30.9.09

.. sharing is caring ..

untuk kawan-kawan yang follow siri nur kasih, meh sini aku nak share something.

biasalah, cerita bersiri kekadang terlajak seminggu dua. macam aku lah. awal-awal dulu selalu jugak tertinggal, sebab terlupa. pastu aku dapat full synopsis cerita tu, terus aku menghayati dengan gembira, muahaha.

untuk orang yang kurang disiplin macam aku (erkk..), boleh terus baca sampai ending. kalau tak, cukup lah sampai episod 16, pastu korang boleh main teka-teka..hehe. tapi serius, walaupun aku dah tau ending nya, aku tetap nak tengok secara visual. almaklumlah, dalam sinopsis mana ada muka remy ishak adam..ahaks.


eh, cakap banyak pulak barine ni, kata nak bagi.


okeh, okeh. ambik di sini.



nanti akan masuk ke page bawah ni (klik kalau nak besarkan):




bila dah ke page tu, terus scroll ke bawah. nanti boleh nampak link untuk download, macam dalam pic bawah ni:




macam biasa, klik untuk besarkan.



enjoy!

(aku tak mintak pengeras, betul serius aku tak mintak. ermm..aku nak kawen 25hb 10 ni, tapi serius aku tak mintak apa-apa. serius nih, serius. wakakak) - inilah rupa bentuk ayat penuh muslihat.

29.9.09

.. raya 'bujang' terakhir aku ..

raya tahun ni, betul-betul rasa macam bukan raya.

nasib baik masih ada nasi impit nak direbus, kuah kacang, dan rendang nak dimasak. lain daripada tu, takde langsung rasa beraya.

mana taknya, pegi beraya rumah sedara, semuanya bertanya pasal persiapan kawen. sedara yang bertandang pun dah pakat-pakat men-tanyakan soalan sama. makin ketat perut aku rasa, huhu.

Alhamdulillah, progress aku slow. but steady. doakan semuanya lancar ye.


kad jemputan untuk kawan-kawan akan diedarkan dalam masa terdekat ni, insya Allah.

borang nikah dah submit hari tu.

kasut nikah aku belum jumpa, masih mencari.

baju sanding, tunggu masa untuk fitting. aku harap semuanya okey, takde masalah.

barang hantaran - dah settle. cuma tinggal sirih, coklat / kek / buah..tapi nampak gayanya macam hantaran dari incek tunang dah berlebih la pulak, maknanya aku kena menambah dulang lagi la kot. adoiyai, takde idea (dan duit) dah nak bagi apa..huhu.


cukup la tu kot, nanti aku reveal lagi banyak, hehe.


adoi, senak perut aku tengok countdown kat atas tu.

18.9.09

.. aku mohon maaf dengan tulus ikhlas ..


- click to enlarge -



salam aidilfitri.


semoga hikmah ramadhan yang hampir menjenguk ke penghujung telah kita hayati serta dapat menginsafi diri, dan syawal yang bakal tiba kita rai dengan penuh syukur dan taqwa.

aku mohon kemaafan jika apa saja perlakuan atau percakapan telah mengguris hati kamu. bukan niat, tapi lumrah manusia biasa, khilaf tak mampu dielak. oleh itu, aku mohon maaf zahir dan batin.


rindu nak dengar takbir raya. tanpa iringan piano, petikan gitar atau ketukan drum, ia terlalu amat cukup untuk meninggalkan kesan pada aku, hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Allahu Akbar.


untuk kamu yang pulang beraya, berhati-hati selalu. aku doakan semoga selamat pergi dan kembali.

16.9.09

.. tiz zaqyah ..



baru aku perasan, salah sorang model dalam iklan silky girl ni heroin nur kasih - tiz zaqyah. what a sweett..name.

sure korang boleh cam punya.

oh ya, iklan ni pun salah satu masterpiece yasmin ahmad.



cantik lawa budaknya.






dan aku semakin jatuh cinta dengan remy ishak adam. watak dia sangat colourful. beruntung dia dapat kepercayaan kabir bhatia.




rasa 'sejuk' bila tengok nur kasih. walaupun dah tau endingnya (sape ntah forward kat aku full synopsis dia), aku tetap nak tengok secara visual..hehe.



"Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih...
Nur kasih...

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi.."

