28.6.09

.. sakit kaki merewang ..

adoii, sakit kaki lorr..

semalam merewang ke sogo kengkonon untuk memborong serba sedikit barang-barang hantaran. ececeh, memborong?? seperti jutawan segera je bunyiknya, huhu..takde memborong ape pun, cuma bernasib baik sebab sogo sedang meng-sale-kan cadar. aku pun buntang mata tahap tak ingat dunia menengok collection yang ada, huhu. last-last sambar jugak satu, kaler grey. eh eh, nape kaler gelap? ayah aku pun sudah sound kenapa pilih kaler kelam, pilihlah kaler biru ke, merah ke..aduhai, lucu betul ayah ni tau.

ada dua sebab. satu, aku nak lain dari yang lain. asek-asek tengok cadar warna putih, krim, off white, dan sewaktu dengannya untuk bilik pengantin. so aku cadang nak cari yang lain sikit. walaupun risikonya nanti bilik pengantin akan nampak sedikit 'gelap', mungkin. maka perlu berfikir secara lebih kreatif & kritis lagi untuk hiasan bilik supaya nampak balance.

satu lagi, sebab baju nikah aku nanti, berwarna krim (harap-harap aku tak buat keje gila men-carik baju yang lain pulak nanti, huhu. hey, barine! pegi hantar baju kau ke tailor cepat. apa kau tunggu lagi?). jadi aku rasa tak ada masalah pengantin 'tenggelam' ditelan warna cadar sebab warna baju sudah obviously kontras. bukankah? setuju sajalah, ye. hehe.

selain tu, membeli jugak handbag dan kasut. duit encik fiance, hehe. yang simple saja, tak terlalu bling-bling, sebab bimbang nanti barang-barang tu cuma jadi display item kat dulang hantaran je, huhu. rugilah beb, kalau tak pakai lepas tu. membazir pun ye jugak. maka aku pilih design yg simple saja. let's play safe.

barang untuk encik fiance? belum lagi. fiance sedang meng-finalize-kan wishlist-nya, hehe.

oh ya, sebelum tu ke LH Creative Concept menengok kad kahwin. kat sini pun
buntang mata tahap tak ingat dunia jugak, agak banyak pilihan design yang ada. baru survey, sebab ingat nak menengok kad kahwin dari member Ainman jugak. cadangnya mau menengok hari ni, tapi kansel plan.


rasa-rasa, agak slow-mo tak persiapan aku ni? aku rasa macam ye je..huhu..

27.6.09

.. tiada tajuk untuk entry ini, harap maklum ..

kalau sedari awalnya kurang baik, itu mungkin pembawaan kepada pengakhiran yang kurang baik jugak.

..

permulaan yang agak baik.
kemudian sedikit kurang baik.
seterusnya, semakin kurang baik.

sedikit penyelesaian diambil - kembali baik.

lepas tu, baik.

sekali sekala - terasa semakin baik.

kadang-kadang - kurang baik.

kerap sikit dari kadang-kadang - sangat kurang baik.

adakalanya - memaksa keadaan menjadi baik.


konklusi pengakhiran yang boleh dibuat disini bagaimana ye?
baik? atau kurang baik..?


ENTAH.
(ini jawapan yang paling takut aku nak bagi, nampak sangat betapa was-was dan bercelarunya ketidakpastian pemikiran dalam kepala otak).


yang paling pasti - ini entry paling bercelaru dari aku.

24.6.09

.. bukan miss temporary lagi ..

akhirnya dapat semula access card aku. oh ya, access card aku hilang, tercicir. tengoklah betapa slumber derk nya barine boleh men-cicirkan access card, huhu.

boss pulak takutkan aku - 'habislah barine, kena mandrem nanti!' nakal tau bos ni, saya babab baru tau, ekeke. apa taknya, terpampang muka aku dekat access card tu. aku tawakal je la, harap-harap takde apa-apa. huhu. betul takut ni.

oh ya, yang aku dapat tu - access card yang baru, lepas di-report kepada HR. yang lama? aku tak jumpa. langsung tak jumpa. entah apa khabar agaknya. tapi HR dah block access card tu. maka kepada sesiapa yang menjumpainya, toksah berangan dapat masuk ofis aku secara free. walaupun ofis aku takde lah best mana pun, haha.

