31.8.09

.. barine - for your perusal ..

salam kemerdekaan, semua.

cuti-cuti ni, takde la keje lain. kejap-kejap bercinta dengan pakcik google. alih-alih terjumpa listing ni - 44 pantang larang untuk bakal pengantin a.k.a barine - for your perusal.



1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri - boleh ikut ke tak ni? countdown [setakat ni] ada 50+ hari lagi..erm, boley kot, lepas raya takyah jumpa dah, kita tengok bagaimana hasilnya..kahkah.

2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga - ok, aku pun memang tak tidur rumah orang lain selain rumah aku.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik - nauzubillahi min zalik, moga-moga Allah pelihara aku dan kita semua.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit - problemnya, aku takleh la makan nasi 'kering'..kena berkuah jugak. camno tu? huhu. takpe, nanti aku rajinkan diri buat sit-up. haha. yo laa...

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering - gonna miss petai a lot la, huhu.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir - untuk orang yang pantang jumpa cermin macam aku ni camne ye? huhu.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks - aku memang tak suka mandi sungai, enough said.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis - memang dah slow down sket sekarang ni.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama - apa yang berat?

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi - bulan puasa ni aku selalu balik awal, takdelah mandi malam. time-time aku balik lambat tu kengkadang mandi la jugak. kalau tak berlengas badan weyh. tapi kengkadang tak mandi jugak, kuikui. jangan bagitau incek tunang tau.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) - ahah! nice timing kan? mungkin boley maintain sampai lepas raya? hehehh.

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir - saya dalam golongan kaum hawa, sila ambil maklum.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid - aisey, my fav la..huhu.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga - nak carik kayu, nak carik kayu..eh silap..nak pegi spa, nak pegi spa..

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga - wahlaweyh, sahur kang aku buat!

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin - pakai losyen pati halia ok tak? huhu. penah minum, hasilnya wallah! sangat banyak angin yang tersimpan, kahkah. jahanam tul.

18. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai - noted.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri - tak baik untuk kesihatan, berdosa. enough said.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari - okey. so far time tidur aku agak stabil.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok - never.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan - aiseyman, hari-hari keluar rumah pegi ofis, camno?

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin
- for real? aku tak tau pun.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan - besok-besok pegi survey jamu la jap, haha.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah - insya Allah (ini untuk kita semua, bukan untuk bakal pengantin saja).

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil - yeszaa, syukur sekarang ni bulan Ramadhan.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri) - err..semalam baru pegi majlis doa selamat & berbuka di rumah beliau?

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat - keluar malam nak sembahyang terawih je, hehe (tu pun kengkadang je, selalu terawih di rumah je, hehe).

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul - ada sesiapa tau relevannya?

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama - tak best lah gantung-gantung, muehehe.

32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati orang - sudah semestinya.

33. Jangan buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi - patutlah sekarang aku asek beremosi je..eh tapi takde pulak buat keje berat, huhu.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati - okey.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar - jambu pak chu dekat ofis sangat best tau! air jambu + asam boi nya pun special banget, huhu.

36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka - noted.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis - noted.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung - aku selalu dengar orang buat benda ni, betul ke tak wallahua'lam.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri - okey, huhu.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu - setuju, pengantin kena nampak molek je atas pelamin kan. (tapi kalau dia nak bagitau lipstick i bersepah camne? huhu).

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding - yang penting, tidur kena cukup. setuju?

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki - sila lihat item 36, sama bukan?

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit - sama macam item 4, bukan? aku biasa buat ni, cuma kengkadang sedap pulak berulam air, huhu.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. - jawapan untuk yang ini sama macam item 3.


perrgh, banyak tu..berpeluh dah menaip, huhu.

ok, nite.

30.8.09

.. masih belajar kontrol nafsu ..

source: google.


sigh.

tension, depressed gila.

kepala otak macam bawak batu bata.

rasa nak marah, tapi tak tau nak marah sape.

arghh..!

sigh [again].


sabar, aku berpuasa.

wahai nafsu, sila duduk diam-diam. jangan buat bising.

