27.7.09

.. tentang dia - fauzi baadila ..

satu waktu dulu, aku pernah berangan punya kekasih hati macam dia.




sejak bila? lepas aku tonton filem ini.




Randu dalam cerita ni terlalu tulus. dan yakin dengan cintanya, walaupun awalnya dia bukan siapa-siapa di hati Gadis.

sampai sekarang, filem ni masih terkesan dihati aku. satu - kerana kisah dan perjalanan perasaan di dalamnya. rasa cinta yang kuat dan kukuh, rasa gembira disayangi, rasa kehilangan, rasa kecewa, pedih dan sakit, rasa keliru, seakan terlalu dekat, ber-sebati dalam diri aku. terlalu dekat.

dua - ada kisah lain di sebalik kisah di dalam filem ni. rasanya biar lah aku simpan dalam hati. kenangan manis bersalut pahit yang makin hari makin luput dalam ingatan.


ok, stop that jiwang mood, barine.


kenapa tiba-tiba fauzi baadila masuk blog barine pulak ni? haha, sebab barine baca pasal kisah dia dalam paper semalam. oh ya, kisah baru, fauzi bakal muncul dalam video klip hujan yang baru. berganding dengan scha al-ahya. eh eh scha, fahrin panggil kamu lah, pergi cepat! takpe, takpe..scene kamu dengan fauzi tu biar aku yang sambung..kahkah.

26.7.09

.. the filmmaker - end of the story ..





Al-Fatihah to Yasmin Ahmad who was passed away yesterday after suffering from a stroke complications, at the age of 51.


Whatever controversy appeared in her career & also her personal life, i just hope she'll be rest in peace. Allah's the Most Merciful.

I guess, the words, the deeply-thoughts she used to ask us to wonder, to ponder will end here.

24.7.09

.. apa yg kamu (mahu) tahu ..

aku tau, bahawasanya...


1. aku ada keluarga & kawan yang boleh bersama susah & senang.

2. aku disayangi seadanya (poyo la pulak).

3. blog aku comel! (ini kes jahanam punya perasan, kahkah)


4.
TS Muhyiddin Yassin ialah TPM, hanya selepas sebulan DS Najib secara rasminya bergelar PM.

5. rambut aku boleh gugur dengan lebih teruk kalau aku terus-terusan stress.

6. aku ada bakat melukis, sebab masa sekolah rendah kawan aku pernah puji lukisan aku cantik (unless masa tu dia ada intention nak mengorat aku, bluwekk!). cuma sekarang bakat tu macam dah beku. lukis kucing pun dah rupa lembu, wakakak.


7. aku takde bakat menyanyi, walaupun minat setinggi puncak himalaya.


8. aku bukan dalam kategori kakak, anak, tunang, kawan yang baik, tapi aku sentiasa upgrade diri untuk jadi lebih baik.


9. Allah sentiasa sayangkan aku, sebab tu Dia 'ingatkan aku bila aku terlalai'.


10. aku boleh melakukan penjimatan sekali ganda (mungkin dua kali ganda) kalau aku dapat menahan nafsu ber-shopping yang sentiasa membuak-buak, huhu.


11. aku kengkadang ada sifat poyo gak, sebab tu dengan orang yang baru kenal, aku macam segan sket, hehe.


12. tekak aku takkan boleh menerima sushi. (any sushi-lovers here? boleh share tak camne rasa dia? member aku dah offer sushi depan mata, last-last aku tak makan jugak, huhu)


13. aku sangat fail bila bercerita bab politik. it's so, not me.


14. aku dah tak heran dengan hal-hal dunia artis bila aku dah stop beli dan baca urtv, media hiburan, hai, dan yang sewaktu dengannya. oh ya, aku sangat anti dengan majalah mangga, sila ambil maklum. haha.


15. badan aku mengalami perubahan hormon secara semulajadi dan sihat, yang memberi impak pada perubahan bentuk fizikal (nak sedapkan hati, haha).


16. bahasa aku di dalam blog (dan percakapan seharian) agak caca marba, tapi aku tetap mengagungkan bahasa kebangsaan kita. (patriotik nih!)


