- 13 mac 2009 -
- hari jumaat -
- friday the 13th -
nope, entry ni bukan ber-genre 18SG yang seram lagi seriau, macam siri keliwon yang tengah hot kat tv3 sekarang ni. tapi aku bosan sebab banyak sangat iklan, hilang mood seram aku. tapi takde la seram sangat kot, biasa² je rasa (cewah, berlagak betul aku).
minggu ni aku menutup minggu kerja dengan satu pengalaman baru, join pertandingan gubahan pengantin. bunyi macam gempak sungguh kan, hehe. rasa macam terjun ke bidang andaman pulaks, huhu. program ni anjuran biro helwa BIMBING, khusus untuk muslimat. ini semua last minute punya plan, sebab memang tak plan langsung idea gubahan walaupun dah register awal²..huhu. tak tau nak buat gubahan bunga ke, coklat ke, atau towel. last² kitorang decide buat towel je, tu pun lepas enie nak sponsor towel avon dia yang konon² chantek tu..huhu. still, sampai semalam masih tak sure nak gubah jadi rupa bentuk apa. puas jugak la tanya pakcik google, macam² rupa bentuk yang jumpa. tapi banyak tapisan dibuat lepas mengambil kira time constraint (setengah jam je masa untuk tangan keras ni menunujukkan bakat, sangat gempak aku rasa), cost constraint (hanya berminat nak guna barang² recycle. bukannya tak leh guna, elok je lagi. kedekut jugak team aku ni..kuikui) & idea constraint (dahsyat nih, huhu). last² kitorang pilih style yang paling simple - lipat², ikat dengan ribbon, campak dalam bakul, letak bunga. haha. gila sempoi.
tak sangka siap jugak dalam masa 1/2 jam, untuk amatur macam aku & enie, kitorang sangat berbangga, hehe..TAPI, bila tengok team lain punya hasil, rasa nak sorokkan je gubahan kitorang tu kat bawah meja, dengan kitorang² sekali rasa nak menyorok. tapi sebab muka tebal kitorang ni, tetap maintain cool saja..haha. dan keputusannya? mestilah kitorang kalah dengan membawa pulang hadiah cenderahati :P dapat bawak balik hadiah kira menang la jugak tu (sedapkan hati sesedap²nya, haha).
aku sangat jealous dengan hamper² besar yang diorang dapat tu..serius ni. (pic tak disertakan disebabkan tahap ke'jelous'an yang begitu menebal, muahaha).
sebenarnya sangat malu nak letak hasil gubahan kat sini, tapi takpe la. aku letak jugak untuk kenangan di masa depan (ahaks).

tunjuk hadiah dulu :P
barang² gubahan untuk dikerjakan
dah siap? wah, saya kagum!
sila tengok, jangan malu² :P
enie & me..dan gubahan bunga kembang sebakul :P
sila jangan kutuk ye, aku sedar aku sangat amatur dalam bab gubah menggubah ni. lagipun aku menggubah bukan dengan sepenuh kasih sayang tadi, wakaka.