11.10.09

.. apa relevan ular dengan kawen? ..

kalau ikut kata orang tua-tua, bila mimpi dipatuk ular, alamatnya ada lah yang nak masuk meminang.

ditokok tambah pulak bentuk fizikal ular yang mematuk tu - kalau besar, maknanya bukan calang-calang orang yang masuk meminang. kalau biasa, maknanya yang biasa - biasa. tapi biasanya kalau orang tua dah terdengar kisah anak dara bermimpi dipatuk ular, besar lah hati mengenangkan pinangan yang mungkin diterima dalam masa terdekat. dah tak tanya lagi dah ular tu besar ke kecik, haha.

tapi setakat countdown aku yang hampir sampai hujung-hujung ni, takde pulak aku mimpi kena patuk ular. sumpah takde. aik, dah zaman moden kot, mimpi mungkin dah tak berapa relevan untuk dikaitkan dengan realiti agaknya, huhu.

tapi, yang bestnya, incek tunang pulak yang mimpi kena patuk ular. yup, ini kisah benar ye. haha, gelak aku mengingat nya. agaknya ular tu faham kot aku memang ophidiophobia, maka tak diganggunya aku hatta dalam mimpi sekali pun. haha.


okeh okeh, habis dah entry ni, aku nak sambung gelak..nak bayangkan camne rupa incek tunang masa mimpi kena patuk tu, haha :P

3 jejak:

chugie said...

oo nak bayang kan rupe incek tunang ye??? wah.. dh dekat ni barine.. aku lak yang berdebar.. hehhe

MaDihays{Ida} said...

hihihi, terbalik kod la plak...

tp camner plak ngan aku yg dah kawin dan beranak 2 ni bley mimpi anaconda datang dan makan ofismate aku sampai tinggal sekerat.. uish ngeri... hahaha~

b a r | n e said...

mak aih, dasat gila mimpi ko ida, huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...