TAPI. bukan lah dapat yang baru begitu saja, perlu ada bayarannya. 30 ringgit malaysia sebagai pengeras..haha. hambik kau barine. free-free je bagi tigaploh hengget kat HR. aku siap gelak-gelak je masa nak pegi bayar pengeras & ambik kad baru sekali. member staff pelik je. memanglah pelik, kena bayar denda pun gelak-gelak. cam bagus je barine, haha.

dapat kad baru, rasa macam jakun sekejap. ye lah, nak dekat seminggu name-tag aku bernama TEMPORARY. huhu. masa tu hidup hanya sementara memang jadi tagline aku lah tu. dah dapat kad baru, barulah rasa jadi diri sendiri, takdelah jadi miss temporary lagi, kahkah. semoga yang ni kekal abadi bersama aku (kalau aku masih kat sini lah, hehe).


tapi kan, kalau fikir balik, hidup kita pun macam tu jugak kan? mari cuba olah situasi tadi kepada skop kehidupan. kadang-kadang kita hilang apa yang kita ada, mungkin kita sayang sangat, atau mungkin kita tak pernah kisah sebelum ni. bila ia dah tak ada, baru kita rasa kehilangan. atau mungkin kita tak kisah? sebab kita tau yang baru akan mengganti. cuma kita tak tau adakah yang baru tu lebih baik, atau lebih kurang baik. macam kes access card aku tu, yang baru ni agak kurang baik, sebab gambar tak sharp, background colour light sangat, font nama pun blur..rasanya yang lama lebih baiklah, huhu (diam lah barine, lain kali jaga access card kau elok-elok ye).


tapi, walaupun yang baru ni ada 'kekurangan' berbanding yang lama (walaupun yang lama tu aku tak pernah kisah pun sebelum ni), aku tetap berharap yang baru ni akan kekal abadi dengan aku selama aku masih di ofis ni. walaupun ada kekurangan, aku tetap perlukan dia. kalau ditakdirkan yang baru ni hilang jugak, aku akan me-request supaya kad pengganti akan lebih baik lagi. alang-alang hilang, biar puas hati dengan yang mengganti.


nota pendek - statement di atas tak perlu diolah, ianya sama tersurat dan tersirat, hehe @_@

.. bengang ..

kenapa aku baru perasan lagu ni sangat best?

kenapa aku baru perasan 'dak Akim sangat cocok menyanyi lagu ni?

slow-mo betul aku, huhu..

nway, kudos to Akim, Amir (composer) & SQ (lyricist).



Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu..

21.6.09

.. kepada kamu ..

kepada yang bergelar bapa, tahniah kerana hari istimewa ini adalah untuk anda. selalulah tanam dalam hati bahawa kasih sayang, jasa dan pengorbanan kalian tetap dihargai walau bukan setiap hari.

kepada yang masih punya bapa, ambil masa ini untuk meraikan bapa kamu. walau bukan dengan hadiah mahal atau jamuan makan yang hebat, sekurang-kurangnya kamu berada di sisinya. berbual, beriadah, berkongsi apa saja. istimewakan hari ini sebagai hari kamu untuk bapa tersayang. tak kira berapa rapat, atau berapa renggang hubungan kalian. kalau selama ini susah benar mahu menunjukkan sayang, silakan ambil hari ini, yang datang sekali dalam 365 hari untuk kamu ber-ekspresi kasih sayang.

kepada yang sudah tiada bapa, usah risau. doa kamu penyambung ikatan kalian. insya Allah dia mendengar di alam sana.


syurga tetap perlukan restu daripada lelaki bergelar bapa. tanpa dia, kita tiada.


selamat hari bapa.


saya sayang ayah saya.

20.6.09

.. aku dan kami diduga lagi ..

belum genap sebulan almarhum atuk dijemputNya, malam Jumaat lepas, giliran pak long aku pulak.

punca? sesak nafas, dan serangan jantung.

ah, yang sebenarnya - masa dah sampai untuk Dia menjemput pulang seorang lagi hambaNya.

agak mengejut, tapi kami harus redha. Dia lebih menyayangi dan Maha Mengetahui segala hikmah yang berselindung di sebalik qada' dan qadarNya sendiri.

dariNya kita datang, kepadaNya kita pulang.


untuk sepupuku Mastura & Mazlin, semoga tabah menerima dugaan ni. Aku tau bukan mudah, tapi jika kita redha, segala dugaan pasti terasa indah.


