31.5.09

.. kenapa isnin datang dengan begitu produktif sekali.. ?

dahsyat betul hari ni. ke watson pun boleh berhabis ringgit malaysia 100++..mujur ada sale. nasib baik aku tak ke jusco, mau habis gaji sebulan aku kerjakan agaknya..huhu.

fiance ber-calling petang tadi, sedang ber-round di pekan rabu. men-tanyakan apa yang nak dibeli(kan). oh ya, fiance ke alor setar, ada jemputan kahwin sahabatnya. takpe lah, belikan apa-apa saja untuk saya, saya tak kisah. eh, tidak..tidak! sebenarnya saya mau itu, ini, itu..ini, itu, dan itu lagi..boleh? hehe. takde apalah. cuma mau kamu selamat pergi dan balik, selamat juga di sana. jangan notty-notty sangat ya! kalau tidak nanti saya babab!


aduh, tiba-tiba rasa rindu bangat ni! huhu..


owh, besok hari isnin kah? tolong cakap besok hari sabtu. dan sabtu lagi, dan besoknya sabtu lagi. selepas tu pun sabtu lagi. huhu, kenapa sangat benci hari isnin ni? tolong, ada tak jual ubat kalis-benci-hari-isnin? saya prefer bentuk tablet, senang telan terus. ada tak, ada tak? kejaplah, nak meng-skodeng di Ebay dulu. haha! sengal.

mari, mari tanam semangat produktif bekerja. besok mungkin boleh jadi hari isnin yang lebih best! sila letak harapan yang tinggi, okey. kalau jatuh terhempas, itu risiko yang harus ditanggung sendiri @_@

ahah! hari ni ada Ghost kan? ini satu-satunya cerita hantu yang paling barine tak kisah menengok sorang-sorang. mana ada hantu versi seram pun cerita ni, bolehlah berlagak. huhu. jalan ceritanya agak tak logik sikit, tapi aku selalu ikut siri ni dari musim pertama. musim kedua ni siap ada hantu gothic lagi, tak kuasa..huhu.

cheryl marina samad rawks! giler sempoi (please afdlin, considered her as one of your team for your next project..?) tak payah nak kontrol cun..hehe. minah hantu gothic (isma hanum kot nama dia, if am not mistaken) pun not bad. anding jangan cakaplah, aku start admire dia lepas tengok dia berlakon drama bersiri LIMA masa bulan puasa tahun lepas. 2nd season ni macam tak fokus sangat pada si hantu, tapi lebih pada misteri Alicia yang hilang lepas Harom a.k.a the gothic ghost dibunuh.

apa pun, bagi aku cerita ni best. untuk korang, silalah me-youtube-kan diri dengan montage second season Ghost ni ye ;]




isnin oh isnin..err..urmm..argghhh!!!!

.. bikin lah apa yang dicakap ..

pernah jumpa orang yang cakap tak serupa bikin? contohnya macam ni:


situasi satu.
kawan orang itu : terasa la, bila dia buat camtu.. bla, bla, bla..
orang itu : jangan ambik hati sangat, keje satu team takyah la nak ambik hati, nanti nak kena keje sama-sama jugak.

agak lama lepas tu..
kawan orang itu : tak pegi makan ke?
orang itu : tak nak la, sakit hati. bla bla bla..
aku yang berada di tempat kejadian : hmm..ok. (dalam hati: nak aku ulang balik ke apa yang kau pernah cakap dulu?)


situasi dua.
nak pergi lunch, pintu ber-sensor terbukak lepas orang itu touch out access card.
aku & kawan lain : jom, jom! takyah touch, hehe..
orang itu : alah, bukan diorang (HR) tengok pun time tengahari. diorang tengok time pagi dengan balik je..
aku : hmm..ok.

di hari lunch yang lain:
aku : meng-touch access card untuk keluar. pintu terbukak.
orang itu : ha ha, takyah touch, jom, jom! hehe.
aku : (dalam hati: woi! dulu kau cakap apa? cubalah time balik nanti kau tak payah touch, aku nak tengok! haha).


situasi tiga.
aku : jom beli ice blended tu! berselera (read: bernafsu) pulak aku tengok time tengah panas ni.
orang itu : takpe lah, aku bukan heran sangat ngan ice blended ni (aku geram betul bila ingat balik statement ni. ingat taraf dia tinggi sangatlah bila tak heran dengan ice blended? ke kau tak mampu? haha, sangat jahat aku kan).

lepas aku beli ice blended, meng-slurp ice blended dengan enaknya..
orang itu : nak sket, weyh.
aku : (dalam hati : rasa ingin gelak..aik? tak heran lah konon? tapi sumpah aku ikhlas bagi dia minum, okey. cuma ter-pelik sekejap..huhu).


situasi empat.
aku : nampak sangat lah dia tak puas hati ngan budak tu..
orang itu : tu lah. isy, tak elok lah dengki-dengki ni, tak baik...


di hari yang lain :
aku : si XYZ cakap budak baru tu basic dia je dekat 4000 wooo..huhu. (buruk benar perangai kepoh, bukan? tapi sekali sekala je barine macam tu, hehe).
orang itu : mak aih, mana aci camni. dahlah post sama, tapi gaji dia lebih pulak ape hal?
aku : (dalam hati : tak baik dengkilah weyh...)


situasi lima.
orang itu : apa ni langgar lampu merah?
aku : aisey, tak sempat brek la...hehe.

di atas jalanraya lain:
aku : oit, lampu dah merah la!
orang itu : ah, takpe. dah lambat ni.
aku : (dalam hati : ok...)



nota pendek - orang itu di atas adalah berbeza-beza, mengikut situasi.


komen aku:
  1. kalau rasa tak boleh dibikin apa yang dicakap, lain kali tapis dulu setiap biji butir ayat yang nak dikeluarkan.
  2. manusia boleh berubah. kadang-kadang apa yang mereka fikir suatu waktu dulu dan sekarang mungkin berbeza, mungkin disebabkan pengalaman. apa kita boleh buat? terima saja seadanya. nobody's perfect. kita pun mungkin akan bersikap macam tu satu hari nanti.
  3. entry ni bukan lah berniat menghina atau memburukkan individu. sekadar berkongsi pengalaman supaya kita (aku, terutamanya) sentiasa bermuhasabah.


okeys, sudah. aku habiskan entry di sini.


ba-bye.
lihat, aku bikin apa yang aku cakap tulis ;]

30.5.09

.. cinta syif malam ..