29.8.09

.. spa ada cctv ke? ..

aku baru ingat nak buat treatment kat spa. almaklumlah, ni je peluang aku nak pegi. pasni ntah bila lagi nak pegi ntah, huhu.

tapi masalahnya, aku dah di'kejut'kan dengan statement - kat spa ada CCTV.

jangan tanya mana aku dapat statement tu, sebab aku pun dah tak ingat.


aisey.

macam dah ragu-ragu pulak nak pegi ni.


bab-bab ni, aku mengaku aku memang paranoid. bukan sikit-sikit ye, banyak. sejak zaman teknologi serba canggih semakin disalahgunakan ni, aku memang was-was dengan persekitaran. contohnya, bila beli baju di shopping complex, aku sanggup tak pergi cuba di fitting room. aku sanggup lagi ambik risiko beli terus dan try kat rumah. in case tak fit dengan badan aku, aku akan pegi pulangkan balik. tapi tu kalau aku pegi shopping complex yang dekat-dekat la. kalau aku shopping tempat jauh-jauh, sekian terima kasih je la. tapi Alhamdulillah, setakat ni bakat aku mengukur baju di badan sendiri masih terserlah, hehe.

tandas awam? harap maaf, sangat jarang aku jejak. cuma saat-saat kecemasan je, tu pun sangat jarang berlaku, huhu. dan korang faham-fahamlah kenapa ye.


habis sekarang ni, nak pegi ke tak? huhu...


p/s : aku dapat offer dari keep slim, bayar RM29.90 dapat free facial, massage & slimming treatment. ye, free. pastu dapat lagi offer 1/2 price untuk facial & slimming treatment, sampai hujung tahun ni. korang rasa ok tak?

p/s [lagi] : keep slim ada CCTV ke? huhu.

.. why so serious? ..

bila aku serius, kau nak melawak.

bila aku nak melawak, kau pulak bikin serius, sampai ketat otot-otot muka.


come on.


kalau kita selalu tak timing, maknanya mungkin kita tak serasi.


erm..whatever.

25.8.09

.. alahai cik mengkuang ..

EDITED - aku baru perasan entry ni tak bertajuk, huhu. sian dia.


kenal ni kan?


~ ni bukan bekas mengkuang aku, pakcik google yang bagi.
baik betul pakcik google kan.


aku beli di terengganu. sebijik 80sen. kosong, takde hiasan. ada banyak warna. aku nak satu kaler, dia kata susah sikit sebab stok yang ada kaler campur-campur. ok lah tak kisah, aku beli je.

balik sini, aku beli riben, dah siap separuh melawakan mengkuang aku tu.

haritu aku ke nilai 3, jumpa bekas mengkuang yang sama. takde hiasan jugak. besar sikit dari yang aku beli. harga? 50sen.


siyy..yut.


camne kat nilai 3 boleh lagi murah pulak ni?

serius, memang aku geram. tapi nak wat camne kan, dah beli. redha je lah. lagipun aku tak beli banyak, bajet nak bagi untuk sedara mara dengan family belah incek tunang je.


tips aku (kalau boleh dianggap tips la, kan), kalau rasa-rasa nak meng-survey barang, cuba carik kedai-kedai kecik. biasanya dioang boleh offer lagi murah berbanding kedai besar lagi tersegam indah ni. macam bekas mengkuang 50 sen tu, aku jumpa kat kedai kecik je. tapi tak semua kedai besar tu mahal. ada satu kedai ni aku beli paper bag untuk goodie bag murah je, lepas diskaun 30%. alamak lupa lak aku nama kedai dia. ada kot kat resit dia.

dan, rajin-rajinkan diri dan kaki tu untuk pagi survey banyak-banyak tempat. ye lah, barulah boleh tau mana yang lebih berbaloi. almaklumlah, belanja kahwin ni bukan sikit-sikit. maka kawalan perbelanjaan tu perlu. yang penting, dulu kan yang utama. first thing's first.


arghh, layan tido lagi bagus.

nite.

24.8.09

.. takde kain macam mana nak kawen? ..

bukan senang nak kawen ye.

aik, ko baru tau ke, barine?