17. aku minat soccer kerana player-nya, bukan kerana permainan bola sepak itu sendiri, muahaha.


18. aku ada tahap memori yang agak baik, bila tiba-tiba aku boleh nyanyi lagu baru Isma AF7 yang berkumandang kat radio dengan jayanya dari awal sampai habis. walaupun aku tak minat sangat lagu tu. aku lagi suka lagu Akim, heheh.


19. aku ada jugak terkena sifat pelupa kengkadang, bila aku asyik lupa tajuk lagu Isma tu, walaupun selalu sangat dah keluar radio. ni pun lupa lagi, rasa tension tahap tarik-tarik rambut je. astaghfirullah, bawak mengucap barine.


20. bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. sendiri mau ingat.


21. aku lebih sesuai pakai lipstick berona earth color berbanding pink. nampak macam bibir aku berjalan dulu, ekeke.


22. aku tak molek kalau ber-lingerie seksi (alamak, fakta 18sx la pulak..ape kes ni? huhu).


23. aku takkan dapat habiskan baca e-book yang makin berlambak-lambak dalam pc aku dalam masa 2 tahun.


24. kalau pun aku habis baca, ebook-ebook yang kisahnya diadaptasi ke filem, macam harry porter & twilight, aku tetap nak pergi tonton movie-nya.


25. aku tak rajin pakai losyen. sebab tu tangan aku kering kejung. kaki apatah lagi.


26. aku suka bercuti dan melancong, so aku target keje sampai lebam dulu, dan bersara awal. time tu boleh kasi perabis duit yang ada, haha. tapi aku hanya merancang, Dia yang menentukan nanti.


27. aku boleh bermain bowling dengan baik, malah selalu strike. (dalam game kat pc je, outdoor punya banyak sapu longkang, muehehe).


28. toyota estima mahal, sebab tu aku tak beli, kahkahkah.


29. blogging tu sangat fun, dan aku dalam proses menaiktaraf diri menjadi blogger tegar, haha.


30. aku masih boleh makan sampai kenyang tahap tak ingat walaupun kat tempat lain ada yang tengah kebuluran. aku insaf, bersyukur sangat.


31. ada 7 orang yang hampir sama dalam dunia ni, tapi rasanya aku belum jumpa sorang pun.


32. cerita ice age sangat best, sebab tu aku terus lompat tengok ice age 3 tanpa menengok ice age 1 & 2..haha.


33. orang lelaki tengok transformers sebab nak tengok megan fox, walaupun beria-ia cakap citer tu best sebab banyak action, poodah! bagitau yang benar je, kan senang.


34. orang perempuan tengok transformers sebab nak tengok bumblebee yang cute, dan orang perempuan memang bagi alasan yang benar, hahaha. (tapi aku nak tengok josh duhamel yang dah dikebas fergie tu, huhu).


35.
group lelaki bergossip lebih dahsyat dan 'keras' berbanding group perempuan (aku mendengar dan menengok sendiri group incek tunang), huhu.

36.
incek tunang suka makan kat Din Tomyam, tapi taknak mengaku sebab sebelum ni semua kedai yang aku rekemen dia tak suka, sabor je la..

37. budak-budak kecik ramai yang ngam dengan aku. sebab sifat keibuan yang terserlah, alamak menyampah, menyampah.

38. gigi aku tak tersusun rapi, ingat mau pakai braces lah.

39. aku perlu pegi check darah sebab sampai sekarang aku tak tau darah aku jenis apa.


dan akhir sekali,
40. aku ada sembelit, sebab tu aku makan betik hampir setiap hari.
(erkk..!)


ok barine, boleh blah sekarang!