AlFatihah, untuk almarhum Mohd Mokhtar bin Mohd Yusof.

17.6.09

.. entry dari adrenalin yang melonjak-lonjak ..

ingatkan dah tua bangka ni tak jumpa lagi perangai _____ mak yeh (depannya tu faham-faham lah sendiri apa ye), rupanya jumpa jugak. hadoiyai, kagum betul rasa, haha.

macam biasa lah aku men-drive sambil melayan lagu yang kengkadang best kengkadang tak best di radio. tiba-tiba aku perasan sebijik kereta ni mengekor dekat sangat. aku pun malas nak layan, aku ke lane kiri. lantak lah kau nak melaju ke merempit ke apa, jangan kacau hidup aku sudah.

sampai traffic light. tak penah tak merah, haha.

aku perasan kereta proton tu ada kat belakang kereta sebelah aku. aku pun mengabaikan kereta tu dengan gembira. takde kena mengena dengan aku, kan? buat apa aku nak kisah.

lampu hijau. aku pun drive. tak laju, tak slow.

tetiba aku terperasan ada bendasing kat sebelah kanan aku. dok bergerak mengikut speed aku. fleksibel sungguh kelajuan nya ye. aku pandang sebelah mata (eh, eh..barine pandai pandang sebelah mata la! haha). owh, kereta proton tu rupanya. aku abaikan jugak. dah ku katakan, takde kena mengena dengan perjalanan hidup aku. tak puas hati sebab tak de respon dari aku (mungkin), driver yang sungguh kasihan ibarat kurang kasih sayang tu meng-vroom-kan enjin keretanya. mak aih, macam bunyik semboyan pertabalan diraja! pasni kalau semboyan takde, boleh mintak tolong dia vroom-kan keretanya tu. haha.

kesian dengan aksi tak-cukup-kasih-sayang-lagi-meraih-simpati tu, aku toleh sikit. co-pilotnya memberi peace pada aku. ahah! begitukah kau mendefinisi makna kedamaian? sahih kau ini perlu dikaunseling lagi. sahih orang sekeliling kau paling menderita dengan tafsiran peace kau tu.

sila provoke aku di jalan raya, mampus aku tak layan. rasa sia-sia je tahap intelektual aku kalau melayan makhluk sebegini. huhu. maka berlalulah proton bernombor plat JFS#### tu di celah-celah kereta lain dengan bunyi semboyannya yang aku rasa orang lain yang mendengar rasa tak kagum langsung. (aku saja tak letak plat penuh, buatnya mereka-mereka tu terjumpa nombor plat mereka di blog aku, habis berselepetlah 'najis-najis' di blog aku nanti. tak rela..huhu).

takut? langsung tak. bukan berlagak, tapi memang aku tak takut. menyampah lagi ada. pakkal aku bukan men-drive Hummer yang gagah tu, kalau tak mau aku sondol kereta tu sekali vroom je. haha. (adik-adik, kurangkan penggunaan 'kalau tak' dalam kehidupan seharian ye, macam melebihkan angan-angan dalam hati je, huhu).

to gentlemen out there, no offense, okay. aku tak nafikan kengkadang lady driver pun menyakitkan hati jugak. dan ada jugak gentlemen yang sungguh berhemah di luar sana. tapi kerana aku ni perempuan (melayu terakhir, wakakak sila muntah), aku selalu 'didedahkan' dengan cara pemanduan kaum Adam - provoke lady driver, mengorat style zaman paleolitik, mengekor rapat (padahal aku ikut max speed - 110km/j okey), tak respek lady driver yang nak masuk lane dan dah bagi signal dekat 5 minit, etc..etc. nasihat aku, jangan sesekali seksis (kau jugak barine)..kita semua sama je. ada kelebihan, ada kekurangan. yang penting respek antara satu sama lain. kita kan rakyat malaysia, ececeh statement iklan pulak. dan sebagai driver, tahulah akan tanggungjawab kalian di jalan raya. jangan buat pemandu lain menyampah dengan anda dan menyumpah anda..huhu.


dah la. nak makan durian. ayah beli durian, yeay!

ba-bye.

