24.10.09

.. STICKY MODE - countdown & a request ..

...salah satu aktiviti aku adalah mengemaskini list untuk pengagihan kad jemputan kahwin.

untuk itu, aku mohon kamu dapat tinggalkan serba sedikit maklumat kamu di sini.

sangat besar hati aku untuk melihat kamu sebagai sebahagian dari majlis resepsi 25 oktober 2009 nanti.

aku dulukan ucapan terima kasih, in case ada problem pada form tu boleh tanya aku di ruangan komen atau email aku di kasehrina@gmail.com.

...


21.10.09

.. last call ..

** line internet macam ____ . aku dah tulis panjang2 dia boleh DC pulak. **


Alhamdulillah, semua nama dalam senarai aku dah selamat pos. untuk yang takde dalam listing aku, aku nak ambik kesempatan ni untuk mempersilakan kehadiran kamu semua yang mengenali aku, sama ada secara langsung atau tak langsung.

pada: 25 oktober 2009
di: dewan hamzah, klang







oh ye, majlis nikah aku akan berlangsung pada 24 oktober. aku buat secara tertutup. eh, bukan. kalau aku cakap buat secara tertutup, nanti orang kata aku perasan macam artis takut wartawan / paparazzi serbu majlis aku. poodah. haha.

okey, okeys. maksud aku, aku buat secara kecil-kecilan. secara spesifik-nya, hanya ada keluarga dan jiran terdekat. akan tetapi, aku tetap berbesar hati kalau ada kawan-kawan yang bertandang pada 24 haribulan nanti. tapi mintak maaf, aku takde map ke rumah aku.

16, jalan idaman 17c,
kampung idaman,
pelabuhan klang.

landmark rumah aku, kalau tau giant / tesco / jusco bukit tinggi, senang ya amat lah nak carik rumah aku. kalau tau rumah arwah datuk Z lagi senang, sebab dah lagi dekat.


doakan semua berjalan lancar ye.



p/s - hari-hari, aku bangun dengan rasa cemas, gemuruh. malam-malam, aku selalu terjaga sebab mimpi yang bukan-bukan. bukanlah yang menakutkan, tapi mimpi yang merepek. ada tu tak masuk akal langsung. memang perasaan orang yang nak kawen macam ni ke..?

19.10.09

.. jemputan bujang terakhir aku ..

jemputan masnani a.k.a nanie a.k.a nenek membawak aku ke bandar tasik puteri, rawang hari sabtu lepas. cadangnya nak sampai awal, sebab dia pun mengajak aku datang ke majlis nikahnya pagi sabtu tu. tapi sorry many-many ye nanie, pagi tu aku ada hal. ape lagi nak jadi pengapit ko. nasib baik sampai-sampai ngam soyy ko baru nak berarak, kira on time jugak lah aku, heheh.

ingat dapat jumpa geng matrik maxisegar batch 2000, sorang pun aku tak nampak. nasib baik cik bum join aku konvoi, dapat lah jugak jumpa dia.


untuk nanie + fadil, selamat menempuh alam baru. aku harap korang suka hadiah aku yang tak seberapa tu. tu pun last minute carik kat Giant seksyen 13 sebelum aku rushing masuk Guthrie highway. hadiah apa aku bagi? korang tanyalah nanie ye, heheh.




makin jauh la ko ngan aku pasni, ko dah tentu duk kluang kan.



haih, cuak makin melampau-lampau skang nih.

11.10.09

.. apa relevan ular dengan kawen? ..

kalau ikut kata orang tua-tua, bila mimpi dipatuk ular, alamatnya ada lah yang nak masuk meminang.

ditokok tambah pulak bentuk fizikal ular yang mematuk tu - kalau besar, maknanya bukan calang-calang orang yang masuk meminang. kalau biasa, maknanya yang biasa - biasa. tapi biasanya kalau orang tua dah terdengar kisah anak dara bermimpi dipatuk ular, besar lah hati mengenangkan pinangan yang mungkin diterima dalam masa terdekat. dah tak tanya lagi dah ular tu besar ke kecik, haha.

tapi setakat countdown aku yang hampir sampai hujung-hujung ni, takde pulak aku mimpi kena patuk ular. sumpah takde. aik, dah zaman moden kot, mimpi mungkin dah tak berapa relevan untuk dikaitkan dengan realiti agaknya, huhu.

tapi, yang bestnya, incek tunang pulak yang mimpi kena patuk ular. yup, ini kisah benar ye. haha, gelak aku mengingat nya. agaknya ular tu faham kot aku memang ophidiophobia, maka tak diganggunya aku hatta dalam mimpi sekali pun. haha.


okeh okeh, habis dah entry ni, aku nak sambung gelak..nak bayangkan camne rupa incek tunang masa mimpi kena patuk tu, haha :P

1.10.09

.. biar jiwang karat, jangan otak karat ..

selalunya, aku tak pernah ambik pot pun referrals aku di nuffnang.

tapi hari ni, aku nak share salah satu keyword yang rupanya mampu melajakkan manusia-manusia high-tech ke blog aku.





untuk orang yang simpan otak separuh suci dalam kepala macam aku, tentu tau maksud dan hajat pe-request keyword tu. boleh membawa aku dan kita ke satu imaginasi yang sangat dewasa. plot & naratif berkembang biak dengan gigih sekali.



akan tetapi wahai manusia yang berkenaan, mintak maaf. kalau betul kau mencari apa yang aku fikir, kau takkan jumpa apa yang kau cari tu kat sini. pergi tempat lain.


by the way, terima kasih sebab menaikkan trafik blog aku. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...