31.5.09

.. kenapa isnin datang dengan begitu produktif sekali.. ?

dahsyat betul hari ni. ke watson pun boleh berhabis ringgit malaysia 100++..mujur ada sale. nasib baik aku tak ke jusco, mau habis gaji sebulan aku kerjakan agaknya..huhu.

fiance ber-calling petang tadi, sedang ber-round di pekan rabu. men-tanyakan apa yang nak dibeli(kan). oh ya, fiance ke alor setar, ada jemputan kahwin sahabatnya. takpe lah, belikan apa-apa saja untuk saya, saya tak kisah. eh, tidak..tidak! sebenarnya saya mau itu, ini, itu..ini, itu, dan itu lagi..boleh? hehe. takde apalah. cuma mau kamu selamat pergi dan balik, selamat juga di sana. jangan notty-notty sangat ya! kalau tidak nanti saya babab!


aduh, tiba-tiba rasa rindu bangat ni! huhu..


owh, besok hari isnin kah? tolong cakap besok hari sabtu. dan sabtu lagi, dan besoknya sabtu lagi. selepas tu pun sabtu lagi. huhu, kenapa sangat benci hari isnin ni? tolong, ada tak jual ubat kalis-benci-hari-isnin? saya prefer bentuk tablet, senang telan terus. ada tak, ada tak? kejaplah, nak meng-skodeng di Ebay dulu. haha! sengal.

mari, mari tanam semangat produktif bekerja. besok mungkin boleh jadi hari isnin yang lebih best! sila letak harapan yang tinggi, okey. kalau jatuh terhempas, itu risiko yang harus ditanggung sendiri @_@

ahah! hari ni ada Ghost kan? ini satu-satunya cerita hantu yang paling barine tak kisah menengok sorang-sorang. mana ada hantu versi seram pun cerita ni, bolehlah berlagak. huhu. jalan ceritanya agak tak logik sikit, tapi aku selalu ikut siri ni dari musim pertama. musim kedua ni siap ada hantu gothic lagi, tak kuasa..huhu.

cheryl marina samad rawks! giler sempoi (please afdlin, considered her as one of your team for your next project..?) tak payah nak kontrol cun..hehe. minah hantu gothic (isma hanum kot nama dia, if am not mistaken) pun not bad. anding jangan cakaplah, aku start admire dia lepas tengok dia berlakon drama bersiri LIMA masa bulan puasa tahun lepas. 2nd season ni macam tak fokus sangat pada si hantu, tapi lebih pada misteri Alicia yang hilang lepas Harom a.k.a the gothic ghost dibunuh.

apa pun, bagi aku cerita ni best. untuk korang, silalah me-youtube-kan diri dengan montage second season Ghost ni ye ;]




isnin oh isnin..err..urmm..argghhh!!!!

0 jejak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...