hari sabtu. aku di ofis, mengadap selambak kerja. tidak, tidak. aku tipu. aku di rumah saja. haha, seronok betul menipu korang (mari lempang barine beramai-ramai). anyway, menipu tu tak baik untuk kesihatan. adik-adik jangan tiru perbuatan ni di rumah atau di mana-mana saja ye.


lepas ni, aku tak dapat lagi nak bercinta dengan blog di ofis. sebab? sila lah lihat attachment di bawah ni:




see? secara slumber yaya blog site telah di-blacklist. berani sungguh mem-blacklist blog yang tercinta ni, huhu. mengapakah? entah. aku tak tau.



makanya, terpaksalah aku menunggu hingga nampak bulan dan bintang baru aku bercinta dengan blog. maklumlah, sampai rumah je dah nak dekat maghrib, tu pun kalau balik on time. lepas tu barulah ada kesempatan nak membukak blog kengkawan. dan lepas ni akan selalulah aku meng-auto publish kan entry blog ni.


hujung minggu, baru merasa bermanja-manja lama-lama sikit, ekeke.
tak mengapa, aku pun sudah berjinak-jinak dengan cinta syif malam begini, haha.

28.5.09

.. milo itu sedap, kan? ..




minum milo anda jadi sihat dan kuat..!

satu masa dulu (ecewah...), serbuk coklat yang ada dalam tin ni sangatlah menjadi kegemaran barine. sungguh obsesi. selepas susu, ini minuman yang diperkenalkan kepada barine. pagi-petang-siang-malam-pagibalik berkepit dengan botol susu yang kemudian bertukar nama kepada botol milo. diusung kehulu kehilir. mungkin sebab tu kah barine menjadi 'sihat'? haha, sila percaya barine gedebab masa kecik dulu. bila masuk tadika baru susut, susut agak banyak.

walaupun susut, milo tetap jadi favourite. masa sekolah rendah, semakin inovatif menikmati milo. instead of membancuh secukup rasa, barine sangat gemar memakan serbuk milo begitu saja. ye, sungguh enak dimakan begitu saja (pinjam tagline Gardenia sekejap, huhu)..makan pulak bukan sikit-sikit, banyak! akibat kekerapan tu, barine hampir warded di hospital gara-gara sakit perut. agak serik lepas tu nak ber-inovatif camtu lagi, huhu.

TAPI. tetap tak boleh tinggalkan milo. apa agaknya milo ni dah buat sampai barine sangat tergila-gilakan dia? haha. walaupun tak memakan milo begitu saja, barine bertukar corak pulak memakan milo bersama roti. jem-jem stroberi ni wa tak pandang, sorry. kuikui. sekeping roti tu sampai nak dekat 10 sudu besar serbuk milo ditabur. lepas tu makan dengan penuh penghayatan. habis sekeping tambah lagi. lepas tu buat lagi. lepas tu curi-curi pegi dapur, buat lagi. haha.

tapi, sejak dah meningkat dewasa ni makin kurang pulak ber-minum milo. bukan dah tak suka, tapi..entahlah..mungkin mandrem milo dah makin menyusut kot..muahaha.


aisey, buat entry pasal milo, terus rindu nak minum milo balik.

okey lah, nak pegi minum milo sat na!

26.5.09

.. pengakuan mengapa berdiet itu amat sukar untuk barine ..

memang geram, bila ramai menegur pipi barine semakin tembam. ikutkan hati mau saja berdiet habis-habisan. TAPI. kadang-kadang barine rasa berdiet itu amat sukar sekali. kadang barine rasa berdiet itu adalah so not me. kenapa? sila lah lihat pengakuan barine ini:


pengakuan 1 - mengikuti rejim diet itu ibarat melibatkan diri dengan rejim israel.

mengapa barine berkata bertulis demikian? sebab rasanya macam ada yang tak kena bila barine tak menikmati makanan sebagaimana sepatutnya. rasa amat pelik bila barine yang suka bersarapan nasi lemak, ber-lunch nasi campur beraneka lauk dan berdinner nasi (sekali lagi) bertukar corak dengan bersarapan oats, berlunch nasi 2 sudu dengan lauk stim, dan ber-dinner buah-buahan. TAPI, setakat ini barine masih berusaha mendisiplinkan diri, takut-takut nanti lebih susah lagi nak menurunkan berat badan.


pengakuan 2 - kadar metabolisme yang tidak tinggi melangit.
berhempas pulas berdiet, menahan lapar, kalau turun pun 1 ke 2 kilo saja. mungkin ada yang kata - ok lah tu barine, janji turun. memang betul, tapi kalau barine usaha yang berhempas pulas tidak begitu setimpal dengan hasilnya kadang-kadang amat mengecewakan. sedey tau, huhu...


pengakuan 3 - barine suka makan.
tambah merumitkan, barine memilih option makan bila berada dalam keadaan stess. apatah lagi bila berada dalam mood yang bersuka-ria. lebih banyak barine makan!


pengakuan 4 - fiance ber-hobi suka makan juga.
kadang-kadang bila keluar, aktiviti kemestian adalah menyinggah kedai makan. tak kira lah makan di restoran ke, kedai mamak ke, seksyen 20 shah alam ke..makan tetap makan. cuma kebelakangan ni agak jarang berjumpa, sebab fiance sibuk. oh ya, fiance saya berbadan besar tau. huhu. TAPI. walaupun tak berjumpa, makan tetap makan. sila bagitau macam mana mau berdiet nih? huhu..


pengakuan 5 - di rumah juga makanan kelihatan amat sedap sekali.
kadang kadang balik rumah, dah pukul 8, pukul 9. penat, lapar semua ada. ayah pulak rajin amat memasak, barine tak tunggu lama untuk bedal semua. huhu. kurang sopan sungguh. bila malam, aktiviti apa lagi yang nak dibuat, setakat sit up 20 kali, lepas tu terus zzzz...owh, takut nya saya dengan tabiat ini, huhu..


dalam hati, risau juga bila berat badan makin naik. tak boleh jadi, mesti jugak buat sesuatu. mesti, barine. mesti!



EDITED :



comel je tengok panda ni kan, cute & chubby. nampak cool je. cuma, barine bukan panda! muahaha.