aku nak cerita balik pasal beli kain baju melayu untuk incek tunang. alkisahnya kain tu mak andam incek tunang dah janji nak carikan, malangnya tak jumpa. katanya carik kat jakel. dengan penuh rasa tanggungjawab kitorang pun ambik alih tanggungjawab tu..almaklumlah, kitorang yang nak pakai, hehe. target kitorang senang je, round area jalan TAR sudah. situ kan banyak kedai kain kan. dengan cuaca yang sangat baik panasnya kitorang pun merayau lah sepanjang jalan tu. dengan gigihnya meng-usha kain berpandukan korset yang mak andam bagi pinjam. mula-mula masuk semua house, cari dekat maya silk. tak jumpa. ok takpe jalan lagi. dari euro moda, masuk gulatis, skodeng kat alinas pulak..kamdar pun kitorang serbu okey. pastu 2-3 kedai lagi kitorang masuk. tapi, tak jumpa. yang ada cuma yang kaler iras-iras je. tapi bila tengok betul-betul orang akan perasan kaler kain tu tak sama. aku dah panik, campur frust. hampir putus asa jugak. aku dah tepu otak nak fikir kat mana nak carik lagi kalau masih tak jumpa. aku doa sangat akan jadi satu miracle di satu kedai yang mana aku boleh jumpa kaler yang sebijik macam kaler korset tu. kalau tak, terpaksa laa ambik kaler yang seakan-akan je, tapi tak puas hati la beb. tak berapa nak sedondon, huhu.

last-last, sampai satu kedai ni - harrisons. aku masuk dengan fikiran kosong (sebab otak tengah tepu sangat. penat weyh. korang bayangkan la). tiba-tiba aku rasa lega sangat. rasa sangat nyaman. owh, pasal ada aircond rupanya. patutla rasa lapang sekejap dada aku, kuikui.

terus datang sorang promoter tegur aku. aku terus keluarkan korset, bagitau dia aku nak kaler camni. serius aku tak larat nak pilih lagi. aku betul-betul letak harapan kat kedai ni. agaknya Allah memang nak mudahkan urusan aku (lepas dia 'duga' aku sikit je, tu pun aku dah tak tahan huhu) terus promoter tu bawak kat area kain untuk baju melayu, dan terus ke kain yang berkaler hijau. acu sana sikit, acu sini sikit, akhirnya promoter tu tunjuk kat aku sekayu kain hijau. aku dah senyum panjang dah, sebab kaler dia memang sebijik dengan kaler korset! rasa nak menjerit syukur je kat situ, tapi otak (yang dah tak berapa nak tepu) kata behave, behave. malu tunang ko nanti, kahkah. apa lagi, terus kitorang beli tanpa ragu-ragu. masa tu rasa puas ya amat. hilang segala penat lepas seharian mencari. yang penting, aku bersyukur sangat sebab penat lelah mencari berbaloi.

tapi kan, aku rasa, untuk kamu bakal pengantin yang nak menempah baju baru, cuba seboleh mungkin mintak tolong mak andam yang carikan kain. dah bayar dia mahal-mahal, gunalah khidmat dia sepenuhnya, ye tak? aku pun baru terfikir ni lepas je dapat kain tu. tapi aku ni jenis lebih puas hati kalau buat sendiri, so tak kisah sangat walaupun mula-mula agak fed up jugak. tapi kalau korang boleh twist-kan minda korang jadi lebih positif dengan membayangkan dapat ber-spend time together-gether dengan the beloved one boleh la carik sendiri macam aku. jangan sampai gaduh-gaduh sudah, okey?


ok, tu je cerita aku, jumpa lagi.

23.8.09

.. kita manusia ..

kita manusia.

membuat khilaf, itu lumrah.

mengaku khilaf dan memohon maaf [seikhlas hati], itu terpuji.

memaafkan, itu mulia.


bila dia sudah membuat yang terpuji, seharusnya kita boleh menjadi lebih mulia.


aku pilih untuk memaafkan.

22.8.09

.. oh mama, saya mau kawen ..

aku ni, nama je nak kawen. tapi [setakat entry ni ditaip] tak banyak pun kisah wedding management aku.

cuba kau tengok blog bride-to-be yang lain tu barine, selalu ber-update. siap ada satu blog khas utk kisah pre and post-wedding diorang.


eh, takpe. itu diorang. ini aku.


owraits, entry kali ni meh aku nak updet sket.

so far Alhamdulillah, persediaan berjalan dengan lancar. walaupun kengkadang rasa macam tersekat anak tekak dengan bajet aku yang tak seberapa. huhu. naseb baik aku tak pernah berangan nak kawen kat overseas *macam maya karin*, kalau tak mau kuciwa hampa hatiku, ekeke. mujur minda jugak sangat terkawal menjalankan tugas menyeimbangkan keperluan dan kehendak supaya sejajar dengan bajet. tahniah kepada minda aku sendiri, kahkah.

okey, mari sini tengok baca.


