15.12.09

.. it's not about the wedding, it's about the marriage ..


bila ter-canangnya kisah mas kahwin untuk anak dara & janda selangor naik jadi RM300, banyak sungguh mulut² yang mengeluarkan pendapat. itu maknanya, isu mas kahwin naik harga ni ada commercial value, macam kisah artis mana pakai baju paling glamour masa anugerah skrin 2009. maka ramai orang tak mau ketinggalan memperkatakannya, termasuklah aku.


bagi aku, mas kahwin naik bukan isunya. ia cuma menjadi isu apabila wujudnya ketidakselarasan harga mas kahwin di setiap negeri. ada yang akan kata - "tunang kau orang selangor ye? rugi lah kau tak kahwin awal-awal, mas kahwin dah RM300 tu beb." ataupun ada yang akan kata - "makin lakulah anak dara johor, mas kawen diorang murah je RM22.50"


disebabkan ketidakselarasan mas kahwin ni, maka dapat dilihat 'harga' perkahwinan didacing-kan dengan cara yang paling murah sekali.


aduhai, kalau kaum lelaki menimbang untung nasib mereka berdasarkan harga mas kahwin, sungguh lah mereka rugi kerana punya akal yang secetek-ceteknya.


mungkin ada yang kata, RM300 tu banyak, orang nak 'mendirikan masjid' buat apa nak membebankan. betul, 'mendirikan masjid' sangat mulia. lebih mulia kalau dah 'mendirikan masjid', berusaha pulak 'mengimarahkannya'. kalau dah rasa terbeban dengan mas kahwin, baik tak payah kahwin. sebab lepas kahwin, lebih dari RM300 kau kena sediakan wahai kaum lelaki. bukan untuk isteri saja, untuk sara hidup maksud aku. selesai je lafaz akad, bermulalah tanggungjawab dalam perkahwinan. kalau nak mulakan tanggungjawab pun dah rasa terbeban, rasa-rasanya boleh tak pikul tanggungjawab seterusnya?


kaum perempuan pulak, jangan terlalu pandang enteng dengan naiknya mas kahwin. bila ada pihak yang berusaha meninggikan martabat wanita, kita pulak mestilah lebih berusaha menaikkan martabat sebagai isteri.


mengambil kira mas kahwin itu wajib, maka rasanya tak perlulah terlalu berdebat tentang nilai pemberiannya.


apa yang penting bukan berapa nilai mas kahwinnya, tapi nilai perkahwinan itu sendiri. kalau betul-betul memenuhi sunnah dan semata-mata kerana Allah, alangkah moleknya.



p/s - hujung-hujung tahun ni memang ramai yang naik pelamin, selamat pengantin baru kepada kalian ye.

9 jejak:

frida[norm] said...

yes, nilai.
nilai dunia dan akhirat, sangatlah berbezanya.

bukan nilai nogrisemilan, ok.

b a r | n e said...

ahahha, situ tompek porabih duit (nilai 3)..kehkeh :P

chugie said...

heheh..betul gak pandangan ko tu barine.. ada baik nye jugak mas kahwin di naikkan..:D kan best kalu die naik kan tahun lepas.. dpt aku merasa lebih hahahah:)

p/s: mas kahwin aku x usik pun lg ni..

b a r | n e said...

bagus jugak bila ada pihak ambik inisiatif nak reduce isu duit hantaran yang makin tinggi. zaman sekarang ramai lebih pentingkan duit hantaran berbanding mas kahwin yang wajib tu.


p/s: sama la ngan aku, heheh~

Capo Grande said...

gunanya mas kawin itu utk menunjukkan penghargaan dari lelaki kepada perempuan...

gunanya hantaran itu utk menunjuk2 harga anak perempuannya berbanding anak org lain...

huhuhu...

b a r | n e said...

capo,

gunanya hantaran itu utk menunjuk2 harga anak perempuannya berbanding anak org lain...

kalau orang yang kerjanya mmg jual anak, mungkin ya.

lovechenta said...

baru je dpt RM22.50.. itupun x disuik lagi. rs sayang je... xde ke dorang nk naikkan ek? he he... :)

b a r | n e said...

disuik ke diusik kak? hehe :P

lovechenta said...

alamakkkkkkkkk.. typing error lah. he he. DIUSIK. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...