25.5.09

.. masih yang sama ..

tiba-tiba terasa mau menukar nama blog kepada yang baru. pada yang mau recall nama blog barine sebelum ini boleh lihat entry ini.

kenapa rina's ramblings? ermm..takde apa-apa, cuma tiba-tiba terfikir keserasian di situ, macam blog address saya jugak, ekeke. lagipun di blog ni memang selalu barine me-rambling tak kira topik.

but no worries, barine masih sama. tak berubah, masih cute (wakaka, menyampah..menyampah).

.. saya perlu supplement! ..

tolong, sesiapa ada supplement paling mujarab untuk dibagi kepada barine? seelok-eloknya yang boleh menyelesaikan penyakit-penyakit ini:

1. keletihan yang ekstrem angkara lambakan kerja-kerja yang tertangguh, kerana barine kan ber-compassionate leave selama 3 hari. tapi sungguh tak terasa cuti 3 hari tu, kalaulah boleh apply seminggu, alangkah..

2. stress yang melampau gara-gara kondisi emosi yang berubah-ubah.

3. antibodi yang semakin lemah menyebabkan diri tidak terbius dengan rasa cinta dan kasih sayang.


saya penat, betul-betul penat menghadapi semua ni. beri saya masa untuk berluang waktu dengan Tuhan dan keluarga. diri sendiri? tak mengapa lah, saya sudah terlali tidak bermanja dengan diri sendiri.


Alhamdulillah, terjumpa sesuatu yang boleh dikongsi bersama selepas ber-google. jumpa ini, di sini.

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s. a. w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata :

"Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


..tak sabar nak balik rumah.

24.5.09

.. kamu percaya pada qada' dan qadar, bukan? ..

arggh..salah aku. salah aku.

patutnya aku set reminder untuk tengok nasi lemak kopi O pagi tadi. aku dah bajet nak duduk depan tv menengok Puan Maizawati Zainal, isteri ustaz Akhil Hayy (AH) yang cantik manis tu. arghh...

sentap bila dapat tahu kisah rumahtangga mereka akhirnya di-campur tangan oleh pihak mahkamah. kalau artis atau selebriti lain yang turun naik mahkamah syariah, aku tak heran. tapi ini kisah rumahtangga ustaz AH. kekalutan rumahtangga 'orang baik-baik' kebelakangan ni tak jemu diprovokasi oleh pihak media gara-gara orang ketiga. aku sangat pasti isteri AH sudah fikir sehabis masak tentang perkara ni. siapa yang mahu pekung rumahtangga dibuka luas-luas di sidang mahkamah. mungkin alasan 'tiada jodoh' kuat, tapi bagi aku kalau benar tiada jodoh, takkan berkahwin sepasang hamba Allah sedari awal. tapi aku orang luar, tak tahu 100% kisah dan kemelut mereka. cuma aku harap mereka menimbangkan setiap keputusan sebaik-baiknya.

berpisah hidup, atau berpisah mati, bagi aku sama saja pedihnya. yang membezakan cuma cara kita menangani dan menerima dugaan hidup. selagi kita redha dan yakin atas segala ketentuan Allah, insya Allah kita akan lebih kuat. lagipun, aku sangat percaya pada kata-kata 'Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dan setimpal dengan kemampuan dan kekuatan hambaNya sendiri.'

segala yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. semoga dugaan yang dihadapi akan membuahkan kemanisan di masa akan datang, insya Allah.


dan aku, sebagai hambaNya amat berpegang kepada qada' dan qadar. hikmah sentiasa menanti untuk orang-orang yang redha dan sabar.


23.5.09

.. lepas 3 hari ..

Alhamdulillah, selesai kenduri tahlil untuk hari ketiga petang tadi..patutnya buat semalam, tapi tak jadi sebab orang surau ada program. so postpone ke tengahari tadi.

malam ni tak buat apa, cuma menengok tv. bukak tv3, ada cerekarama.

title: sampai syurga
genre : drama
cast : elly mazlein, harun hasim, aqasha, amer sofaz, etc.
channel : tv3

pasal anak derhaka la pulak. tiba-tiba aku sangat emosi bila tengok cerita ni. sampai hati sungguh si anak bersikap lupa daratan dan melupakan ayahnya. si ayah pulak yang kena datang menyembah si anak yang dah berjaya mengejar cita-cita (jadi artis, sungguh aku langsung tak kagum).

aku agak, mesti endingnya tak lain - si bapak sakit, si anak menyesal dan dapat balasan. macam tu lah dunia, bila ada, tak dihargai, bila tak ada, sibuk tercari-cari. woy, tu kan bapak ko? nape time ko susah takde duit nak bayar sewa rumah sampai gate rumah ko dah kena solex besar-besaran pandai pulak ko nak cari orang tua tu mintak bayarkan, padahal bapak ko kena makan maggi lepas tu? nape time senang ko terus lupa janji ko nak bagi bapak ko hidup senang? nape ko malu time bapak ko datang rumah besar ko tu, sampai nak jemput masuk rumah pun tak lalu? tak malu ke ko, bapak ko yang datang menyembah ko?


hisy, sakit hati lah tengok cerita macam ni. ermm..tak tau la, mungkin emosi aku belum stabil sepenuhnya kot..


sorry la, entry jiwa kacau ni.

22.5.09

.. saya sayang atuk saya - FINALE ..

ya. ini siri finale selepas entry part I dan part II. lepas ni, takde lagi. aku nak tutup segala kenangan terindah aku dengan almarhum di sini. cuma kalau ada rezeki dan kesempatan atau aku terasa ingin sangat nak bercerita, mungkin ada entry baru untuk almarhum. tapi buat masa ni, rasanya ini yang terakhir. FINALE.

syukur, almarhum pergi dengan tenang. cuma memang rezeki aku tak ada disamping beliau pada saat akhir. takpe lah, aku redha.

almarhum Haji Abdul Rahman bin Ibrahim sangat sayang cucunya. sayang anak isterinya juga. selalu mendahulukan keluarga. tanggal 3 mei 1933 hari lahirnya. aku membesar bersama-sama ayah, almarhumah mama, almarhumah nenek dan almarhum. seingat aku di zaman kecilku tidak pernah atuk aku menghampakan permintaan cucu sulungnya ni yang terlalulah banyak karenah dan ragamnya. antara atuk dan nenek, nenek lebih garang. kalau aku silap, nakal atau malas, tanpa was-was aku dimarahnya, dicubitnya. tapi atuk tak. cuma sekali sekala bila marah, mau seminggu tak hilang serik aku.