1. warna tema / mak andam
warna tema [asalnya] hijau honeydew untuk incek tunang. tapi nampak gayanya macam dah bertukar kepada hijau epal. sebab, kami tak jumpa baju kaler macam tu, yang banyaknya hijau epal, hijau lumut, hijau pucuk pisang..kalau ada yang light sikit pun warnanya dah hampir ke kuning la pulak. last-last kami pilih je kaler hijau epal, lepas persetujuan bersama *cuma aku risau aku nampak terlalu 'terang' dengan kaler hijau epal tu, huhu*

dan
silver-grey untuk aku. insya Allah dalam masa terdekat ni akan pegi pilih kain dan fitting sekali. oh ya, untuk side aku mak andam tu offer pakej baju baru. memandangkan incek tunang memang kena tempah baju baru sebab saiz dia takde kat kedai mak andam tu (dan kedai-kedai mak andam lain), jangan marah incek tunang *wink wink dengan manja, kahkah* harap-harap akan jumpa yang berkenan di hati, kalau tak harus aku meraung kat situ.

apsal lambat sangat barine? aisey, sila jangan tanya macam tu ye. ia sangat berjaya untuk menambahkan rasa gabra aku. bak kata mak andam aku, waktu paling sesuai untuk fitting adalah sebulan sebelum majlis. fizikal pun biasanya tak banyak berubah dalam tempoh waktu tu. dan untuk menjimatkan masa, mak andam aku advise kami untuk pegi pilih kain dan dan fitting sekali. nak jahit pun tak lama, 2 minggu boleh siap. okey, aku pegang kata-kata mak andam aku tu. pelamin, dah pilih awal dah. selepas persetujuan aku dan incek tunang.

oh ya, mak andam aku dan incek tunang lain-lain. mula-mula nak ambik sekali dengan incek tunang, sebab aku dah berkenan sangat dengan pelamin dia. marvellous, okey. tapi amat la mahal. minda aku yang terkawal kata toksah, toksah. mahal sangat. carik lain. haha.

baju aku untuk belah incek tunang takde masalah, sebab ready made. tinggal beli kain untuk incek tunang. Alhamdulillah, settled. ada kisah di sebalik kain tu. nanti aku updet kat entry lain.


2. wedding favors
wedding favors, pun dah beli. but please don't expect something grand from me, okey. niat memanglah sangat berbesar hati nak please semua tetamu dengan goodies yang wow!, tapi..sekali lagi, minda aku yang terkawal menjalankan tugas dengan baik. yang penting, ada telur rebus. tradisional lebih menarik bagi aku. dan insya Allah ada makanan sampingan lain sekali. nanti aku cerita pulak kisah mencari barang-barang untuk wedding favors, ok?


3. kad kahwin
this is quite interesting. selepas 'bertekak' (baca: gaduh manja, kahkah geli) dengan incek tunang sama ada nak buat sendiri atau nak tempah je, akhirnya kami setuju untuk tempah. dah booking, tinggal nak finalize design dan map.


4. bilik pengantin
harus lah hias cantek-cantek, kan? heheh. mula-mula mak andam aku offer nak hias bilik pengantin sekali, tapi last-last aku kata takpelah aku tolak yang tu. nak jugak buat sendiri tau. macamlah kreatif dan inovatif sangat, huhu. setakat ni cadar aku dah beli, langsir dah survey (mana jimat ye? beli siap atau beli kain dan tempah? aku tau jawapan korang beli kain dan jahit sendiri. okey mekasih, hehe). next plan nak cat bilik dan beli aksesori untuk hiasan bilik - bunga, runner, carpet, etc etc.


5. borang nikah
itulah item yang paling penting, kan? dan itulah jugak yang belum settle lagi. aku tengah tunggu incek tunang complete-kan dokumen dia yang katanya almost done. korang sila follow up dengan incek tunang ye, cakap barine suruh. hape ntah si barine ni, jahanam punya bossy kahkah.


6. fotography / video
akhirnya incek tunang berjaya memaksimakan kuasa pujuk rayunya. heip, bukan dengan aku tau. babab kang. so konfirm lah kamarul (cameraman masa majlis tunang kami) akan sekali lagi jadi official cameraman kami. dia pun [asalnya] ber-fotografi sekadar hobi. walaupun belum tahap pro, yang penting bagi aku, ada kenangan yang boleh disimpan dan dibuka semula suatu hari nanti. anyway, pic dia not bad. lagipun, snap la camne pun, muka aku tetap cenggini gak, kahkah. video mungkin untuk majlis nikah je kot, incek tunang mintak tolong kawan dia jugak. ini namanya pakej setiakawan, sila ambil maklum. kahkah.