15.6.09

.. pulang ke pangkal jalan ..

betul lah tu, kalau rasa-rasa dah sesat dan keliru, seeloknya baliklah ke pangkal jalan. eh eh, takde apa-apa lah entry ni. mengarut saja barine, huhu.

seminggu tak blogging, bukan sebab apa. cuma barine dan blog berada dalam terma PJJ yang di-shortform-kan daripada perhubungan jarak jauh. jauh mana? tak jauh mana pun, blog di selangor, barine di pantai timur, hehe.

macam mana boleh sampai ke pantai timur? entah, barine pun tak tau. pagi-pagi bila bangun, sedar-sedar je barine dah ada di rantau panjang. tangan pun dah penuh menjinjing barang-barang shopping. muahaha, sengal. abaikan cerita sengal tu. barine ke pantai timur dengan fiance dan familynya. nasib baik ada cuti lebih, boleh apply dengan gembira, ekeke.

ke rantau panjang mencari barang-barang wedding, kengkonon. Alhamdulillah, dapatlah memborong sikit. tidur semalam di kota bharu (tak sangka pulak tapak depan hotel tu jadi pertemuan usrah nik aziz dan warga kelantan, mungkin ada warga lain jugak).

sehari lepas tu, ke terengganu pulak. lepak di batu burok. pergh, time ni best weyh, bilik mengadap laut. hehe. tapi tetap tak mandi laut, huhu. ape daa barine..

di terengganu tak beli apa sangat, adalah sikit.

sabtu pagi sampai kl. badan dah macam bateri energizer nak expired. tu belum suruh drive lagi tu, huhu.


pagi tadi barulah rasa fresh sket datang ofis, kalau tidak? sendrey mau ingat..


gambar? ada, ada..tapi tak banyak. dan lagi, barine malas nak transfer, save dalam pc, upload..huhu.

8.6.09

.. malam tadi aku mimpi ..

..cerita atas katil, malam tadi.
(ini bukan cerita lucah, separa lucah pun bukan. harap maklum.)



aku terkejut. nafas aku turun naik, laju. dada aku sesak. diri aku dalam ketakutan, tanpa kawalan.

rasanya aku pernah mengalami mimpi ni dulu. dan baru tadi mimpi tu datang lagi. ya, aku pasti. pasti sangat. ini bukan kali pertama mimpi tu datang.

aku tengok jam - baru pukul 3.25.


awal lagi.


rasa terkejut aku masih tak hilang. dada aku masih berdebar kencang. aku pejam mata, rapat-rapat. syukur, akhirnya aku terlelap jugak.

tapi, mimpi tu masih bermain dalam minda aku bila aku bangun lepas tu. masa mandi, solat, bersiap, aku masih berdebar.

sangat dahsyat impak mimpi ni pada aku. kenapa? entah.

aku sangat pelik, kenapa mimpi ni berulang? apa maksudnya? apa petandanya? saat aku menulis entry ni, hati aku masih berdebar. rasa cemas dan tak keruan yang sangat tak dapat difahami. ya Allah, kenapa begini sekali aku rasa?


janganlah kau hilangkan nikmat tidurku, ya Allah.


dan..tolong, jauhkan mimpi tu dari aku. aku pohon, ya Allah.

7.6.09

.. connection revealed ..

untuk julung-julung kalinya, aku merasa ada koneksi (connection versi bahasa melayu - buruk ya amat bunyinya mak ai!) antara kisah silam dengan masa depan aku. ya, hubungkait yang rapat. terlalu rapat.

hari ni semuanya terbongkar. eh, rasanya bukan kesemuanya. cuma sebahagian. TAPI. sebahagian lagi tak perlu dibongkar lagi. taknak. aku tak nak. sebab aku takut perasaan dan pemikiran aku terkeliru dengan kisah silam dan kisah masa depan.


memburukkan keadaan - aku dah pun terkeliru.