masa tadika sampai darjah 3, atuk berulang alik hantar & ambik aku dari sekolah. pernah satu hari masa darjah 1, atuk terlambat ambik aku. aku pulak cepat sangat nak panik bila nampak atuk takde. terus dengan konfidennya aku balik berjalan kaki. 10 minit berjalan, aku nampak kereta atuk. shafiq pun ada skali. aku menjerit-jerit dan melambai-lambai panggil atuk, tapi atuk tak perasan. terus aku sambung balik berjalan.

dah nak sampai hujung simpang ke rumah, tiba-tiba ada kereta berhenti sebelah aku. rupa-rupanya atuk aku. bukak je pintu, apa lagi. terus kena bambu lah aku. sampai rumah, sambung kena bambu lagi dengan nenek. tapi tak tau la apa jenis kepala yang aku ada masa kecik dulu, boleh buat dunno slumber dek lagi. jenuh aku kena janji ngan atuk & nenek tak buat lagi. aku pun janji. dan tak buat lagi lepas tu.

darjah 3, atuk dengan nenek ke Mekah menunaikan haji. aku yang kengkononnya menumpang sekejap dengan pakcik Jamal (almarhum) untuk pergi balik sekolah, (sementara atuk di Mekah) last-last terus berulang alik ke sekolah naik kereta dia. seronok sangat ber-kengkawan beramai-ramai ke sekolah lah sebabnya, apa lagi. sampai pakcik Jamal tukar van, lepas tu tukar bas, aku setia ikut dia. mama dengan ayah tukang bayar tambang la, apa lagi. tapi sampai form 4 je, sebab lepas tu aku ke asrama Teknik Klang. masa tu, bila nak time balik kampung mesti cal atuk, mintak ambik. cuma kengkadang naik bas dengan kengkawan.


atuk prihatin orangnya. dia tau cucunya yang sulung ni paling suka makan. ayam terutamanya. bila aku ikut ke Mekah ber-umrah tahun 1999, selera makan aku kurang sikit di sana. perubahan cuaca & suasana, mungkin. atuk pun 'ai, lauk ayam pun tak abes? selalu kat rumah laju je makan.' sebab tu dia pun tak pernah berkira nak beli lauk banyak-banyak bila balik pasar. sebab dia tau cucu-cucunya boleh perabiskan semua.


atuk jugak sangat tabah. bila nenek meninggal dunia, dia nampak tenang. mungkin dah bersedia menghadapi sebab nenek dah sakit agak lama sebelum tu. cuma masa mama meninggal, atuk di Mekah ber-umrah. tak dapat bersama-sama pada saat akhir, sampai ke saat habis bacaan talkin sebab atuk perlu bertawaf wada' terlebih dulu. atuk sampai keesokan harinya. atuk susut sangat. atuk menangis tak henti depan tok ayah, abang arwah nenek. tok ayahlah yang tenangkan atuk. aku cuma dapat membayangkan bagaimana rasa tak sempat menatap orang yang kita sayang sebelum dibawa ke liang lahad, tapi hanya atuk yang merasakannya. aku tau pedih, tapi pedih tu hanya atuk yang merasa..


sejak atuk sakit, aku selalu rasa tak tenteram. biasalah bila ada ahli keluarga sakit, ulang alik masuk hospital pulak. aku selalu doa mintak atuk cepat sembuh. lebih-lebih lagi bila dia selalu cakap pasal rancangan dia masa dah sihat nanti, nak pergi umrah, salah satunya. dan selalu dia tanya pasal persiapan kahwin aku macam mana. aku perasan bila dia tanya camtu, mesti muka dia nampak sedih. mungkin dia dapat rasa dia tak sempat tengok aku.
(aku sedih sangat bila fikir pasal ni..) bila aku bagitau fiance, aku kena marah balik. katanya aku je yang asyik nak fikir yang bukan-bukan. tak, bukan aku saja nak fikir yang bukan-bukan. cuma aku sedih, terharu sebab masa atuk sakit pun dia masih prihatin dengan anak cucunya.

bila discharged, atuk nampak ok sikit, tapi masih lemah. selera makan pun tak ada. tubuhnya yang kurus tu makin kurus. yang aku terharu bila anak menantu dan cucu datang menjenguk, dia nampak bersemangat. nak tidur pun ditahan-tahan matanya. tapi nenek cerita lepas semua dah balik, dia jadi lemah, tak bermaya balik. sedih aku dengar.


oh ya, mesti ada yang tanya, nenek mana pulak, kan nenek kamu dah meninggal, barine? sebenarnya beberapa bulan lepas mama pergi, atuk bertemu jodoh lagi. pada pandangan kasar, sangat tak sepadan jodoh mereka sebab perbezaan umur yang ketara. tapi bagi aku pandangan-pandangan kasar tu perlulah dilembutkan sedikit, dan selalulah ingat bahawa jodoh pertemuan itu adalah atas kuasaNya yang Maha Besar. bukan semborono atuk aku ber-keputusan bernikah semula, doanya di depan Kaabah memohon apa yang dilakukan adalah perkara paling baik untuk dirinya dan keluarga.

akhirnya, lepas berulang-alik ke hospital, dan terlantar di rumah, atuk pergi jugak. wajahnya bersih, hilang segala sembab di muka. hidungnya yang nampak jatuh pun dah kembali cantik. yang tinggal cuma sedikit kesan melecet sebab terlalu lama berbaring. sejuk sungguh hati aku bila tengok atuk. Alhamdulillah, jalan kembalinya kepada Tuhan tak sukar. segalanya mudah, cukup mudah. dari permohonan tanah kubur (syukur, pihak pengurusan baru je bukak semula permohonan tanah kubur di Lipat Kajang), sampailah ke pengurusan jenazah. pukul 10++ dah selesai menyembahyangkan jenazah. oh ya, atuk ada best friend, raja aris namanya. sejak muda sentiasa bersama. bila pakcik raja turut datang menziarah dan menyembahyangkan jenazah atuk, aku rasa sangat terkesan. sahabat baik yang sentiasa bersama susah dan senang sejak dulu akhirnya menyembahyangkan jenazah sahabatnya...

bila di perkuburan, pun segalanya dah selesai. kubur dah siap digali, tinggal mengkebumikan sahaja. sangat mudah perjalanan atuk ke sana. dan ramai yang perasan tanah untuk kambus semula berbaki banyak. ada yang bersuara, itu tandanya jenazah seorang pemurah semasa hayatnya. aku tak pasti pasal tu. tapi sememangnya atuk sangat pemurah, dengan sesiapa saja. sampai ada yang mengenakan atuk. tapi takpe lah, tak perlu aku ceritakan pasal tu.


pukul 11, selesai semuanya.


lepas ni, bila orang tanya aku siapa, aku dah kena cakap 'cucu ARWAH haji rahman'..


doa aku, dapatlah aku bertemu semula dengan mama, atuk dan nenek di syurga nanti, insya Allah.

kepada saudara mara, kawan-kawan jauh dan dekat, yang datang berziarah maupun mengirim salam takziah, terima kasih tulus ikhlas dari aku. doakan agar roh mereka yang kita sayangi dicucuri rahmat.

