30.4.09

.. silakanlah ..

silakan.

kalau ada yang nak terasa dengan aku.
kalau ada yang tak puas hati dengan aku.
kalau ada yang rasa aku salah.


silakan perasaan tu.


aku SANGAT tahu diri aku.
aku SANGAT tahu diri aku yang tak suka cari pasal dengan orang.
aku SANGAT tak suka konfrontasi.


kalau masih lagi rasa aku salah,
kalau masih lagi rasa tak puas hati,
SILAKAN.


sebab mungkin kau tak puas hati dengan aku (apa ye? aku pun tak tau).

sebab mungkin kau nak orang beri perhatian lebih pada kau berbanding aku (bullsh*t, aku peduli apa).

sebab mungkin kau tak berani berhadapan dengan aku menyatakan rasa tak puas hati kau, kau cuma mampu memprotes secara perbuatan. (takutkah?)

sebab aku berdiam selama ni, jadi kau pun makin naik lemak.


TAK APA.


spesis kau bukan satu ancaman bagi aku. PICISAN.

kalau apa saja perlakuan aku salah di mata kau, terserah. AKU TAK KISAH.

buatlah apa saja, kesabaran aku masih terjaga rapi. sebab aku tak perlu rasa sakit hati atau tertekan dengan spesis macam ni. BUANG MASA.


sekian, terima kasih.
i don't give a damn. i really don't.


28.4.09

.. pengenalan kepada riwayatrina ..

entry berunsur menjawab tag, dari dyla..


Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
the silenterrific zone

silent menggambarkan diri aku. dalam situasi tertentu aku prefer bersikap silent. senyap. ermm, kejap, kejap..yang lebih tepat sebenarnya adalah gambaran orang tentang aku. pada yang baru kenal aku, akan terbitlah kata adjektif pendiam untuk deskripsi diri aku. tapi tak lama, lepas tu kata adjektif tu tenggelam begitu saja, hehe.

terrific dalam maksud yang lain adalah wonderful, tremendous.

dan aku gabungkan kedua-dua perkataan tu membentuk satu lagi ayat yang secara peribadinya boleh aku maksudkan sebagai 'hebat yang senyap'..wah, apakah itu? huhu..camni la lebih kurang, kadang-kadang kita bersikap senyap pada pandangan luar, tapi sebenarnya kita berfikir. bermuhasabah. menilai. to wonder & to ponder, which sometimes could bring to another view of finding & solution. bukankah itu wonderful?

dan lagi, secara peribadinya aku seronok bila ada medium berkomunikasi selain daripada komunikasi verbal. bila menulis, otak aku terasakan lebih teratur menjana idea & point-point pendapat. tapi tidaklah bermakna aku terpaksa mengeluarkan kertas & pen setiap kali nak menyuarakan pendapat. kelakar sangat la pulak kan. aku rasa lebih jujur & tulus (ecewwah..!) bila menulis berbanding ber-lisan. opss, jangan sangka aku hipokrit bila berkata-kata ya. maksud aku medium penulisan lebih menyelesakan aku untuk meluahkan rasa. sila lihat entry aku yang ini, see? rasa tak puas hati aku tertumpah atas kertas saja, aku sangat susah meluahkan apa yang terbuku secara lisan dan berhadapan. lain orang lainlah pulak caranya kan.


kesimpulannya, 'zon hebat yang senyap' ini adalah medan di mana aku boleh meluahkan segala-galanya secara senyap, hanya jari-jari saja menyusun ayat dan mengetuk keyboard. a soundless communication sometimes really works. biarlah tak hebat pada orang lain, asal hebat di hati aku, kuikui.

aisey, aku harap tak poyo sangat explanation aku ni, huhu.

p/s - sebenarnya, aku baru bercadang nak tukar nama blog. ada cadangan? ;)


Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://riwayatrina.blogspot.com/

secara spontan, ter-'pop-up'di kepala otak perkataan riwayat. terus aku gabungkan dengan nama aku, dan kelihatannya sungguh serasi di situ, bukan? hehe.

lagipun, inilah ruang aku meriwayatkan kisah hidup aku, keadaan semasa, dan apa saja. untuk kenangan di masa depan, mungkin. maka sesuailah jugak nama tu kiranya, hehe.

oh ya, sungguh..aku tak teringat langsung dengan siri riwayat kamil di astro oasis tu..lepas beberapa bulan blog ni online, baru aku sedar ada sedikit persamaan disitu.


Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
biasa-biasa saja, cuma akhir-akhir ni bila banyak blog dijelajah, gaya penulisan kadang-kadang dipengaruhi dari pembacaan. tapi jangan risau, aku tetap orang yang sama. mungkin kengkadang over (terlebih sudah - stacy), tapi semua tu gurauan. takde niat apa-apa pun. tapi ye ke over? rasa macam tak je, kan? kan?


Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
aiyoo..apa salah blog saya? huhu..
belum, buat masa ni. saya sayang blog saya, hehheh.


Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
puan dyla? sangat tak sangka dyla sudah ada blog sendiri. rajin jugak menulis ye. bayangkan kalau sejak lepas sekolah dulu dyla sudah ada blog, mesti aku akan pengsan seharian, mungkin jugak pengsan berhari-harian lepas membaca kisah hidupnya. kenapa? sebab dyla rajin meng-update blognya. 2-3 hari tak skodeng blognya pun aku dah miss banyak benda, huhu. syok baca blog dia, especially pasal inas. rasa dekat je padahal dah 10 tahun tak jumpa. see? blog jugak dapat merapatkan silaturrahim, tau ;)


ok apa kata mereka ini pula tentang blog mereka
boleh tolong jawab wahai suzie, ida & yayan?


27.4.09

.. lagi hari isnin yang best! ..



yeay!! sangat best hari ni, sebab aku bercuti, hehe. akhirnya terlunas jugak hajat bercuti. sila lihat pic di atas - itulah perasaan gembira aku berserta senyuman yang sangat mekar bagai bunga sedang berkembang. haha. poyo la barine, dapat cuti pun kecoh..

oh ya, cuti ni aku ambik lepas dapat leave clearance memo dari HR. check punya check, rupanya balance cuti tahun 2007 aku ada 4 hari setengah. sila baca betul-betul, cuti tahun 2007 ye..bermakna 2008 punya cuti pastilah belum langsai lagi. huhu. apa daa aku ni, boleh pulak buat koleksi cuti tahunan. kalau boleh jual annual leave tu mesti aku dah kaya raya sekejap. kasi mark-up lagi harga cuti tu especially time cuti sekolah. haha. seronok punya berangan.

opss, bukan hari ni je, besok pun aku bercuti juga..heheh. balance 2 hari setengah tu nanti aku fikir nak ambik bila..sebab kena habiskan sampai penghujung bulan 6. ingat nak ambik cuti straight 4 hari setengah, tapi rasa macam tak best pulak. tak mengapa. bos, sila tunggu saya punya leave plan seterusnya ^_^

okey, nak layan DVD kejap. pastu nak fikir nak serbu kedai mana satu dulu kat jusco tu, hehe.

daa.. ;)

25.4.09

.. isi hati seorang tuan kepada blognya ..


blogku sayang,
wah wah, kamu pun pandai meluahkan rasa sekarang ye? okey lah, biar aku berterus terang dengan kamu. buat masa ni aku hanya ada kamu. benar. kamu saja. maafkan aku kalau kamu rasa terabai akhir-akhir ni, tapi aku bukan sengaja buat begitu. kamu maafkan aku bukan? lihat bunga tu, untuk kamulah tu, untuk siapa lagi. mesti kamu gembira punya tuan yang baik hati, aku tau mesti kamu gembira. yang lebih penting, aku mau kamu tau aku tetap sayang kamu.

kenapalah kamu ni, kalau pun terasa hati dengan aku, bukankah baik kita berbincang hati ke hati saja? tak perlulah medium yang sangat terbuka begini. ingat, dunia online sangat mudah dimanipulasi. kalau apa-apa terjadi pada kamu, aku juga akan merasa kesannya.

dan ingat, jangan merajuk begini lagi.


oh ya, aku rasa aku sudah jawab soalan kamu bukan? sila lihat perenggan paling awal.


pecah kaca pecah gelas,
aku baca, aku balas.


~ apa daaa aku merepek ni? sungguh merapu dua entry berturut-turut ni, huhu..

.. isi hati sebuah blog kepada tuannya ..

Salam.

wahai tuan blog a.k.a periwayat,

apa khabar anda di sana? diharapkan sentiasa bergembira hendaknya. kalau anda sakit, sila jangan lupa, atau buat-buat lupa pergi ke klinik. lepas tu jangan lupa, atau buat-buat lupa makan ubat. sekarang musim demam kan, saya tau.


wahai tuan blog yang disayangi,
saya di sini masih sihat, cuma sejak kebelakangan ini terasa agak terabai. terasa diabaikan. kekurangan kasih sayang. alahai..kenapa lama tak meng-update saya? bukankah ini satu medan anda meriwayatkan kisah hidup, kenangan, persoalan, menjawab tag dari rakan-rakan atau apa saja? saya suka bila dicoretkan dengan riwayat anda, saya rasa dihargai dan disayangi.