bagaimana boleh terbongkar koneksi ini? (stop using that word, barine! annoying betul bunyiknya) ia secara spontan. sangat spontan. berlaku terlalu pantas. lebih malang, hubungkait ini seakan menjelma dan membuka layer-nya sikit demi sikit, dan aku langsung tak sedar. tak sedar yang selama ni, hubungkait tu seakan-akan mahu me-reveal kan kepada aku. dah makin dekat, pun aku masih tak perasan. dan bila aku tersedar, semuanya macam bukk! dusyum! dusyum! kebabomm!! dalam kepala otak dan hati aku. punah, musnah.


permainan apakah yang sedang berlaku? kenapa kisah silam yang aku dah tinggalkan agak lama, kini macam 'mengekori' masa depan aku?



kamu orang faham?


takpe lah kalau tak faham. tak perlu faham, sebab - aku sendiri pun tak faham. dan tak nak faham.

6.6.09

.. caras laki orang? pergi masuk penjara! ..

TIMBALAN Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang mendedahkan terdapat peruntukan dalam undang-undang syariah bahawa dalang yang menyebabkan perceraian boleh disabit kesalahan di Mahkamah Syariah.

“Enakmen jenayah ini termaktub di setiap negeri. Malah keluarga sendiri mahupun mertua juga boleh didakwa kalau ada cukup bukti.

“Jika disabitkan kesalahan individu berkenaan boleh didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan ataupun kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Bagaimanapun, Musa memberitahu, enakmen jenayah itu hanya boleh diguna pakai selepas berlaku perceraian.

“Mungkin sebab itulah ramai yang tidak ambil kisah kerana perceraian telah pun berlaku. Jadi apa lagi nak dikecohkan.

“Bahkan saya yakin sepanjang enakmen ini dikuatkuasakan, belum ada kes seperti itu dibicarakan,” katanya yang mendedahkan 60 peratus kes perceraian dan permohonan cerai yang diterima beliau disebabkan penglibatan pihak ketiga.

“Namun harus diingat pihak ketiga ini bukan sahaja individu lain seperti kekasih suami mahupun isteri tetapi juga keluarga mertua sendiri.

“Ini berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes-kes melibatkan permohonan cerai dan perceraian pasangan beragama Islam,” katanya yang berpengalaman selama lebih 10 mengendalikan kes-kes Mahkamah Syariah.


sumber: Kosmo! Online.


sila bayangkan bila banduan A meng-interview banduan B, 'kau masuk sini apa kes?' banduan B - 'pasal si X dengan si Y bercerai.' sambung lagi, 'akulah yang suruh X ceraikan Y'. haha. jahanam punya sadis dialog nih :D

dalam kes ni, aku tak rasa si X akan meneruskan niat nak berkahwin dengan banduan B sebab status 'banduan' yang dibawaknya tu. silap-silap rujuk balik lah si X dengan si Y. banduan B dapat apa? dapat title baru lah, haha.


nota pendek: entry ni tak ber-special dedication pada sesiapa pun.

siapa makan cili, dia rasa pedas.

5.6.09

.. entri pra-hujung minggu ..

lengang betul ofis hari ni. dekat separuh staff bercuti. cuti sekolah, kan. tren pun lengang. tapi yang geramnya, bila nak balik penuh semedang pulak tren, huhu. yang bestnya hari ni rasa sangat pantas berlalu. tau-tau dah lunch time. apa lagi, menyerbu kedai tomyam abe lah, hehe. teringin nak makan su'un (suhun) tomyam ayam. dengan air epal laici. sampai je air, terus sedut tanpa belas kasihan. enie mengomel teh-o laici nya kurang laici, adalah dalam 2-3 biji. aku pun dengan berlagaknya meng-eksyenkan diri sebab laici aku lagi banyak. TAPI. Tuhan tu Maha Kaya. sampai je tomyam, aku tengok ayam aku boleh dicongak-congak saja. huhu. tu lah, padan muka. berlagak lagi @_@

orang panggil tu, karma. kan? maksudnya kurang lebih macam 'buat jahat dibalas jahat'. atau 'buat jahat dibalas dengan lebih jahat, sampai kau akan berfikir dua tiga puluh kali untuk berbuat jahat lagi'. tapi aku bukanlah bersikap jahat, aku cuma bergurau dengat niat nak mengusik dan kalau boleh nak menyakitkan hati je. adoiyai, tu kira jahat la barine! huhu.

melayan pulak cerita shrek the third untuk kesekian kalinya. tak kisah lah berapa kali pun nak ulang tayang, aku tetap nak tengok, hehe.