AlFatihah.


minta maaf, entry kali ni agak panjang. tak ada maksud lain, sekadar luahan hati aku.

21.5.09

.. dua kisah. HIDUP DAN MATI. ..

cerita pagi semalam.

aku dah nekad nak EL je besoknya. atuk dah unconscious, dah tak respon bila orang panggil. cuma bila usik-usik kaki dia, baru terasa dia me-respon. JAUH di sudut hati, aku harap sangat besok atuk akan sedar. harapan aku terlalu besar untuk tengok atuk sihat, bangun, berjalan dan memandu macam biasa.

ikutkan hati nak tidur rumah atuk je. tapi mengenangkan Elin nak ke sekolah besok. baju sekolah dia tak bersiap lagi. oh ya, dia further form 6 di Sekolah Dato' Hamzah. sebab tu aku balik jugak. lagipun makngah kata takpe, balik dulu sebab dah lewat. dan aku dah pesan kalau ada apa-apa cal aku. maksud apa-apa aku ialah perkembangan positif atuk. tidak. aku tak pernah, dan tak mahu fikirkan perkembangan negatif. walaupun aku tahu harapan aku ni terlalu besar.

pukul 11++ balik dari rumah atuk, sampai-sampai je rumah terus mandi, solat, gosok baju dan zzz..masa solat sempat aku doakan yang terbaik untuk atuk. dan aku mohon kekuatan untuk segala apa yang akan terjadi besoknya.

pukul 12++, mata aku masih tak nak lelap. walaupun mengantuk.

pukul 2.50, aku dapat cal dari nenek. bagitau satu berita yang aku dah agak kepastiannya, tapi seboleh mungkin nak menidakkannya.

'na, atuk dah takde..'


dan pagi tu aku tau, bukan satu pagi yang biasa...





cerita pagi tadi.

pagi tadi, aku bangun tidur, terpisat-pisat. mamai.
aku tengok jam, dah 5.30.
tiba-tiba aku rasa aku bangun tidur dengan satu rasa kosong dalam hati.
sesaat dua lepas tu, baru aku sedar. atuk dah takde.

...

16.5.09

.. AF - dah final? ..




online kejap, sambil tv berbukak final AF7. eh eh...kutuk-kutuk pun ko layan sampai final gak barine..?


sebenarnya, barine nak tengok encik adlin aman ramli buat kali terakhir(???)..sebelum dia melupuskan status bujangnya, muahaha.. :D


kenapa orang suka tengok AF? aku memungkinkan teorinya disini:

1) orang suka sesuatu yang dramatik, dan gimik (walaupun kengkadang nampak sangat murahan).
kamu orang pernah tengok ke adegan gezutan membawa naik suami / isteri tercinta masa peserta sedang bernyanyi di pertandingan nyanyian lain? atau menengok peserta bercakap-cakap dengan kamera? agak jarang aku rasa. di AF, orang boleh tengok pesertanya menyanyi, berdrama, berkonflik di diari, berlamun cinta, etc etc. mungkin penonton suka kot variasi camni.


2) jenama AF itu sendiri
dah 7 tahun, nama AF dah cukup established di arena hiburan. kalau tak takkan beratus-ratus manusia sanggup beratur ambik nombor ekor audition. mesti mereka bangga kan, muka keluar time audition je pun dah kira glamour. dapat thru ke tak tu belakang kira, wakaka.


3) rasa glamour
bukan peserta je yang glamour, atau bekas peserta yang boleh jadi glamour walaupun sampai takat prelude, malah penonton AF juga terasa bahang glamournya. bila berborak, cakap 'eh ko undi sape ha? aku undi si polan, banyak dah undi tapi tak naik2 gak percentage dia. heran aku.' atau 'eh ko tak tau ye, si polan minggu ni nyanyi lagu ehem ehem, kesian dia tension sebab tak boleh fokus, dia tak suka lagu tu.' see? penonton AF jika diasah bakat boleh jadi informer yang berdedikasi. sungguh, hehe.


4) mencari muka-muka baru untuk diketengahkan dalam dunia hiburan
ini mungkin untuk golongan yang terbabit dalam bidang hiburan (muzik, khususnya) walaupun industri hiburan sekarang agak kritikal aku rasa. atau pada mereka-mereka yang bijak mencari peluang, akan mencari seorang peserta dan menubuhkan fan club untuk mereka dan menjadi presiden fan club. see? tak perlu bersusah payah bersaing dalam pilihanraya, atau keluar menaiki kereta kalis peluru untuk menjadi presiden. cukup dengan menubuhkan fan club AF, terus dapat jawatan setanding Barack Obama. fullamak, cayalah..hehe ;P


bagi aku senang je, aku tengok AF sebab AF adalah AF. dah konsepnya begitu. kalau diubah format atau konsep, dah tak jadi AF lah lagi. tengok, tengok jugak..kutuk tetap kutuk..hehe. jahat sungguh barine. tapi bukanlah aku meng-kutuk semua, ada jugak bakat-bakat di AF yang aku kagum. opss, jangan tanya aku AFUNDI sape, sebab aku tak pernah ber-AFUNDI di AF. aku cuma silent audience, hehe.


marilah kita tengok sape yang jadi juara musim ni ok.


oh ya, belum bersantap dinner lagi, patutla lapar..huhu.


p / s - takde faedah apa pun entry ni, huhu..