23.7.09

.. ego ..

semua orang ada ego. besar atau kecik, itu saja persoalannya.

persoalan aku - apakah yang membesarkan atau meng-kecik-kan ego? dan siapa yang menentukan kebesaran atau kekecilan ego, adakah tuan punya ego atau orang sekeliling yang melihat dan menilai ego itu?

adakah ego dikatakan besar bila seseorang tu tak nak mengalah dan meminta maaf? dalam masa yang sama dia bermuhasabah tentang khilafnya, dan berniat mempertahankan pendapatnya yang mungkin betul. dalam masa yang sama jugak dia amat berkecil hati sebab khilaf yang dibuat macam menutup terus kebaikan yang dilakukan, seolah-olah dia tak pernah berbuat baik pun sebelum ni.

adakah pula ego dikatakan kecik seseorang tu sanggup mengalah, tapi dalam yang sama dia tetap menyalahkan orang lain. tetap cakap berdegar-degar konon dialah yang paling betul di alam maya ni.


ada jugak yang meng-sinonimkan 'bodoh sombong' itu sebagai ego (bodsom lebih manja dan mesra telinga, kan? ke, bodbong? atau somdoh? atau sombod? okey, mari guna sombod. eh terpulang kamu orang lah nak mengguna apa pun).

mengapa dikata sombod? kerana dia tak bertanya kepada orang lain tentang apa yang dia tak tau? mungkin dia nak menjana otaknya terlebih dulu, menggunakan kreativiti yang ada untuk memanipulasi semua option yang available, sebelum dia betul-betul give up. takdelah dia terus mengharap bantuan orang je, macam tu sampai bila nak maju, ye tak?


tapi, kalau kamu orang selalu sangat buat macam tu, mungkin orang akan kata kamu sombod jugak akhirnya.



orang putih kata, don't judge a book by it's cover.

aku kata, don't judge a book by it's cover.


eh, eh..sama pulak. haha.

22.7.09

.. apa kes? ..

masa di kursus kahwin hari tu, bila ustaz tanya:

'nanti bila dah kahwin tak kisah ke duduk dengan mertua?'

aku nak jawab:
'tak kisah, rasanya mertua saya okey je. saya boleh ngam dengan mertua saya. ustaz ngam tak dengan mertua ustaz?'

tapi aku jawab:
'tak.'


bila ustaz tanya:
'ditakdirkan suami kamu menghidap HIV, bolehkah kamu terima?'

aku nak jawab:
'sebagai hambaNya - kita perlu terima qada' dan qadar. untuk petunjuk & panduan, boleh pegi sesi kaunseling banyak-banyak, istikharah, doa.'

tapi aku jawab:
'tak tau.'


bila ustaz tanya:
'bila dah kahwin nanti tak kisah ke kalau jumpa banyak kekurangan suami?'

aku nak jawab:
'ustaz, bila dah masuk alam perkahwinan, rasanya sabar & tolak ansur tu dah jadi nombor satu. tapi apa-apa pun mesti ada usaha untuk melebihkan yang kurang, betul tak ustaz?'

tapi aku jawab:
'tak.'



..memang aku ni jenis berat mulut ke, atau aku ni cakap tak serupa bikin?

21.7.09

.. berapa harganya? ..

aku tension bila..

1. surf tenet (baca: internet), survey barang-barang bridal / pakej. bila dah ada yang berkenan, alih-alih quotation pun takde. alamat pun takde. camne aku nak buat comparison? kan senang letak quotation, boleh kami yang meng-survey ni buat short-list. tak susah pun rasanya nak letak harga kat sebelah item tu.


2. ada tu, yang beria-ia promote bisnes (sendiri, family, atau kengkawan punya, tak kisahlah). bila tengok barang, wah..not bad. alih-alih, takde harga jugak. kalau letak harga, kan senang, kalau kami berkenan terus lah order pada kamu. kamu pun rasanya malas nak layan orang yang setakat tanya harga tapi last-last tak beli, kan? kalau aku, serius aku malas. memang tak sesuai langsung nak jadik businesswoman, kahkah.


bukan ke bisnes dan harga sangat berkait rapat? kenapa itu pun susah nak letak?


ada pulak tu, bila surf website nampak macam ok. pastu pergi lah kedai (kes dah berkenan sangat lah ni), alih-alih katanya 'owh, yang kat website tu dah lama lah dik, kitorang tak updet. kalau nak pakej ni adik kena tambah tu, tambah ni..owh yang ni tak masuk lagi so kena tambah lagi..bla bla bla..'