13.9.09

.. pelajaran ..

kalau kita kata kita boleh terima kekurangan orang lain, kita perlu buktikan itu.

sebab kalau kita tak buktikan, kita akan terus dipersoalkan tentang keikhlasan kita terhadap orang lain itu.


kalau kita kata kita tak pernah kisah, kita perlu buktikan itu.

sebab kalau suatu hari ada perlakuan kita yang dianggap bercanggah dengan pernyataan di atas, kita akan dianggap sebagai tak jujur dan tak ikhlas.

satu lagi - kalau dah sampai pada suatu tahap dan masa, kita tak boleh mengada-ngada mengharapkan orang akan sentiasa mengambil berat tentang kita, sebab mungkin dia dah semakin bosan untuk berbuat begitu.

jangan assume kita akan terus dihargai seperti sewaktu awalan, sebab lumrah kehidupan lama-lama rasa bosan makin bercambah sebab yang baru dah jadi lama, yang cantik dah jadi buruk.

mungkin dia dah jumpa yang lagi baru, lagi cantik dari kita.


itu pelajaran aku untuk minggu ni.

11.9.09

.. penangan orang popular ..

di suatu hari, suatu tempat, suatu masa..


"weyh, jom ah plan buka ramai-ramai"

"ok je, ada tempat best ke?"


"kat nelayan nak? tak sure la per pax baper"


"bosan la, tempat lain?"

"linda onn? my mom chicken rice.."


"erm...lain. lain."


"tupai tupai? 43 per pax"


"orait gak. tapi bukan ko ke yang kata sana biasa-biasa je?"

"tak pun kat rebung? mahal sket la, 55 per pax"


"rebung? mende tu?"

"ala, restoran rebung la. yang chef ismail punya tu. masakan nogori banyak kat situ"


"chef mail? tak kenal ah"


"dia joint venture ngan dr.SMS"


"ape daa dr.SMS?"


"dr. sheikh muszaphar shukor"


"...angkasawan tu?"


"ha le.."


"eh, ok ah! jom la pegi sana, jom!"




tu belum dr.SMS yang masak tu, baru dengar joint venture dah teruja gila.

amende..ntah, huhu.






owwh..aku tau. itulah namanya - penangan orang hensem popular hensem popular.



aku - teringin mau ke cheng ho..dah lama mengidam nak ke sana..heheh.





p/s - macam biasa, semua gambar barine mintak kat pakcik google tanpa rasa segan silu.

10.9.09

.. siapa bilang gadis melayu tak menawan ..























pendapat aku, wanita melayu lebih natural beauty.

dalam dan luar.

9.9.09

.. thank you tag ..

ini boleh jadi modal untuk aku release tension. aku rasa, aku patut join bidang graphic design kot, sebab aku boleh tahan mengadap adobe illustrator berjam-jam, walaupun hakikatnya aku sangat amatur untuk 'menggodek' illustrator. walaupun hasilnya dah tentu tahap amatur, tapi kira okey lah kan. yang penting aku seronok buat. huhu.

meh tengok beberapa design untuk tq tag aku, tapi aku tak confirm lagi nak guna yang mana satu.






ini design pertama tq tag aku. gambar cilok dari internet, aku cuma design layout untuk nama dengan terima kasih je.






design yang ni simple, cuma letak bunga raya je.







yang ini aku rasa ok, tapi ni bukan aku punya..heheh.








ini yang latest, member ofis aku berkenan dengan yang ni. aku pun, heheh.

(saje je display sampai 2, huhu)



adalah lagi 2-3 design, tapi biarlah aku simpan. buat malu je nak tunjuk kat orang. haha.

apa-apa hal, carik paper dulu.

7.9.09

.. sivik ..

kalau nak dihormati, sila belajar menghormati.

kalau nak semai perkara positif, buang jauh-jauh sikap negatif dalam diri.

selalu ingat peribahasa - buat baik dibalas baik, walaupun tak semua baik yang kita buat berbalas baik jugak. macam orang putih [yang bertamadun tapi tak berapa boleh diikut nilai moralnya] kata - always give, but never expect to get back.

kata 1 malaysia, haruslah tunjuk teladan sebagai 1 malaysia, kan?

tak perlu menyalak merasa terancam kalau perlakuan sendiri umpama mengancam pihak lain.

tebuan takkan menyengat kalau sarangnya elok tak terjolok.


apa yang penting? kerjasama (kata wonderpets).

apa yang penting? toleransi & muafakat (kata aku).


aku [sangat] berharap kementerian pendidikan dapat kembalikan pendidikan sivik.


p/s - raya ni sedap betul kalau ada rendang daging lembu, bukan?