.. chekgu hatiku ..

tiba hari guru, nak ber-entry apa lagi, mestilah entry berunsur per-guru-an, hehe..

masa sekolah rendah dulu, waktu cikgu suruh isi form pasal hobi & cita-cita (serius, saya sangat rindu waktu tu! huhu), satu option saya adalah guru. cuma makin dewasa, nampaknya profesion tu makin jauh dari saya, walaupun kengkadang orang menyangkakan saya ni cikgu (dah berapa kali kot nye barine asek mention benda alah ni, huhu..).

salah sorang cikgu yang sangat saya terhutang budi dan saya ingat jasanya sampai mati ialah PUAN NORSIAH BT ZIN, sila beri tepuk tangan yang gemuruh kepada beliau. nak buat standing ovation pun boleh, buat je lah apa kamu orang suka depan pc / lappy / blackberry / iphone kamu orang tu. asalkan kamu orang tak mengganggu ketenteraman awam. haha. beliau mengajar saya semasa darjah 1 Hijau (kelas keempat dari lima kelas) di SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG. sila beri tepuk tangan kepada sekolah saya. mekasih, mekasih..hehe. dan hasil bergurukan beliau, akhirnya budak barine telah berjaya melompat ke kelas 2 Merah, iaitu kelas pertama dari lima kelas. sila beri tepuk tangan paling gemuruh kepada 'dak barine, tepuk kuat-kuat lagi bagus. standing ovation? of course - i deserve it, muahaha :P (menyampah, menyampah).

paling suka bila beliau memuji tulisan 'dak barine cantik dan kemas, depan kedua ibu bapa semasa hari mengambil report card. haha, 'dak barine yang sangat naif masa tu hanya tersenyum dengan pujian jujur dari cikgu yang disayangi itu. kalau sekarang barine dipuji sebegitu rupa, mau rasanya barine bermati-matian me-request tak mahu ber-pc di ofis, sanggup bertulis surat rasmi berbanding berbalas email. mungkin jugak barine akan selalu meng-offer diri menulis minit mesyuarat dan membuat berpuluh-puluh salinan kepada seisi warga IT Dept. mungkin jugak barine akan berusaha membuat blog yang boleh bertulis tangan, muahaha..gila punya sengal.

dan kebetulan, anak beliau sekelas dengan saya dari darjah 4 hingga darjah 6. maka boleh dikatakan saya tak berputus hubungan dengan cikgu Norsiah sepanjang waktu tu, lebih-lebih lagi sebab masih di sekolah yang sama. sangat best sebab beliau melayan saya macam anak beliau sendiri :) cuma bila masuk sekolah menengah, saya ber-lost contact dengan beliau. tapi lepas tu, kawan saya a.k.a Nurul Ashikin a.k.a anak cikgu Norsiah kembali sama bersekolah dengan saya di SM Teknik Klang - dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5. lepas tu, kami sama-sama masuk matrikulasi KPM. saya di rawang, Shikin di melaka. lepas tu, kami terus terputus hubungan hingga kini. apa cerita mereka agaknya?

sebenarnya, ramai lagi cikgu yang terlalu banyak berjasa kepada saya, cikgu Norsiah salah seorang daripada mereka. di sini, seikhlas hati saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu kelas, cikgu besar, cikgu kaunseling, cikgu PJ, cikgu cikgi dan sebagainya. dari zaman saya di SK Klang, pindah SM Convent Klang dan pindah ke SM Teknik Klang. terima kasih kerana sedikit sebanyak telah mencorakkan saya menjadi apa yang saya jadi hari ini. banyak lagi yang perlu saya capai.

oh ya, tak lupa juga kepada (eh eh, macam program Sampaikan Aidilfitri je, huhu..blasah je la) sahabat saya Puan Norwanisayu yang kini juga seorang cikgu. seronok la ko tiap-tiap tahun bebudak sekolah bagi present..hehe.

ini untuk anda, wahai cikgu-cikgu seluruh dunia..



saya sayang cikgu saya!
Align Center

15.5.09

.. tabiat, atau buang tebiat? ..

salam.

rasanya semua orang ada habit sendiri kan? cuma terpulang habit tu jatuh dalam kategori mana - habit baik atau buruk. entry kali ni aku nak cerita sket pasal habit - atau bahasa ibundanya tabiat. eh kejap, kejap..kalau suka buang tebiat tu kira tabiat jugak ke? huhu. tak kisah la.

macam aku, masa sekolah tahap 1 dulu aku pernah ada tabiat gigit kuku (euww..). tak tau macam mana boleh terjebak, mungkin terikut-ikut dengan sorang kawan aku ni. dia ni asal aku main getah ngan dia mesti nak gigit kuku, time main teng-teng mesti gigit kuku, asal tengah sembang mesti nak gigit kuku. bukanlah nak kutuk dia, dan aku rasa dia mesti dah tak ada dah habit ni sekarang. kalau dikenang balik, euww..rasa nak bertukar jadi invisible kejap. huhu. sangat buruk okey tabiat tu. sebenarnya takde best mana pun gigit kuku tu - pembetulan, bukan tak best mana, memang tak best langsung! huhu. syukur aku dah lama tinggalkan habit tu. mungkin sebab arwah mama ngan arwah nenek akan marah aku bila tengah kantoi gigit kuku. rasanya tak sampai setahun kot aku ada habit tu, lepas tu dah ok. nasib baik la kan, kalau tak mau reput kuku aku..ekeke.

masa form 3 pulak, ada sorang kawan aku ni suka sangat main-main pensil atau pen. rasanya ramai yang buat ni, ala yang main pusing-pusing pen / pensil kat tangan tu. aku suka jugak buat (sampai sekarang ni), tapi member aku tu buat lagi laju. aku? pusing kejap je dah tergolek-dog pen aku atas meja. huhu. cikgu aku pun penah bagitau, orang yang ada habit ni biasanya kreatif dan terror maths. mungkin kebetulan, member aku memang terror gila maths. kengkadang aku tengok, makin lama dia concentrate fikir soklan maths, makin laju dia pusing pen. aku pulak makin concentrate tengok dia pusing pen, sampai tak siap homework maths aku, muahaha. sengal.

ada pulak kisah aku masa tuisyen dulu, nak kata habit tak tau la. tapi masa tengah concentrate tu, tetiba cikgu tuisyen tu tegur aku. dia cakap - 'wah, best main pen?' aku memula tak dapat tangkap, rupanya baru aku perasan masa dia sibuk bercakap tu, tangan aku pulak sibuk menekan-nekan kepala pen (yang jenis takde penutup tu, bila nak tulis klik je kepala dia - korang faham kan?)..aku memang suka spesis pen camtu. punyalaa segan..maunya tak, mesti ber-klik-kluk-klak satu bilik tuisyen tu sebab sound effect pen aku, huhu. tapi aku control sasa je, kuikui. pastu aku macam agak berhati-hati sket ngan aktiviti tu, huhu.