hmm..ok.

dalam hati aku - apa guna ada website kalau tak reti nak update?



mungkin ada yang kata - nak seribu daya, tak nak seribu dalih. tapi kalau lebih 10 kedai buat macam tu, mau abes jugak kredit sebulan aku setakat nak tanya quotation je. (p/s - aku tak menggalakkan diri sendiri pakai telefon ofis, huhu).


bila dah takde letak quotation / harga tu, aku assume mahal je lah ye. so..not affordable, perhaps (for me, at least)..hehe.

20.7.09

.. keretaku lari gagah berani ..

ada beberapa soklan dari dyla untuk dijawab..hehe.


1. when do you get your driving license?
2002 - P license

2004 - full license


but, only started driving by myself around 2005, kesimpulannya lesen P aku bersih tanpa was-was, hehe.



2. your first car is
green
second-hand Kancil, auto. bought by ayah.


3. what type is your car now?

black myvi 1.3 ezi. still affordable in terms of price & fuel consumption. ingat nak ambik estima, tapi bila seluk poket, tengok-tengok stereng estima pun tak lepas nak bayau, huhu.



4. do you choose your plate number or was it given?

given..planned to use my birthday (bese la tu, kan..hehe) as the plat number. unfortunately the number is not available. sabor je la.



5. what is the colour of your car?

black. confused to choose either black or white before,
finally i chose black after several reasons.


6. reveal 3 most important things in your car?

smart TAG, umbrella, steering lock.



7. have you ever got yourself into accident?

yup, minor one. side mirror sebelah kiri patah masa nak buat side parking, sebelah kiri tu pagar besi. terus hilang seluruh mood gembira aku hari tu.


kereta kancil pun pernah jugak, masa dekat roundabout tiba-tiba ada satu kereta ni teramatlah gelojoh nak keluar jugak. aku yang dekat roundabout dah tak sempat brek. pastu boleh nak salahkan aku pulak. geram betul. isy, tanak ingat, tanak ingat.



8. when is the due for your insurance & roadtax?

next week! end of july. haha, sangat timing tag ko ni, dyla ;]



9. do you plan to change your car?

at the moment, nope. lagipun baru je tukar myvi ni. unless ada sponsor, sekarang jugak aku fikirkan nak tukar kereta apa! heheh ;]



10. lets make your friend do this too. who would you choose?

anyone. let's share your car stuff :]


.. make over (kengkonon) ..

rasa macam nak memanjakan diri pulak, ecewwah..mari make over diri sendiri, heheh..


ini sut ke pejabat:


office wear
~ assume skirt tu paras buku lali ye, hehe.




~ siap ada leopard-print tube top lagik, huhu..


all white
~ all white..love this soo much! tapi sesuai ke bawak pegi ofis nih?




ini pulak outfit bersantai..


leisure2
~ pegi tengok wayang, shopping, bla bla..



pinky
~ pegi main bowling! ok tak, hehe..




leisure
~ leisure time..



seronok betul berangan petang - petang isnin ni, almaklum lah cuti. heheh ;)

minat? jom make over kat sini. tapi kena register dulu ye.



p/s - macam pakai je la office wear tu, huhu..

16.7.09

.. siapa dan bagaimana saya ..

found here, let's see:

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.
yup. friends often say i'm a good listener. hiding my true self? mungkin jugak, sebab dengan orang yang aku tak biasa, tak rapat atau sewaktu dengannya, aku tak tunjuk true colour aku. TAPI. aku bukan hipokrit ye. cuma lebih kepada menjaga sikap atau behave supaya orang lain tak kata - 'ape kebende minah ni?'


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

euwwh, romantik ke..? tapi hakikatnya aku memang sanggup buat apa saja utk mereka yang aku sayang. TAPI. tolong jangan manipulasikan ayat sanggup buat apa saja tu ye.


Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

pretty true. enough said.


The seriousness of your love:

You have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

entah? huhu..


Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
sangat benar. ilmu yang boleh dibawa ke mati, boleh juga menjadi bekal di sana bila dimanfaatkan, insya Allah.


The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
kerja di IT Dept memang banyak praktikal, masa ni la mengeluarkan balik ilmu² yang diserap masa study dulu. sebahagian lagi yang ditimba masa bekerja. Alhamdulillah, setakat ni aku selesa dekat sini walaupun kengkadang tahap tension tu buat aku rasa nak baling je PC. astaghfirullah, bawak mengucap, barine.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
usaha tangga kejayaan. selagi ada daya, berusaha la..ye tak?

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

benda yang diluar kawalan aku, memang la aku tak dapat nak buat apa².ayat kedua tu betul, bila kadang-kadang aku rasa macam hilang keyakinan pada benda yang aku buat.


Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
yeah, betul.


apa kata kamu?

15.7.09

.. 100 wonders ..

100 (baca: seratus, atau satu ratus) hari saja lagi tinggal. itu mengikut countdown kat atas masa entry ni di-publish.

tapi kawan aku kata, 'ko ni macam tak kawen je, macam takde pape pun.'

aku cuma senyum. aku ada dua jawapan untuk statement tu - ya dan tidak.

ya - sebab persiapan aku memang macam takde apa-apa. undeniable. jahanam punya sempoi, tak agak-agak.

tidak - sebab aku bukan tak kawen, kalau sampai umur dan takde aral melintang aku akan sampai pada hari tu, insya Allah.


Alhamdulillah, adalah serba sikit persiapan. walaupun tak banyak. ok lah tu daripada takde, kan? cuma ada sket rasa serba tak kena. contohnya:

mak andam.
aku dah berkenan dan dah book si dia (mak andam tu lah. dahlah deposit dia paling mahal antara kedai yang aku survey). tapi aku rasa ok ngan si dia ni, tu pasal aku book dia. malangnya, bila aku dah book dan bayar deposit, si dia ni boleh buat main-main je dengan aku. dah lah masa aku bayar deposit dia takde kat kedai, 3-4 kali lepas tu aku nak jumpa ada..je alasan dia. paling last dia kata konfirm free weekend lepas, alih-alih bila call dia bagitau on the way ke johor pulak. hangin satu badan aku. mana taknya, nak baju baru kenalah amik ukuran, betul tak? lepas tu nak pilih kain lagi, nak hantar tailor lagi. aku dah risau masa yang makin suntuk, yang si dia pulak boleh buat macam takde apa-apa. PR pun kureng la aku rasa, sebab takde inisiatif langsung nak update customer pasal apa-apa. takpelah, itu cara dia bekerja kot. tapi aku sekarang dalam dilema sama ada nak stay dengan dia atau cabut carik mak andam baru. aku target sampai minggu depan. kalau takde perkembangan positif, say goodbye to si dia.

kemudian, kad kahwin pulak. ai mentang-mentang la first time kawen (apakah statement ni..?), teringin la konon nak mendesign kad kahwin sendiri..huhu. macam terer la sangat. selain dari kad dalam entry sebelum ni, adalah 2-3 jenis design lagi aku dah buat secara meraban. alih-alih incek tunang boleh bagi soalan menusuk kalbu - 'kita beli je la kad kahwin, nak tak?' walaupun sebelum tu dia dah mention 'no heart feeling, okey', aku tetap rasa patah semangat betul. entahlah. mungkin dia rasa benda-benda ni terlalu remeh untuk dihadap kot. beli lagi senang. agaknya lah.


lepas tu, adalah benda-benda kecik yang nak jugak merunsingkan fikiran aku time-time macam ni. tak payahlah aku cerita.


adoiyai, checklist aku mana? bawak mari sini aku nak updet!


moga-moga ada keajaiban berlaku dalam masa 100 hari ni.

..keajaiban yang baik, insya Allah.

14.7.09

.. kata barine hari ini ..