..ohoo, tv3 mentunjuk scary movie 4 pulak. sangat sesuai untuk membengongkan jiwa sekejap. kuikui.

besok hari sabtu. lusa hari minggu. macam biasa, barine memang tergoda dengan kemunculan hujung minggu, haha. dalam kepala yang ada otak, sudah ada plan untuk besok dan lusa, tapi kasi hold dulu lah ye? simpan untuk next entry pulak, hehe.

3.6.09

.. orang putih kata, raining ..

hujan.

kumpulan hujan? bukan. bukan mereka. aku suka jugak lagu-lagu mereka, walaupun sampai sekarang aku tak kenal lagi siapa mereka. kalau bertembung di petaling street sahih aku buat tak tau je.

ini, hujan yang turun. lebat.

bukan, bukan di luar sana. tapi di dalam. di dalam sini. dalam hati. hati siapa? hati aku.


owh, makin lebat. takde tanda-tanda nak berhenti nampaknya.

nak buat apa? tak tau. okey, duduk diam-diam, tunggu sampai reda. tunggu hujan teduh.

oh hujan, berhentilah. takut banjir hati ni nanti.

musim tengkujuh agaknya dekat wilayah hati. habislah, lecak di mana-mana.

takpe lah, musim tengkujuh mesti berlalu jugak nanti.


oh hujan, teduh cepat-cepat ye. saya mahu menanam cinta, sangat tak menjadi nanti kalau wilayah hati berterusan dilanda hujan.



2.6.09

.. keterujaan ..

balik ofis. sampai rumah nak dekat maghrib. penat. busuk. bukan, bukan aku yang busuk. bau manusia-manusia dalam tren sudah hinggap seenaknya di badan aku. okeylah, aku mengaku ada busuk sikit. tapi masih lagi di tahap tak mengganggu ketenteraman awam. haha. sakit kepala, sakit ya amat. tak tau, sejak akhir-akhir ni selalu sangat sakit kepala.

keterujaan baru - ber-youtube.

kalau analoginya pertandingan lumba lari 100 meter, si polan dah naik atrium mengambik piala pusingan. aku? baru nak menonggeng untuk ayomat! geset! go! silakan lihat betapa lambatnya respon keterujaan aku pada youtube.

yang terbaru? trailer ini - twilight New Moon. can't hardly wait! robert petterson pattinson, here i come ;]




selain tu, jugak ber-online mencari kisah-kisah bridal & wedding. segala jenis subjek berkenaan kahwin - dari kad kahwin, baju pengantin, pelamin, bilik pengantin, kasut kahwin wallah!, hatta blog persiapan perkahwinan dan klinik-mana-boleh-bikin-hiv-test-sepantas-mungkin aku jelajah tanpa belas kasihan. hasilnya? adalah sedikit sebanyak idea. nak memuntahkannya masih menunggu masa. (menunggu masa? tolong lah barine, kau dah ditinggalkan masa sejauh kutub utara dengan kutub selatan ibaratnya!)

okey, okey..perbetulkan. bukan menunggu masa, barine perlu mengejar masa. 5 bulan dari sekarang. tolak puasa, raya, jalan-jalan pegi kutip duit raya (poodah!), adalah 3-4 bulan. ahah! siaplah kau barine, huhu.

mau siapkan checklist dulu. lepas tu baru boleh plan apa yang mau di buat. sebelum tu, nak pegi makan dulu!

jom! meh makan meh ;]

.. perlukah peramah untuk menjadi seorang polis? ..

bila baca blog dyla pasal roadblock dan kisah dirinya yang disangka lecturer, (besh tu beb, hehe) teringat pulak aku pun ada cerita pasal roadblock, 2-3 bulan lepas. dekat je dengan rumah aku. masa tu aku baru balik kerja, nak maghrib dah masa tu.

mula-mula tu aku tengah bengang sebab ada sorang driver ni terhegeh-hegeh nak overtake aku. agak-agak la kau nak speed 100km/j dekat kawasan perumahan. akal kau tu cicir kat mana? sampai simpang tiga tu, aku tengok kereta tu makin slow. aku agak mesti ada roadblock kat depan. kan betul, memang ada. aku pun drive je la macam biasa. dalam hati mem-padan-muka-kan kereta tu, tadi berlagak sangat. nampak polis hilang terus jantan kau ye. haha.