okey, habis pasal habit aku. ni aku nak cerita habit adik aku masa kecik-kecik dulu (mentang-mentang blog aku, suka hati je bukak cerita kaum klorgaku - sebut ala-ala mak dara, muahaha). masa kecik dulu dia ni amat laa suka tido sambil bukak perut..aik, camne tu? dia suka baring pastu angkat baju dia - sampai nampak perut. aku tak tau la nape. adik aku masa kecik-kecik dulu gemuk. perut pulak buncit. selesa la agaknya kot bila dok tayang perut camtu, muahaha.

pastu kengkadang, ada jugak habit dari orang lain yang buat kita rasa rimas. contohnya, manusia yang sesuka hati meludah merata-rata mungkin dah banyak sangat kahak berkumpul kot. tapi kengkadang rasa rimas dan tak selesa sebab keadaan, mungkin masa tu tengah makan kat kedai ke, tetiba ternampak pulak situasi tak menyenangkan tu. terus sebu perut dibuatnya, huhu.

pastu, ha..yang ni tak tau nak kata habit ke apa. bila smoking, nak hala asap rokok kat orang lain. aku pernah kena, okay. masa tu tengah tunggu fiance kat kl sentral. sesambil tu cam biasa la, dok la baca magazine yang aku baru beli. selang berapa minit tetiba datang la kelompok mana ntah, duduk kat bangku dekat-dekat aku. tak kisah la kan, takkan aku nak marah pulak. yang aku kisahnya bila sorang makhluk ni sesedap rasa dok hembus asap rokok dia tu straight kat aku. dah macam bapak jin okay, geram aku. tapi tak tau la camne aku boleh sabar lagi. mungkin serebrum otak aku dah menghantar input supaya tak melayan makhluk semacam ni, sebab kalau tak, aku pun nampak sama je macam diorang. isy, tanak aku menjatuhkan maruah sebegitu, muahaha. terus aku buat bodo je (susah okey, nak buat bodoh, haha). kalau itu tujuan provokasi, maaf cakap. sangat tak berjaya taktik murahan tu. haha. nasib baik fiance pun sampai tak lama lepas tu.

alrite, cukup la cerita pasal habit ni. see ya'!

14.5.09

.. syurgaku hilang ..

sedang drive, pasang radio. di hotFM, julung kalinya aku disua dengan lagu evergreen dari Exists - Untukmu Ibu. sangat klasik kan, lagu ni. dan tanpa aku mahu, rasa sayu tu datang. sungguh, aku tak mahu rasa ni. sebab rasa ni akan akhirnya terus menghanyutkan aku sampai ke hujung rasa yang paling perit, paling pedih.

tolong, aku tak mampu menghadapi rasa ni. walaupun ramai melihat aku kuat, hakikatnya tak. aku bukanlah berjiwa kental. bukan aku.

Tuhan, bukan aku tak redha dengan dugaanMu, cuma kadang-kadang aku terusik dengan kenangan silam yang pelbagai, yang kadang-kadang membawa aku mengalami satu rasa sedih, pilu, sesal..

dan terima kasih Tuhan, kerana dengan perasaan ini bagai telah melorongkan aku untuk sentiasa bersamaMu. insya Allah.

La tahzan..la tahzan.

13.5.09

.. coincidence ..

Have you ever notice of coincidences happen around you? and how do you react on it? let's say you're walking along the street, or at a shopping mall, or maybe hanging around with your buddies before you realized there's another guy wearing the same outfit as yours. assumed it's a brand new Polo t-shirt you bought few days ago. or maybe it's a newly-tailored baju kurung you bought from nagoya, or kamdar, or gulati's, or anywhere else. would you approach that guy and punching a line like, "hey, we're wearing the same outfit!" or would you gesture an emoticon in your face to signal him / her that you're noticing the coincidence? or perhaps you would just mind your own business and pretending that nothing was happened?

worse becomes worst, your buddies start behaving cynically and you cannot run anywhere, all you can do is to wish that you will suddenly become invisible.

if i were in that situation, my choice will be option 2. i'm kinda' 'berat mulut' to strangers, but to pretend like nothing was happened is pretty hard, especially when buddies are around me. so glancing a 'hey-i-notice-what-you-are-wearing-is-as-same-as-mine' look is apt. plus, when he/she responses a 'hey-what-a-coincidence-we-have-the-same-taste' look, i would surely give a 'yeah-but-it-looks-pretty-much-better-in-me' glimpse. LOL.


but hey, there must be sweet moments of coincidence right? i remember during my teen age, there was a day where i was waiting for a bus after tuition class before i realized my secret admirer is sitting next to me. you know what, i was hoping that no bus would come to pick us up. so that i could spend more time with him, even in silence, hehe.


sometimes, there is coincidence which we only knew after quite a long time. it's quite surprised when i knew i've met my fiance 3 years before we were officially met. it was during election around 2004 where we were part-timer comittee, but at different election centre. still, we've had the briefing session together. and that was only revealed a year after we met.


and sometimes, i wish i could have a pretty cool coincidence case, where there are bunch of movie stars shooting movie when suddenly the director notices me and then offer me to play a minor role in the film. and i reject the offer with poise, "thanks, but no, thanks. i'm not interested." how cool is that, don't you think so? rejecting an offer to be on wide screen? haha. gila berangan ko, barine. or perhaps someone would say "you have a great voice, the way you sing seems effortless. why don't you try OIAM? i can shortlist your name." ahah! another reverie ;P


but the truth is, i wish i could have a coincidence case, sweet coincidence case with someone. who? adalah...!

12.5.09

.. to felix with love ..

felix,
ke mana kamu pergi? puas sudah daku mencari semerata tempat, masih tidak berjumpa. petang semalam daku lihat kamu berlegar-legar di hadapan rumah, belum sempat daku menghampirimu kamu lari. kenapa begitu, felix?


felix,
kamu jantan paling unik pernah daku jumpa. gaya tidur terlentangmu, gaya makanmu, gaya termenungmu, gaya sombongmu ala-ala macho la konon, gaya muka kesianmu macam 3 hari tak makan padahal baru lepas melahap, selalu menceriakan aku. tapi tak perlu berlagak terlalu macho sampai berhari-hari tak pulang ke rumah. kamu fikir buat daku risau ya amat itu sudah sangat macho kah? tarik misai tu karang baru tau.


pulanglah felix, kami menantimu. michi juga seakan setia menanti kepulanganmu. kebelakangan ni sayu saja wajahnya, hilang teman sepermainan. sayu-sayu pun, sebekas makanan laju je dihabiskan. mentang-mentang kamu tak ada, semua dia sapu bersih, licin.


oh ya, stok friskies sudah kami top up untuk bekalan kamu. kalau kamu masih tidak pulang, michi boleh habiskan semua. kamu jangan menyesal.