tapi akhir-akhir ni, saya rasa sunyi. sepi. anda sudah tak sayang saya lagi kah? atau anda tak perlukan saya lagi? apa salah saya, sila beritahu. saya hanya ingin berbakti kepada anda. nasib baik rakan-rakan anda ada jugak kengkadang melawat saya di sini. sekurang-kurangnya ada picisan sebab untuk saya rasa gembira. terima kasih saya pada rakan-takan anda.


wahai tuan blog yang dikasihi,
saya rindukan belaian manja dari anda..terasa sangat bermakna hidup ini bila diwarnai dengan kasih sayang dari anda. justeru, saya berharap sangat agar kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. jangan sampai saya merajuk dan berkecil hati, sebab kalau saya dah merajuk dan berkecil hati, amat susah untuk anda pujuk. percayalah, saya tak main-main. saya memang kuat merajuk. tengok, saya dah nak nangis dah masa tulis isi hati ni. nanti saya nangis betul-betul karang baru anda tau.


akhir sekali wahai tuan blog,
saya sayang pada anda. anda pun sayang saya kan? sila jawab - YA.


sekian terima kasih.


yang benar,
blog riwayatrina.



p/s - pecah kaca pecah gelas, sambung la sendiri..

7.4.09

.. profileku ..

ini adalah entry menjawab tag dari pn. normi


1.Letakkan gambar profile anda.

seperti di bawah, pic ni baru berapa bulan aku pakai. untuk blog profile. sekeping post-it note berserta nickname aku. sebenarnya dah lama orang tak panggil aku dengan nama barine, ntah macam mana ada pulak sorang officemate kat sini mempopularkan balik nama tu, padahal aku tak penah sebut pun nama tu. tapi tak kisah la, aku ok je ;)




2.Terangkan apa maksud gambar itu?
maksudnya? urmm..err..tak ada la maksud tertentu, cuma di ofis aku memang selalu pakai post-it notes sebagai reminder untuk benda-benda penting. biasanya aku tak tulis panjang-panjang sampai penuh post-it tu, aku cuma ambik point penting je. oh ya, itu memberikan aku idea. post-it note bertulis nama aku membawa maksud aku sangat penting di blog ni..boleh tak? hehe..


3.Kenapa pilih atau letak gambar itu?
sila lihat statement di atas - ia membawa maksud aku sangat penting di blog ni. hehe.. oh ya normi, itu bukan tulisan bos. tulisan bos aku lebih tak cantik, muahaha (jangan marah encik bos).


4.Tag 5 lagi blogger.
ermm..tiada la buat masa ni..


sudah siap..yeay!


5.4.09

.. sepi ..

salam..

lamanya tak blogging. bukan, bukan sengaja menyepikan diri. cuma rasa 'silent' makin menebal dalam diri sejak akhir-akhir ni. kenapa entry ni bertajuk sepi? tidak, hidup aku tak sepi. yang sepi cuma blog ni. terabai tanpa kasih sayang untuk sekian lama, huhu. hidup aku tak sepi. hidup aku masih penuh dengan gelak ketawa - yang kebelakangan ni banyak bermotif menghilangkan tension, masih ada kengkawan yang jugak sentiasa mengadu tension, boss yang baik yang sentiasa menguji tahap produktiviti aku (ekeke)..dan aku sentiasa tak putus menerima deringan telefon & email yang bukan saja bertanya khabar aku, malah paling utama mereka bertanya khabar report request mereka. tak lupa mereka bertanyakan delivery date untuk request mereka. dan aku tak sangka memilih delivery date untuk mereka adalah lebih sukar daripada memilih tarikh kahwin, ahaks...apakah?

sepanjang tak berblogging, aku dilanda simptom kerinduan yang agak kronik. kerinduan berblogging. ya, rasa ketagihan yang semakin menunjukkan belang. tapi, kutahan Jebat. huhu.

iklan sekejap - tahniah Datuk Seri Najib atas perlantikan sebagai teraju Malaysia keenam. semoga makin banyak pembaharuan untuk mencermerlang, menggemilang & menterbilang-kan Malaysia.

okeys, sambung balik.

bila berjinak dengan dunia online - terutamanya duinia blogging ni, teringat 10 tahun dulu, masa tu apa tu Internet pun tak tau. bila kengkawan ajak ber-hotmail, boleh pulak tanya "kena bayar berapa?" alangkah kelakarnya bila ada kenangan macam tu. masa tu memang sangat bukan seorang yang tech-savvy. TAPI. itu cerita 10 tahun dulu. hehe. kelakar la bila ingat balik.


akhirnya, lepas jugak rasa rindu ni. i love u, blog. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...