..biar kurang makan, jangan kurang ajar.

kalau kurang makan, aku boleh belanja kamu makan. walaupun tak selalu. sebab aku pun kengkadang kurang makan jugak. sebab aku diet. kahkah. terima je lah lawak pendek yang santai ni dengan hati terbuka ye.

eh eh, zaman sekarang terlebih ajar pun tak boleh. lagi macam-macam boleh jadi. urut dada je lah. silap-silap boleh kena heart attack. nauzubillah.

kalau terlebih ajar, jadilah mereka itu kurang ajar, betulkah begitu?

kepada kamu orang yang sedang / selalu diresapi semangat kurang ajar dalam diri, sila jangan jumpa aku. ini amaran. kerana aku sangat takut khuatir martabat aku jatuh tersungkur bila bersama kamu. aku pantang berhadapan dengan manusia yang kurang ajar. semangat memberi ajar berkobar-kobar tak disangka-sangka. walaupun aku tak diiktiraf di bidang pendidikan, huhu. selain tu, rasa kasihan pun ada. ibarat ketandusan kasih dan kegersangan sayang (wo hoo, apa jenis ayat ni, barine?)

pelajaran hari ini - sifat kurang ajar sangat tak baik untuk kesihatan, selain kamu akan menjadi bahan benci manusia lain.

satu kamu perlu fikir - kamu belum cukup sempurna untuk menjadi kurang ajar dengan orang lain.


budi bahasa budaya kita.


habis.

12.7.09

.. akal perlu tinggal di kepala untuk hidup di zaman ini ..

satu minggu, dua kisah.

bukan kisah aku. tapi kisah mereka yang pathetic.


kisah satu.
perihal ibu dan bapa yang memohon ampun kepada anaknya yang hampir seminggu tak pulang ke rumah. aduhai, apa sudah jadi dengan muka dunia ni? insan yang ada syurga di tapak kaki mereka memohon ampun kepada anak sendiri, sedang anak sendiri sedang berseronok-seronok dengan jantan kekasih hati.

kepada anak itu,
semoga kamu tidak mati dalam keadaan derhaka.


kisah dua.
nekad menemukan epilog hidup selepas bertelingkah dengan sang kekasih hati. betapa singkatnya akal memuktamadkan keputusan untuk menzalimi diri sendiri. tolonglah sedar bahawa perbuatan kamu langsung tak meng-kudiskan si dia yang kamu tabalkan sebagai kekasih hati itu. kalau kamu mati, kamu fikir dia pun akan ikut matikah? itu pun kalau kamu mati. kalau kamu jatuh dan tak mati, bagaimana? mahu habiskan seumur hidup dengan keadaan yang penuh cacat cela?



itu kisah-kisah di Malaysia. kisah di luar negara banyak lagi. tak terlarat rasanya nak membaca semuanya.

benarlah, kisah-kisah ini sangat pathetic. kisah cliché yang sangat menjengkelkan.


semoga kita bukan sebahagian daripada kisah-kisah begini, nauzubillahi min zalik.

9.7.09

.. mungkin ..

mungkin ada yang tak suka kita.

mungkin ada yang menyampah kat kita.

mungkin ada yang dah menjatuhkan hukuman benci seumur hidup kat kita.

mungkin ada orang yang selalu tak puas hati dengan kita.

mungkin kita selalu sedih.

mungkin kita selalu rasa terasing.

mungkin kita rasa acap diabaikan.

mungkin kita rasa kita takde sesiapa di dunia ni yang boleh dikongsi kisah dan masalah.


mungkin kita kena ingat.

mungkin masih ada orang yang prihatin dengan kita, tanpa kita sedar.

mungkin ada orang yang tetap sayang kita tanpa peduli siapa pun kita.

mungkin masih ada orang yang boleh jadi teman suka dan duka kita.

mungkin kita bukan seorang di muka dunia ni.


bukan, bukan mungkin. tapi pasti.


kita pastinya bukan seorang di muka dunia ni.

Allah ada dengan kita, bila-bila masa.


cuma..

selalu kah kita bersama Dia..?

...

7.7.09

.. bakal maduku agak cool dimata dunia ..

