog ni. cuma sibuk sikit. almaklumlahkan.

syukur, berakhirnya countdown tu bermakna selamatlah dah aku ber-title puan. terima kasih Allah, sebab Kau sangat permudahkan urusan kami. dengan itu aku mohon supaya Kau terus merahmati perkahwinan kami hingga ke akhir hayat, Amin.

kepada kengkawan yang sama meraikan, terima kasih atas kehadiran, cenderahati, ucapan tahniah, doa dan nasihat. itu semua sangat menambahkan makna dalam majlis aku. tapi aku ralat jugak sebab ada kengkawan yang tak dapat aku jumpa.

gambar kawen? nanti dulu ye, aku pun tak dapat lagi dari cameraman aku Kamarul. tapi kalau korang nak tengok sikit footage (ecewah), boleh tengok entry ni kat blog Puan Suzie.

tapi aku janji nanti aku upload gambar kawen.

dan jugak aktiviti honeymoon aku.


err..
maksud aku takde lah secara detailnya, cuma update sikit-sikit je, heheh.




~ ini barine, masa ni dia belum kawen lagi. nape ntah nak suh letak gambar ni. ntah hape ntah, huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...