7. barang hantaran
aku target nak settle-kan lepas raya. barang-barang ada yang dah beli, nanti nak shopping barang yang belum beli dan carik barang-barang hiasannya sekali.


eh eh, sekali updet panjang berjela daa..

ok lah dah lah.


~ pesanan penaja - kepada semua yang bakal terlibat secara langsung atau tak langsung (yang tak terlibat pun sekali jugak) untuk majlis aku, take a good care of your health. wabak dan musibah sangat gigih berleluasa sekarang ni. amalkan segala jenis langkah pencegahan yang boleh. aku doakan supaya kita semua sentiasa di bawah perlindungan-Nya. Amin.

21.8.09

.. tahun ni pun mungkin tak penuh lagi ..

..tapi aku tetap akan cuba untuk sempurnakan, insya Allah.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..


Sempena Ramadhan al-Mubarak yang barakah ini, muliakan dan sayangilah kami.

Bahagiakan keluarga kami, sihatkan tubuh badan kami, berkatilah rezeki kami, kuatkanlah iman kami.

Berikan kami kenikmatan ibadah, serta dijauhkan dari fitnah.

Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunan kami, dan masukkanlah kami ke-dalam syurga-Mu tanpa hisab.



Amin. Ya Rabbal 'Alamin.

14.8.09

.. updet sikit ..

updet sikit, lama dah tak blogging. blog-walking apetah lagi.

baru balik keje. penat. zahir dan batin. kahkah. ape daa..

ntah la, minggu ni asek rasa tension je kat ofis. dah cuba cool down, tapi hot up jugak..alamak..amende nih? agak-agak la nak buat antonim pun, barine..huhu.

hati kata, sabar..sabar.


nafsu kata, #%^*&^!!@%^#$!!!


nak ikut yang mana?

ah, abaikan. yang penting minggu ni weekend aku panjang, sebab isnin aku cuti (lagi). hehe, weekend, here i come!

10.8.09

.. negatif yang aku redha ia ada bersamaku ..

satu value negatif yang cukup melegakan aku. walaupun selama ni aku selalu mengajar diri supaya sentiasa positif.

tapi yang ni, aku perlu bersyukur yang amat sebab value-nya adalah negatif. dan bukan positif.

iaitu, ujian HIV aku.

syukur, Alhamdulillah.

mari celebrate! haha, jahanam punya sengal.

owh, cuaca diluar sangat merangsang perasaan. perasaan mengantuk.


mari, join aku! hehe.

7.8.09

.. tujuh ogos, setiap tahun ..

selamat hari lahir. kepada kamu.

semoga kegembiraan, kesenangan dan keberkatan terus melimpah ruah mengiringi perjalanan hidup kamu.

kebahagiaan kamu, bermakna kebahagiaan aku.

kesedihan kamu, bererti kesedihan aku.

kalaupun aku bukan sebahagian daripada kebahagiaan kamu, aku berharap aku akan sentiasa ada di dalam hati kamu.

terima kasih kerana menerima seadanya aku.


doa aku, tidak ada lagi rasa pedih dan sakit bergelimpang di hati kamu.

doa aku, semoga diberkati perjalanan memeterai jodoh yang termaktub.

doa aku, supaya aku akan selalu membahagiakan kamu.


tulus ikhlas dari aku.



untuk kamu - incek tunang.

6.8.09

.. sedangkan lidah lagi tergigit ..

tertengok buletin utama tadi.

seorang perempuan a.k.a. isteri kantoi dengan plan-nya untuk bunuh suami sendiri. sebab pembunuh upahan yang diupah dengan rasa yakin dan muktamad itu adalah polis yang menyamar. undercover istilahnya.

siap pura-pura menangis lagi bila dia diberitakan kononnya suaminya dah mati.


itu di luar negara.

tak perasan pulak aku apa motif perempuan a.k.a. isteri tu..harta? cemburu? dendam? entah, tak tau.

bila dah benci, nafsu pulak menguasai diri, macam-macam boleh jadi.

kalau kamu jadi lelaki a.k.a. suami kepada perempuan a.k.a. isteri tu, apa kamu buat? bunuh dia balik, tikam jantung dia 18 kali tanpa henti, atau suntik dengan ubat pelali sampai overdose. ataupun taruk dia dalam kandang harimau biar dia bersilat dengan harimau tu. wakakak. stop it. tak kelakar, barine.

aku rasa, perempuan a.k.a. isteri tu yang dah mati. bukan secara fizikal sebab dia nampak sihat tapi tak taulah kot-kot dia pun kena virus H1N1 jugak ntah aku pun tak tau, tapi rohaninya. hatinya. dia dah mati jiwa.


dunia..dunia.