18072009.

barine takde apa-apa plan kot hari tu. sepatutnya ada knowledge transfer training antara IT developer dengan department kami, tapi sudah dipinda ke hari sebelumnya.

tapi incek tunang ada plan. plan besar.

ke stadium bukit jalil. pegi menengok favourite team-nya lah, si red devil.

kalau dah minat, tak guna dihalang. apa cara pun sanggup usahakan jugak.

ok lah. kalau untuk MU, takpe saya tak kisah. sebab saya pun silent supporter jugak. hehe.


dan lagi, barine sudah terima hakikat [ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam] kaseh sayang akan terpaksa dikongsi bersama MU (peringatan
. dengan Manchester United saja, tau!). tapi saya yakin saya akan dapat lebih. kahkah. sangat konfiden, bukan?


kepada incek tunang;

kalau pegi sana, send my best regards to Cristiano Ronaldo ye.


eh eh, beliau sudah ke Real Madrid, bukan?


err..bila ye Real Madrid mau ke Malaysia?

.. kebosanan kekadang memungkinkan terlahirnya idea ..

kebosanan, kerana takde apa yang mau dimuntahkan ke dalam blog. walaupun nafsu menaip dan mengarang sangat membuak-buak hingga kengkadang sangat menyesakkan kepala. analoginya ibarat air yang mengalir deras macam empangan Batang Ai tapi tersekat tak boleh keluar sebab stuck kat kepala paip yang rosak. aduh, semput.

sedang otak menyengal mencari modal untuk ber-blog, tiba-tiba ilham singgah ke tempat lain pulak. ke mana? ke sini:




haha. sila jangan gelak ok. ini hasil design dari tangan barine. ok, ok..sila gelak kalau nak. ini design tahap cokiak yang mampu barine present. takpe lah, saya sedar tahap saya, huhu. jahanam punya innocent.

konsep kad, black & white..bak kata [arwah] Michael Jackson. macam perubahan fizikalnya jugak. huhu. ok, ok. jangan cakap lebih-lebih pasal dia. populariti dan pengaruh beliau dah cukup untuk menenggelamkan martabat blog ni. kahkah. [sekali lagi] jahanam punya perasan.

peta? mestilah belum ada. sebab tempatnya pun belum konfirm lagi. senang cakap, itu kad olok-olok saja. barine sangat suka berangan sekarang ni. salah satunya men-design kad kahwin sendiri. ada hati betul. huhu.

sama ada jadi kenyataan ataupun tak, tunggu dan lihat sama-sama. kalau jadi, seronok jugak, hehe. kalau tak jadi pun, boleh jugak buat kenangan di blog ni ;]


1.7.09

.. jangan cari pasal dengan perempuan datang bulan ..

tajuk entry yang cukup jelas, bukan?

bila perempuan datang bulan, emosional nya lebih meledak-ledak berbanding rasional.

perempuan yang datang bulan acap kali bertindak mengikut hati, bukan mengikut akal fikiran.

kamu yang mencari pasal dengan perempuan yang datang bulan, kamu ibarat mengorek tanah yang kamu tau tertanam periuk api di dalamnya.

walau kamu cuba memujuk dan menghiburkan hati perempuan yang datang bulan yang telah disakiti hatinya, segala perbuatan dan perlakuan kamu selepas itu adalah kelihatan sangat bodoh. sama sekali. silap-silap kamu boleh dijatuhkan hukuman dibenci seumur hidup.

lebih parah, kalau perempuan datang bulan itu di waktu normalnya juga amat sensitif.

perempuan yang datang bulan melihat kesalahan yang biasa-biasa pada hari-hari biasa sebagai amat luar biasa ibarat merejam hatinya.

perempuan datang bulan sukar memulihkan kondisi emosional nya yang tergores dalam masa yang singkat.

rasanya macam mengada-ngada je perempuan datang bulan dalam cerita ni, kan?


TAPI.


bukanlah semua perempuan datang bulan itu sama. keadaan, persekitaran, mempengaruhi jugak semua.

aku?

entahlah.

ini blog aku.

tapi..ini cerita aku ke..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...