6.9.09

.. save the date ..

selesai majlis berbuka puasa di rumah aku semalam. tak ramai pun, cuma ipar duai dan incek tunang se-family. Alhamdulillah, dalam pertemuan serba ringkas, akhirnya kata persetujuan dicapai. awalnya merancang majlis pernikahan nak dilangsungkan hari jumaat. setelah banyak perkara diambil kira, keputusan akhir untuk melangsungkan majlis pernikahan adalah pada hari sabtu, 24 oktober 2009, insya Allah. dan resepsi akan berlangsung sehari selepasnya.

dan untuk hari-hari berikut ni, aku mungkin akan sedikit sibuk menyelesaikan apa yang patut. maka aku tak berapa nak ambik pot pasal kisah pemindahan kuil yang dibekukan ke, pasal harga minyak RON97 naik di saat motto rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dicanang-canang ke, kisah kris dayanti yang di-talak tiga-kan oleh anang, atau apa-apa. sekarang aku mau fokus dan concentrate. yang lain-lain biarlah serahkan pada yang pakar. ahaks, jahanam punya poyo.

dan salah satu aktiviti aku adalah mengemaskini list untuk pengagihan kad jemputan kahwin.

untuk itu, aku mohon kamu dapat tinggalkan serba sedikit maklumat kamu di sini.

sangat besar hati aku untuk melihat kamu sebagai sebahagian dari majlis resepsi 25 oktober 2009 nanti.

aku dulukan ucapan terima kasih, in case ada problem pada form tu boleh tanya aku di ruangan komen atau email aku di kasehrina@gmail.com.

good day!

5.9.09

.. lima september, setiap tahun ..

selamat hari lahir, ayah.

semoga restu ayah terus menemani hidup kami.

setinggi-tinggi doa kami panjatkan semoga ayah sentiasa gembira.

kami sayang ayah.

4.9.09

.. jangan baca kalau kamu tak suka kekerasan ..













kosong.

ye, kosong.

aku dah delete isi entry ni, bulan² mulia ni bersifat mazmumah adalah sangat tak molek rasanya (bulan² lain jugak).

takpelah, biarkan aku beralah (macam lagu ziana zain la pulak, huhu).

good day everyone!

2.9.09

.. orang memberi kita merasa ..




tq to suzie for this friendly award :]

without further delay, i bestow this award to all people & bloggers out there who knows me directly / indirectly..let's appreciate friendship among us, may it never last forever (",

1.9.09

.. perihal banner / bunting ..


~ gambar cilok dari: sini


aduhai, rasa syahdu je tengok banner Tini (3R) dan hubby-nya ni. sangat menangkap mata aku. simple and sweet. kostumnya pun sesuai dengan majlis perkahwinan melayu, baju kebaya dan baju melayu (bersongkok lagi). a big yes for the design! incek tunang, kita buat camni jugak nak? nak? hehe.

satu yang aku suka dan aku selalu ingin aplikasikan adalah simplicity. less is always more. design yang sederhana macam ni lebih menarik minat aku berbanding corak kerawang-kerawang yang dah biasa kita tengok pada hampir semua banner & bunting perkahwinan. bukanlah aku kata design berkerawang tu tak menarik, tapi aku rasa yang ni lebih menarik. lebih 'halus' perasaannya. ecewah.

lagipun, kebanyakan pengantin akan letak gambar mereka pada banner / bunting masing-masing. bila ditambah pulak dengan corak kerawang yang agak sarat, tulisan pulak lagi berkerawang-kerawang. bagi aku banner / bunting tu nanti akan nampak semak. bagi aku lah..

satu lagi, pemilihan kostum. aku berkenan dengan kostum pre-wedding Tini & suaminya untuk banner diorang tu. tak perlu persalinan pengantin pun dah nampak menarik. tapi kalau ada yang plan untuk buat studio photoshoot boleh la jugak pakai baje pengantin untuk banner/bunting masing-masing.

tapi ni pendapat aku je. tak suruh setuju pun. terpulang pada citarasa masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...