9.5.09

.. penuaan ..

salam.

semalam 8 mei - genap usia aku 28 tahun 5 bulan. 28 tahun dulu, aku dah boleh ketawa mengekek bila diagah (kot?), belajar mengiring badan - stage pertama sebelum meniarap (kot?), masih menyusu badan (ini aku pasti betul, takde kot-kot..muahaha). ataupun waktu ni aku asyik menangis bila didukung oleh tangan selain mama. ahah! barine sudah mengaku dia budak cengeng masa kecik dulu, haha. siapa tak tau cengeng tu apa? sila rujuk kamus sekarang. maksud barine sila rujuk kamus, sekarang. bukan kamus bertajuk SEKARANG ye, sampai tua pun tak jumpa, muahaha.

tiba-tiba, dah 28 tahun masa berlalu. wah, kenapa tiba-tiba? sangat pantas la masa kengkononnya tu. barine masih lagi ketawa mengekek (cuma kengkadang ada control sket, kengkadang terlepas gelak tahap tak bawak mengucap..kuikui), suka baring mengiring, tak suka meniarap (sakit badan dude..), kengkadang terkeluar jugak sifat cengeng (masih tak tau apa tu cengeng? sila rujuk kamus sekarang, hehe). dan dah hampir 6 tahun mama pergi. Alhamdulillah, sampai sekarang senyumnya masih abadi dalam hati aku.

kebelakangan ni, baru aku terperasan..aku dah makin tua..? sila tengok contoh situasi di bawah..

situasi 1 - kat gerai berhampiran ofis.
sangat hampir tau, tak sempat berpeluh dah sampai. turun saja lif dan jalan sikit, dah nampak gerai berkenaan. see? kan barine kata hampir? ok, shut up, barine.

barine membeli cempedak goreng dan membayar duit RM5.

penjual cempedak goreng a.k.a tuan punya gerai mengira-ngira duit baki. jangan risau tuan gerai, kalau terkurang saya mintak lebihnya, kalau terlebih saya pulangkan balik. saya ni jujur orangnya. sila percaya ye..kalau tak penat saya puji diri sendiri, haha.

okey, sambung balik.

penjual cempedak goreng a.k.a tuan punya gerai mengira-ngira duit baki, sambil diperhatikan anak tuan gerai. dengan mengandaikan tuan gerai ingin melatih bisnes kepada anaknya, tuan gerai memberi duit baki kepada anaknya dan berkata:
"nah, bagi kat acik."

acik = singkatan makcik, mungkin?

barine - tersenyum dan menerima duit baki, tanpa sempat mengira terlebih ke terkurang. barine mengandaikan duit baki adalah secukup rasa, hehe.


situasi 2 - barine di majlis kenduri.
biasalah, majlis kenduri merapatkan kembali silaturrahim keluarga. mana yang sibuk, yang lama tak jumpa, insya Allah sempat bertanya khabar, bertukar cerita. itu majlis kenduri keluarga. kalau majlis kenduri kengkawan, atau sahabat handai, lagi ramailah kenalan baru berjumpa. adat kalau baru berjumpa, mestilah bersalam kan. pada yang ada anak kecik tu, tak ketinggalan diajar beramah-tamah sambil berkata:
"salam aunty, sayang."

barine - keras kaku disitu, sambil membiarkan perkataan 'aunty' meresapi ke seluruh pelusuk jiwa..muahaha.

selama ni aku selalu dicanangkan ke telinga, yang aku ni punya rupa yang tak matang. kengkononnya muka nampak muda dari usia la..huhu. sila muntah kalau nak. waktu aku baru masuk takaful dulu, ada officemate yang ingatkan aku fresh-grad. masa matrik dulu mujur aku tunjuk student card, biasalah nak dapat diskaun tiket wayang, hehe. tu pun cashier tu boleh terlepas cakap lagi "ni 18SG tau dik..". masa tu nak tengok cerita Final Destination 2 kalau tak silap. baru-baru ni ada seseorang bertanyakan umur aku. bila aku jawab, katanya "eh! ye ke..? macam tak caye je..nampak macam baru 24!" ape lagi, mestilah barine tersengih sumbing..heheh. tu belum lagi dengan sedara mara jauh yang kengkadang ber-confuse sesama sendiri pasal siapa paling sulung antara aku dengan adik lelaki yang lahir 5 tahun lepas aku.

dan kemudian, aku 'dikejutkan' dengan gelaran aunty.

wah? apakah maknanya tu? adakah barine sudah kelihatan tua? nampak sepadankah dari segi perlakuan yang rasanya masih lagi kebudak-budakan? perlukah memulai memakai segala macam krim anti penuaan bagai?

ahaha..sebenarnya aku tak kisah dengan semua tu. sebab tu aku sangat pelik bila ada orang (kebanyakannya perempuan) yang keberatan bila ditanya umur. seorang artis malaysia - yang bagi aku masih cun walaupun dah hampir masuk 40-an (ke dah masuk? aku pun tak sure), bila di-interview dalam melodi pernah ber-statement "never ask women's age." what the ...? apa yang nak dirahsiakan sangat? aku sangat tak faham.

yang penting, kita menikmati hidup seadanya. face the fact - muda akan tua, sihat akan sakit, hidup akan mati. kalau umur tak panjang, tak merasalah tua. kalau umur panjang, dapatlah kita menikmati tua secara gradual. sangat menarik aku rasa. dan mulailah mengisi kehidupan dengan pengalaman seiring dengan kematangan. dan sikap positif.


sekian, entry dari aunty. haha!

.. tag & dakwah ..

ini kali pertama barine menerima tag berunsur dakwah, many thanks to ida.


Perkara yang perlu anda lakukan ialah:
  • COPY gambar amal Islam diatas. ~ checked
  • kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama ~ checked - bukan mewajibkan, tapi menggalakkan. semoga amal yang baik sentiasa diberkati, insya Allah.

Semoga usaha ini dilihat dan diganjari Allah..Amin.


10 orang sahabat itu adalah..
  1. cukulet
  2. dyla
  3. suzie
  4. normi
  5. yayan
  6. anis
  7. ulfa
  8. raden
  9. afdlin shauki
  10. yasmin ahmad

~ amal ma'ruf, nahi mungkar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...