lepas satu, satu kereta blah. (apsal rasa macam brutal sangat ayat ni? perasan tak..perasan tak?) sampai turn kereta aku, ingat nak blah terus, alih-alih boleh polis tu tahan dan suruh aku turunkan cermin. hello encik polis, cermin tu aku baru basuh okey. bukan cermin saja, satu kereta tau. jangan nak kotorkan pulak..ekeke. aku pun bertindak la mengikut arahan. ingatkan nak mintak ic ke, lesen ke apa, rupa-rupanya nak beramah mesra je (dah lah tak bagi salam okay). mula lah tanya soalan dari mana, keje kat mana, nak balik mana (balik rumah aku lah, takkan balik rumah kau pulak). aku tengok kat rear mirror, dah ada 5-6 kereta beratur belakang aku. eh eh polis ni, apsal time aku nak tahan lama-lama pulak. dah malas aku nak tunggu situ lama-lama, terus aku tanya, kenapa ni encik? (see? masih berbudi bahasa aku, kan? hehe) ada kes apa? kes besar ke kecik? tak sempat polis-polis tu menjawab, terus sorang daripada diorang angkat tangan kat aku, suruh jalan. muahaha, senang rupanya nak blah. pastu aku tengok, driver belakang aku tu takde pulak dia tahan lama-lama. oh ya, driver belakang aku tu driver lelaki. hmm..nak bersikap peramah tapi masih ber-bias terhadap gender nak buat apa, ye tak?

akan tetapi, barine tetap respek polis malaysia. anda hebat kalau anda menggunakan kuasa yang ada di saluran yang betul.

1.6.09

.. novel oh novel ..

hari tu di MPH, terjumpa buku ni:




kesinambungan Ombak Rindu...eh eh, Ombak Rindu? Macam pernah kudengar..yang inikah mungkin?





oho...ada sekuel rupanya. adik aku pulak meng-offer duitnya secara gembira. aku pun secara gembira menerima..haha.



eh eh, kejap..kejap..ada lagi?





oho..ini sekuel kepada sekuel ombak rindu..aisey, kenapa aku ketinggalan ni? nak tak nak aku pun membeli secara sukarela jugak. mana boley ketinggalan kisah izzah dan haris yang soo..sweet tu, huhu. buku ombak rindu aku beli masa tahun 2000 tak silap, penuh khusyuk menghayati kisah dalam novel tu. berjaga tengah malam di hostel sebab study. bukan study Fundamental of Information Systems, study pasal rahsia hati Haris dan Izzahlah. haha, sengal betul. sanggup bersengkang mata pasal Haris (alahai, ini semua salah Fauziah Ashaari. siapa suruh meng-hensem-kan, meng-gentleman-kan, meng-pujaan-semalaya-kan si Harris tu, sampai barine asyik terbayang-bayang wataknya masa lecturer tengah bertungkus lumus menghabiskan silibus subjek hari tu. huhu.


zaman dulu, zaman ber-novel. pantang nampak novel baru, mesti nak beli. lepas tu tukar-tukar baca dengan kawan. kopaklah kalau nak beli semua yang berkenan, huhu. awal-awal melibatkan diri ber-novel, antara karya yang aku minat adalah karya Ahadiat Akashah. gila sempoi. sesuai lah dengan jiwa remaja masa tu..sekarang pun jiwa remaja jugak, ekeke. yang lain-lain Aisya Sofea, dan Fauziah Ashaari antara yang selalu aku usha karya mereka. lepas tu batu berjinak-jinak dengan Judith McNaught, Sophie Kinsella, Cecilia Ahern. lepas tu, makin lama makin jauh dari ber-novel. semenjak dua menjak ni rajin ber-ebook pulak, walaupun kengkadang naik pening jugak mengadap monitor.

tapi lepas beli 2 novel ni, rasa nak ber-novel membuak-buak balik. adik aku dah selamat menghabiskan sekuel pertama tu.

ayuh, mari kita mulakan sekarang! hehe ;]

ok, ba-bye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...