5.8.09

.. mari bukak buku baru ..

cepat-cepat, tutup buku lama tu.

mari bukak buku baru.

tak kira buku lama tu masih elok ke, atau dah buruk ke, jangan peduli. dah sampai masa buku lama tu ditutup. sekarang masa untuk bukak buku baru.

kalau banyak sangat contengan buruk dalam buku lama, kali ni cuba pastikan buku baru lebih 'kemas'. supaya bila sampai masanya ia dipulangkan, kita tak rasa malu, malah bangga dan gembira.

jangan hilangkan buku masing-masing. paling penting, mari isi buku baru kita dengan isi-isi yang cantik dan menarik, supaya kita boleh dapat markah lebih.


syukur, syaaban menginjak ke 15 haribulan.


salam nisfu syaaban.

4.8.09

.. banyak lagi cara lain untuk jadi cool ..

pagi tadi, tidurku terganggu. bukan atas katil, tapi dalam tren.

haha, apa kes ko ni asek tido je dalam tren barine oi..

sekumpulan pemuda harapan bangsa dengan riang ria nya menaiki tren tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling. sangat teruja nampaknya (ni mesti kes first time naik tren kot, huhu).

naik tren satu hal, yang aku (malah mungkin segerabak masyarakat lagi) tak senang hati bila mereka seolah-olah mahu over-exposed atau kata bebudak sekarang mencari publisiti a.k.a mencapub (heih, ingat aku tak tau bahasa bebudak skarang ke?) dengan cara berbual-bual dan bergelak ketawa dengan sangat overwhelmed sekali.

(mungkin) malang sekali, tak seorang pun yang hiraukan mereka. agaknya kalau aweks mereka terlihatkan mereka begitu, mungkin terkedu sambil bergenang air mata agaknya.

tolong lah wahai pemuda sekalian, cara tu sangat tak cool kalau tujuannya untuk menonjolkan diri.


kan pagi-pagi dah kena sumpah (dalam hati ) dengan aku.


eh eh. jangan emosional sangat barine. kau tu darah manis. wah, apa kena mengena pulak ni? kahkah.

mungkin tu memang style mereka. cuma tak sedap pada mata, telinga dan minda aku..

rasionalnya - lantaklah diorang!


edited - entry ni terganggu sekejap sebab ada gangguan elektrik tadi. tu lah barine, emosional lagi..kahkah.

.. iklan apa lepas ni? ..

puasa nak dekat.

merdeka pun nak dekat.

biasa, time-time ada special celebration macam ni, aku suka tunggu iklan dekat tv. yes, time ni aku akan rasa sangat tak kisah bila keluar iklan banyak-banyak kat tv.

sebab?

sebab, aku tunggu iklan petronas yang always very touching and memorable. lots of things to wonder, to ponder.


kamu orang tentu saja tau siapa creative director-nya, kan? suara beliau kadang-kadang jadi voice-over untuk iklannya sendiri.

entah lepas ni dapat tengok iklan yang macam tu lagi ke, tak.


tiba-tiba aku sangat terasa.


i suddenly feel the total, completely loss of a yasmin ahmad.



AlFatihah.

1.8.09

.. baru baik demam ..

orang pakai, dia pun nak pakai jugak..





alkisahnya, aku baru baik dari demam. selsema je tak hilang-hilang. batuk sket-sket. kebetulan HR bagi protection mask ni. ahaha, dengan mask pun boleh nak melaram. lain laa dapat mask macam jim carrey dalam the mask tu, okey la jugak. huhu.

yang aku peliknya, bila aku pakai masa balik ofis, orang semua pandang aku satu macam. apsal ntah. hello, aku cuma nak protect diri sendiri je, okey. dah la aku belum baik abis lagi. jumpa pulak macam-macam orang dalam tren tu. tetiba rasa segan pun ada, huhu.

p/s - doakan aku tak kena H1N1 ye..nauzubillah. makin banyak yang maut sebab penyakit ni.


oraits, nak menyinggah blog kengkawan jap. lama tak bukak blog, mesti macam-macam citer korang :J


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...